Saturday, 28 May 2011

PUSAKA PEMANGKIN KESEJAHTERAAN KELUARGA

          Entah mengapa apabila disebut harta pusaka, terbayang dibenak sebahagian besar kalangan masyarakat  perbalahan, persengketaan dan perebutan harta. Tapi sebenarnya mereka yang berjaya menyelesaikan harta pusaka orang tua mereka dengan pembahagian yang baik dan memuaskan hati semua waris adalah lebih banyak jumlahnya berbanding kes-kes pergaduhan dan pertelingkahan.
          Harta pusaka yang diselesaikan dengan baik tidak disebut bahkan dilupakan begitu sahaja kebaikannya. Akan tetapi bagi kes yang dipertikaikan akan disebut-sebut selagi harta pusaka tersebut tidak diselesaikan sehinggalah bertahun tahun, bahkan berpuluh tahun lamanya.
          Seksyen Pembahagian Pusaka, JKPTG berjaya menyelesaikan hampir 40,000 kes pusaka setahun di mana sebahagian besar daripadanya menunjukkan contoh pembahagian yang baik dan sepatutnya dijadikan contoh dan teladan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan keluarga.

Contoh:
Kes 1: Ibu si mati dengan rela hati menyerahkan bahagiannya kepada anak si mati. Dengan kata lain sebahagian besar nenek menyerahkan bahagiannya kepada cucunya. Kata nenek, tok nak buat apa harta. Tok dah tua. Bagi kat cucu dah lah. (Dalam faraid penyerahan hak ini dinamakan Takharuj).

Kes 2: Si mati meninggalkan sebuah kereta. Kereta tersebut dinilai RM20,000. Si mati meninggalkan 4 orang anak. 2 lelaki dan 2 perempuan. Mengikut faraid anak lelaki mendapat 2/6 bahagian (RM6666,67) dan anak perempuan 1/6 bahagian (RM3333,33). Anak bongsu perempuan mahukan kereta ini. Atas dasar keluarga, mereka telah mencapai persetujuan bayaran kepada anak lelaki RM2,000 tiap seorang dan anak perempuan RM1,000.
Persoalannya: Tidakkah kes-kes begini telah mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan keluarga?. Mengapa tidak dijadikan teladan dan dicontohi? Mengapa yang buruk selalu disebut sedangkan yang baik tidak dikenang?
Jadikan pusaka pemangkin kesejahteraan keluarga.

0 comments:

Post a Comment