Wednesday 15 May 2013


MUAFAKAT CARA PEMBAHAGIAN TERBAIK
Apabila seseorang itu meninggal dunia, harta yang ditinggalkannya secara otomatik menjadi harta pusaka. Iaitu harta yang wajib dibahagikan kepada waris-waris mengikut ketentuan hukum faraid.
Hukum faraid wajib dilaksanakan kerana ia adalah satu ketetapan atau ketentuan oleh Allah yang digariskan di dalam al Quran surah an-Nisaa’ ayat 11,12 dan 176. Jika diabaikan hukumnya haram dan berdosa kerana mengingkari hukum Allah.
SOALAN
Boleh ustaz terangkan apakah yang dimaksudkan dengan hukum faraid yang wajib diikuti?
JAWAB
Hukum faraid menggariskan dua persoalan pokok iaitu:
1.    Siapakah di kalangan waris-waris yang ditinggalkan oleh si mati berhak mewarisi harta pusakanya?
2.    Berapakah kadar bahagian yang layak diterima oleh setiap orang yang berhak ke atas harta pusaka itu?
Sebagai contoh, Sidiq mati dan meninggalkan dua orang isteri. Isteri pertama Sabariah dan kedua Salbiah. Hasil perkahwinan itu Sidiq dikurniakan lima orang anak. Tiga orang anak dengan isteri pertama iaitu Kasim, Osman dan Kamariah. Manakala dua orang lagi dengan isteri kedua iaitu, Zailani dan Murni. Sidiq juga meninggalkan empat orang adik beradik seibu sebapa, tiga lelaki dan seorang perempuan. Ibu bapa Sidiq tiada kerana telah mati lebih dahulu.
Sidiq juga meninggalkan harta untuk diwarisi iaitu sebuah rumah bangelo, sebuah rumah teres dan sebuah kereta nilaiannya seperti berikut:
Bil
Harta
Nilaian
1
Rumah bangelo
RM300,000.00
2
Rumah teres
RM180,000.00
3
Kereta
RM  15,000.00

JUMLAH
RM495,000.00

Hukum faraid menetapkan bahawa harta pusaka Sidiq hanya akan diwarisi oleh dua isteri dan lima orang anak-anaknya. Manakala adik beradik tidak mewarisi mengikut kaedah anak lelaki mendindingkan adik beradik. Ini bermakna harta pusaka Sidiq akan diwarisi oleh tujuh orang waris.
 Sekiranya seorang atau beberapa orang waris ditinggalkan, seperti isteri kedua dan anak-anaknya  ditinggalkan atau diketepikan dan tidak diberikan bahagian mereka, bermakna isteri pertama dan anak-anaknya telah melanggar hukum faraid. Hukumnya berdosa dan haram bagi isteri pertama dan anak-anaknya memakan harta bahagian waris yang ditinggalkan itu.
Demikian juga bahagian waris-waris telah ditentukan seperti berikut. Isteri-isteri mendapat 1/8 bahagian daripada keseluruhan harta pusaka manakala bakinya sebanyak 7/8 bahagian dikhaskan untuk anak-anak Sidiq seramai lima orang. Bahagian dua orang isteri dibahagikan sama banyak iaitu masing-masing mendapat 1/16 bahagian (1/8÷2=1/16). Manakala bahagian anak-anak pula telah ditentukan bahagian anak lelaki sekali ganda bahagian anak perempuan iaitu nisbah 2:1 tanpa mengambil kira sama ada anak dengan isteri pertama atau isteri kedua.
Pengiraan mengikut kaedah faraid adalah seperti berikut:



8
64
64
Isteri 1
Sabariah
1/8
1
8
4
Isteri 2
Salbiah



4
Anak lelaki
Kasim


14
14
Anak lelaki
Osman


14
14
Anak perempuan
Kamariah
Asabah (baki)
7
7
7
Anak lelaki
Zailani


14
14
Anak perempuan
Murni


7
7

Setiap isteri mendapat 4/64 bahagian, setiap anak lelaki mendapat 14/64 bahagian dan setiap anak perempuan pula mendapat 7/64 bahagian daripada kesemua harta pusaka Sidiq.
Asal pembahagian atas setiap harta pusaka Sidiq mengikut hukum faraid adalah seperti berikut:


Bangelo
Teres
Kereta
Jumlah


64
RM300,000.00
RM180,000.00
RM15,000.00
RM495,000.00

Sabariah
4
RM18,750
RM11,250
RM   937.50
RM  30,937.50
Salbiah
4
RM18,750
RM11,250
RM   937.50
RM  30,937.50
Kasim
14
RM65,625
RM39,375.
RM3,281.25
RM108,281.25
Osman
14
RM65,625
RM39,375
RM3,281.25
RM108,281.25
Kamariah
7
RM32,812.50
RM19,687.50
RM1,640.62
RM  54,140.62
Zailani
14
RM65,625
RM39,375
RM3,281.25
RM108,281.25
Murni
7
RM32,812.50
RM19,687.50
RM1,640.62
RM  54,140.62

