Sunday 22 December 2013

HARTA PENAMA MILIK SIAPA?

SOALAN
Saya ingin bertanyakan ustaz berkaitan dengan harta penama iaitu penama kepada wang KWSP yang ditinggalkan oleh si mati sebanyak RM150,000. Apakah statusnya, adakah wang itu menjadi  kepunyaan penama atau masih dikira sebagai harta pusaka? Pohon penjelasan ustaz.
Terima kasih.

JAWAPAN
Penama ialah orang yang diberi kuasa untuk mengeluarkan wang si mati tanpa perlu melalui proses pembahagian mengikut undang-undang pembahagian harta pusaka.
Terdapat beberapa agensi kewangan seperti KWSP, Tabung Haji, syarikat kerjasama, syarikat insurans dan sebagainya mengamalkan sistem penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran wang apabila berlaku kematian.

Wang tersebut bukan milik penama, sebaliknya penama hanya bertindak sebagai wakil atau pentadbir. Setelah dikeluarkan, wang tersebut hendaklah dibahagikan kepada waris-waris mengikut hukum faraid.
Hukum mengenainya telah dijelaskan melalui Fatwa Kebangsaan bertarikh 20 September 1973 seperti berikut:

“Penama-penama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Wang Simpanan Pejabat Pos, Bank, Insurans dan Syarikat Kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak menurut pembahagian faraid”.

Contohnya: Ali semasa hayatnya telah menamakan isterinya Samsiah sebagai ‘penama’ bagi wang KWSPnya. Kematian Ali meninggalkan ibu, isteri, dua anak lelaki dan seorang anak perempan. Sebagai penama, Samsiah boleh mengeluarkan wang KWSP. Malangnya Samsiah membolot kesemua wang itu.

SOALAN
Boleh ustaz jelaskan apakah hukum tindakan Samsiah membolot kesemua wang KWSP itu?

JAWAPAN
Hukumnya haram dan berdosa. Samsiah tidak mencuri dan tidak pula menipu. Tetapi Samsiah telah mengambil, memiliki dan memakan secara batil harta kepunyaan ibu mertuanya dan harta anak-anaknya sendiri. Samsiah sepatutnya bertanggungjawab membahagikan wang KWSP itu kepada waris-waris seperti berikut:



24
120
RM100,000.00
Ibu
1/6
4
20
RM16,666.67
Isteri
1/8
3
15
RM12,500.00
Anak lelaki 1
Asabah

34
RM28,333.33
Anak lelaki 2
Asabah
17
34
RM28,333.33
Anak perempuan
Asabah

17
RM14,166.67

Samsiah hanya layak memiliki sebanyak RM12,500.00 sahaja manakala selebihnya adalah kepunyaan ibu si mati sebanyak RM16,666.67 dan RM41,666.67 adalah kepunyaan anak-anaknya.

SOALAN
Bolehkah penamaan itu dianggap sebagai wasiat si mati kepada penama? Ini kerana sebahagian daripada orang-orang yang membuat penamaan berhasrat untuk memberikan wang itu kepada penama apabila beliau meninggal dunia nanti. Apa pandangan ustaz?

JAWAPAN
Penamaan tidak boleh dianggap sebagai wasiat kerana konsep asal penamaan adalah bagi memudahkan waris mengeluarkan wang apabila berlaku kematian. Penama adalah wakil yang sah disisi undang-undang bagi maksud pengeluaran wang sahaja.

