Thursday 5 September 2013

  
BOLEHKAH WANITA MENGHABISI PUSAKA TANPA KEHADIRAN WARIS LELAKI?

Boleh dikatakan sebahagian besar dalam kalangan masyarakat kita secara spontan akan mengatakan bahawa kalau tidak ada waris lelaki harta pusaka itu tidak akan dapat diwarisi kesemuanya oleh waris perempuan. Oleh kerana itu sebahagiannya akan diserahkan kepada Baitulmal.
Sebagai contoh, sekiranya si mati hanya meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan, isteri akan mendapat 1/8 bahagian, anak perempuan akan mendapat 1/2 bahagian. Oleh kerana waris lain tidak ada, bakinya sebanyak 3/8 bahagian diserahkan kepada baitulmal.



8
Isteri
1/8
1
I anak perempuan
1/2 
4
Baitulmal
Baki
3

Soalnya, apakah setiap kes yang tidak melibatkan waris lelaki, sebahagian daripada harta pusaka itu hendaklah diberikan kepada baitulmal?
Jawabnya, ada kes di mana waris wanita boleh mewarisi kesemua harta walau pun tanpa kehadiran waris lelaki.  
Sekiranya seorang mati meninggalkan waris-waris berikut: ibu, isteri, seorang anak perempuan dan seorang saudara seibu sebapa perempuan (SIBP), pembahagiannya adalah seperti rajah di bawah:



24
Ibu
1/6
4
Isteri
1/8
3
I anak perempuan
1/2 
12
1 SIBP
Asabah
5

Rajah  di atas menunjukkan bahawa kesemua waris adalah wanita. Namun mereka telah menghabisi pusaka tersebut tanpa kehadiran waris lelaki.
Bagaimana ini terjadi?.
Tahukah anda kaedah Asabah Maal-Ghairi yang mana merupakan satu satunya kaedah faraid yang membolehkan wanita menghabisi pusaka dengan memberikan status asabah kepada wanita iaitu saudara seibu sebapa atau saudara sebapa perempuan?.
Kaedah Asabah Maal-Ghairi – saudara seibu sebapa perempuan (SIBP) atau saudara sebapa perempuan (SBP) akan menjadi asabah bersama dengan anak perempuan atau cucu perempuan daripada anak lelaki di mana saudara perempuan akan mendapat “baki” setelah diberikan kepada waris fardu yang lain.
Contoh:



24



 6
Isteri
1/8
3

1 AP
1/2
3
2 AP
2/3
16

2 CP
1/6
1
1 SBP
A
5

3 SIBP
A
2

Lebih hebat lagi apabila saudara seibu sebapa perempuan yang menjadi asabah maal-ghairi mendindingkan saudara sebapa lelaki. Dengan kata lain menghalang saudara sebapa lelaki daripada turut menerima pusaka. Contoh:



3
3 Anak perempuan
2/3
2
1 saudara seibu sebapa perempuan
Asabah
1
1 saudara sebapa lelaki
Terdinding
0

KESIMPULAN: saudara seibu sebapa dan saudara sebapa perempuan apabila mewarisi sesuatu pusaka bersama dengan anak atau cucu perempuan akan dapat menghabisi pusaka tersebut di bawah kaedah asabah maal-ghairi. Ini bermakna dalam kes tertentu, wanita boleh menghabisi pusaka tanpa lelaki.