Sekiranya salah seorang atau sebahagian daripada waris-waris tersebut di atas tidak diberikan bahagian mereka atau diberikan ‘kurang’ daripada hak yang sepatutnya mereka dapat, tanpa persetujuan atau keredaan mereka, hukumnya berdosa dan haram. Ini bermakna tidak mengikut hukum faraid dan bagi mereka yang mendapat bahagian yang ‘lebih’ daripada sepatutnya adalah memakan harta orang lain secara batil.
SOALAN
Rajah pembahagian di atas menunjukkan bahawa setiap harta adalah menjadi milik kesemua waris. Iaitu rumah bangelo kepunyaan 7 orang waris, rumah teres juga kepunyaan mereka dan kereta juga adalah hak milik mereka bersama. Tidakkah ini bermakna hukum faraid telah menyebabkan ‘pemilikan beramai-ramai’ bagi satu-satu harta pusaka?
JAWAPAN
Hukum faraid hanya menyatakan siapakah waris yang berhak dan berapa banyakkah setiap orang akan mendapat bahagian masing-masing. Waris-waris sepatutnya berbincang dan mencari jalan terbaik supaya harta peninggalan ibu bapa mereka dapat dimanfaatkan dan dinikmati.
Rumah bangelo, jika dimiliki bersama seramai 7 orang tidak menjadi satu kesalahan. Sekiranya rumah itu disewakan sebanyak RM700 sebulan. Hasilnya hendaklah dibahagikan mengikut bahagian masing-masing seperti berikut:

64
RM700.00
Sabariah
4
RM  43.75
Salbiah
4
RM  43.75
Kasim
14
RM153.12
Osman
14
RM153.12
Kamariah
7
RM  76.56
Zailani
14
RM153.12
Murni
7
RM  76.56

Bagaimana pun perlu difikirkan apa kesudahannya. Kalau berlaku kerosakan siapa yang akan baiki. Mesti ada seseorang yang menyelenggara rumah itu. Mengutip sewa dan membahagikannya. Oleh itu, perlu diadakan perbincangan untuk mencari cara pembahagian terbaik.
Saya kemukakan di bawah ini antara contoh pembahagian yang dipersetujui setelah perbincangan:
1.    Rumah bangelo: bersetuju diserahkan kepada isteri pertama dan tiga orang anak-anaknya.
2.    Rumah teres: bersetuju diserahkan kepada isteri kedua dan anak-anaknya.
3.    Kereta: bersetuju dijual kepada Kasim.
PENGIRAAN:
1.    RUMAH BANGELO                         RM300,000.00

Jumlah yang sepatutnya diperolehi oleh isteri 1 dan anak-anaknya.


Rumah bangelo
Sabariah
RM30,937.50

Kasim
RM108,281.25

Osman
RM108,281.25

Kamariah
RM54,140.62


JUMLAH

RM301,640.62


RM300,000.00

2.    RUMAH TERES                               RM180,000.00

Jumlah yang sepatutnya diperolehi oleh isteri 2 dan anak-anaknya.


Rumah teres
Salbiah
RM30,937.50

Zailani
RM108,281.25

Murni
RM54,140.62


JUMLAH


RM193,359.37

RM180,000.00

Jika dibuat pembahagian harta ini berdasarkan kepada keluarga isteri 1 dan isteri 2, pengiraannya adalah seperti berikut:
1.    Isteri pertama dan anak-anaknya sepatutnya mendapat sebanyak RM301,640.62 berdasarkan kepada kadar faraid. Tetapi dengan memilih rumah bangelo, mereka hanya mendapat sebanyak RM300,000.00 sahaja. Bermakna keluarga isteri pertama telah mendapat kurang sebanyak RM1,640.62.

2.    Isteri kedua dan anak-anaknya sepatutnya mendapat sebanyak RM193,359.37 berdasarkan kepada kadar faraid. Tetapi dengan memilih rumah teres, mereka hanya mendapat sebanyak RM180,000.00 sahaja. Bermakna keluarga isteri kedua telah mendapat kurang sebanyak RM13,359.37.
Untuk menampung kekurangan itu, harga kereta yang dibayar oleh Kasim sebanyak RM15,000 hendaklah diberikan kepada keluarga Sabariah sebanyak RM1,640.62 dan diberikan kepada keluarga Salbiah sebanyak RM13,359.37.
3.    KERETA                                RM15,000.00


RM15,000.00

Sabariah

Kasim

RM1,640.62
Osman


Kamariah


Salbiah

Zailani

RM13,359.37
Murni



Ini bermakna keluarga Sabariah mendapat rumah bangelo RM300,000 dan duit sebanyak RM1,640.62 manakala keluarga Salbiah pula mendapat rumah teres RM180,000 dan duit sebanyak RM13,359.37.
Manakala kereta dimiliki oleh Kasim seorang sahaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM15,000 sebagai harga kereta.
Dengan perbincangan dan persetujuan begini menolak dakwaan yang mengatakan hukum faraid penyebab kepada pemecahan tanah atau pemilikan beramai-ramai ke atas sebidang tanah atau sebuah rumah.
SOALAN
Realiti yang berlaku dalam masyarakat, kebanyakan tanah-tanah pusaka dimiliki oleh ramai waris sedangkan tanah hanya beberapa meter sahaja luasnya. Mengapa berlaku demikian?
JAWAPAN
Dari pengamatan saya, berlakunya demikian disebabkan oleh;
1.    Tidak memahami konsep sebenar pembahagian. Hukum faraid hanya menentukan waris yang berhak dan bahagian masing-masing. Cara pembahagian terpulang kepada kebijaksanaan waris.
2.    Tiada perbincangan.
3.    Tiada ilmu pengetahuan tentang pengurusan harta pusaka.
4.    Salah faham tentang hukum faraid.
KESIMPULAN.
Pembahagian secara muafakat sebenarnya bukanlah satu kesalahan atau melanggar hukum faraid. Akan tetapi ia melambangkan kesepakatan dan keharmonian dalam keluarga. Tanpa perbincangan semua pihak terlibat, tidak akan dapat mewujudkan satu formula pembahagian terbaik.
SEKIAN.