Sekiranya pencarum berhasrat untuk memberikannya kepada penama, pencarum boleh membuat penamaan yang disertai dengan wasiat. Apabila seseorang itu membuat penamaam dan berwasiat, duit KWSP itu akan tertakluk kepada hukum wasiat seperti berikut:
1.    
            Sekiranya penama itu terdiri daripada waris yang berhak seperti isteri,  anak atau ibu bapa, wasiat tidak boleh dilaksanakan kecuali setelah mendapat persetujuan daripada semua waris. Contohnya: Ali menamakan isterinya Samsiah dan berwasiat supaya duit KWSP itu menjadi hak milik Samsiah apabila beliau meninggal dunia. Hukumnya, Samsiah tidak boleh mengambil wang itu sehinggalah semua waris seperti ibu bapa dan anak-anak Ali bersetuju. Jika tidak bersetuju, wang itu  hendaklah difaraidkan.
2.      
      Sekiranya penama itu terdiri daripada bukan waris yang berhak seperti anak angkat, adik beradik sedangkan anak lelaki masih ada, ibu mertua, ipar dan sebagainya, wasiat itu wajib dilaksanakan. Maknanya penama boleh mengambil wang KWSP itu dengan syarat sekadar 1/3 daripada keseluruhan harta si mati. Selebihnya hendaklah dipulangkan kepada waris-waris yang berhak mewarisi.

Contohnya: Ali meninggalkan wang KWSP berjumlah RM150,000.00 dan sebuah rumah kediaman bernilai RM250,000.00. Jumlah keseluruhan harta pusaka Ali ialah RM400,000.00. Sepertimana contoh kes di atas, Ali meninggalkan ibu, isteri dan tiga orang anak. Bagaimana pun Ali telah menamakan abangnya (Ahmad) sebagai ‘penama’ KWSP dan berwasiat supaya duit KWSP diberikan kepada Ahmad seorang. Hukumnya wasiat itu sah, namun Ahmad hanya boleh memiliki duit KWSP itu tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta si mati. Ini bermakna Ahmad hanya layak memiliki sebanyak RM133,333.33(1/3xRM400,000) manakala bakinya RM16,666.67 hendaklah dikembalikan kepada waris-waris.   

 Fatwa Mufti Kerajaan Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, cetakan kedua, tahun 2000, hal: 67:
                Soal:                      Apa hukum wang EPF (KWSP) yang dibayar kepada “penama”?
Jawab:                 Penama yang dibuat oleh seseorang penyimpan EPF (KWSP) adalah berlari padanya hukum wasiat sebagaimana keterangan di bawah ini. 
                                2. Jika “penama” itu bukan waris simati maka wasiat itu boleh diluluskan sebanyak 1/3 (satu pertiga) sahaja yaitu daripada jumlah semua harta simati. Kalau ia tidak mempunyai harta lain selain daripada wang yang tersimpan dalam tabung EPF (KWSP) sahaja, maka berhaklah “penama” itu mengambil 1/3 bahagian sahaja daripada wang simpanan itu (sama ada dipersetujui oleh waris-waris atau pun tidak)”.
Sekian….






Thursday 5 December 2013

ISU PENYELESAIAN HARTA PUSAKA: MENGAPA TANGGUH?

Apabila seseorang itu meninggal dunia, terputuslah hubungannya dengan dunia, kecuali tiga amalan sahaja yang dapat dibawa bersamanya ke alam barzakh.
Pertama, pahala segala bentuk sedekah jariah yang dilakukan sepanjang hayatnya.
Kedua, pahala ilmu yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang dicurahkan kepada masyarakat sepanjang hayatnya dalam apa bentuk sekali pun seperti tulisan (buku, artikel dan sebagainya), perkataan (nasihat, teguran, ceramah, pengajian) dan sebagainya.
Ketiga, pahala yang diperolehi daripada anak-anak yang soleh yang ditinggalkan oleh ibu bapa yang meninggal dunia sedangkan anak-anak itu beramal soleh dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapa mereka.
Ada pun semua yang dimiliki semasa hidup di dunia akan ditinggalkan termasuklah harta dan kaum keluarga.
Apabila seseorang itu meninggal dunia, secara otomatik semua hartanya bertukar status menjadi harta pusaka. Iaitu bertukar milikan daripada milik si mati  menjadi hak waris yang ditinggalkan seperti mana yang telah ditentukan oleh hukum faraid.
Hukum faraid menentukan siapakah di kalangan keturunan si mati yang ditinggalkan akan mewarisi harta pusakanya dan menentukan juga bahagian atau kadar yang akan diwarisi.
Contoh: Ali mati meninggalkan ibu, bapa, nenek sebelah ibu, seorang isteri, dua anak lelaki, seorang anak perempuan, lapan orang cucu dan lima adik beradik.
Hukum faraid menentukan waris yang berhak mewarisi harta pusaka Ali ialah: ibu, bapa, isteri, dua anak lelaki dan anak perempuan. Nenek, cucu dan adik beradik tidak berhak mewarisi harta Ali kerana waris-waris yang ditentukan berhak hanya waris yang lebih hampir hubungannya dengan si mati.
Mengikut hukum faraid, bahagian bagi setiap orang waris yang berhak seperti rajah berikut:


24
120
Ibu
1/6
4
20
Bapa
1/6
4
20
Isteri
1/8
3
15
Anak lelaki
Asabah

26
Anak lelaki
Asabah
13
26
Anak perempuan
Asabah

13

Sebagai contoh, sekiranya si mati meninggalkan wang tunai sebanyak RM100,000.00, setiap orang waris akan mendapat bahagian masing-masing seperti berikut:


RM100,000.00
Ibu
20/120
RM16,666.67
Bapa
20/120
RM16,666,67
Isteri
15/120
RM12,500.00
Anak lelaki
26/120
RM21,666.67
Anak lelaki
26/120
RM21,666.67
Anak perempuan
13/120
RM10,833.33

Semua harta yang ditinggalkan seperti rumah, kenderaan, tanah, duit simpanan, bahkan semua harta milik si mati semasa hayatnya termasuk barang-barang peribadi seperti pakaian, talipon, barang kemas dan sebagainya hendaklah di tentukan pembahagiannya di kalangan waris-waris yang berhak mewarisi.
Tujuannya, supaya harta si mati dapat ditentukan siapakah pemilik gantinya dan sehubungan dengan itu memastikan kesinambungan pengawalan dan pemilikan ke atas harta itu supaya tidak terbengkalai dan dibiarkan begitu sahaja.
Maka, apakah tanggungjawab waris-waris apabila ibu bapa meninggal dunia? Tiada lain kecuali membahagikan harta pusaka itu sekadar segera yang mungkin. Harta telah tersedia ada, waris yang berhak mewarisi telah diketahui bahkan kadar bahagian masing-masing juga mungkin telah diketahui, tetapi mengapa harta pusaka itu tidak dibahagikan. Tidak dibincangkan pembahagiannya untuk menentukan siapa pemilik ganti yang akan meneruskan kesinambungan pemilikan ke atas harta itu. Inilah reality yang berlaku dalam masyarakat.
Berdasarkan kajian yang saya lakukan terhadap permohonan untuk membahagikan harta pusaka di Negeri Perak beberapa tahun yang lalu, statistik menunjukkan bahawa hanya 12 peratus sahaja yang memohon untuk menyelesaikan harta pusaka dalam tempuh satu tahun selepas kematian. Manakala 25 peratus membahagikan harta pusaka setelah dua tahun kematian.
Timbul persoalan, mengapakah penyelesaian harta pusaka ditangguhkan? Apakah kerana si mati semasa hayatnya tidak berwasiat? Atau tidak merancang harta pusakanya?
Jawabnya, tiada kaitan dengan wasiat. Sekiranya si mati meninggalkan wasiat sedangkan waris waris masih kaku dan membisu, tanpa apa-apa tindakan ke arah penyelesaian harta pusaka, pembahagian pusaka tetap tidak selesai.
Sebenarnya bagaikan satu budaya dalam masyarakat kita memandang remeh terhadap penyelesaian harta. Akibatnya harta orang tua ditinggalkan begitu sahaja. Rumah kediaman tiada penghuni, dusun buah-buahan semak samun dan tanah pertanian tidak diusahakan.
Itulah sikap sebilangan masyarakat terhadap harta percuma yang bakal diperolehi dengan susah payah orang tua memperolehinya tapi tidak dihargai oleh anak-anak.

Sekian untuk renungan pembaca sekelian.

 PERUNDING W HALIM
PERUNDING HARTA PUSAKA / PEGUAM SYARIE
6 DISEMBER 2013