Setiap kematian sepatutnya disusuli dengan perpindahan pemilikan harta si mati kepada waris-waris melalui lunas undang-undang berasaskan kepada hukum faraid. Malangnya hanya sebahagian sahaja kalangan waris yang berusaha untuk menentukan milik masing-masing manakala yang lain membiarkan harta tersebut tidak bertuan.
Tidak menyelesaikan harta pusaka boleh mengakibatkan beberapa perkara negatif, antaranya:
a. Tanah terbiar / harta tidak terurus. Harta dibiarkan begitu sahaja.
b. Urusniaga hartanah beku. Tiada jual beli, gadaian dsb.
c. Status pemilikan tidak jelas. Tidak diketahui milik siapa sebenarnya.
d. Berlaku pemilikan harta tanpa hak. Mungkin pemilikan melebihi hak yang sebenarnya.
Lambat dan menangguhkan pembahagian pusaka pula boleh mengakibatkan:
a. Kematian berlapis. Bilangan waris bertambah ramai.
b. Hilang dokumen penting. Urusan pembahagian menjadi sukar. Misalnya sijil mati hilang.
c. Lupa keterangan sebenar. Boleh menyebabkan salah pembahagian..
d. Mendorong keterangan palsu. Makan harta tidak halal.
Ada pula yang enggan membahagikan harta pusaka. Ini mengakibatkan:
a. Makan harta saudara sendiri. Dosanya tidak terhingga.
b. Mendorong kepada perbalahan keluarga. Seorang / dua menguasai/memiliki sedangkan yang lain tengok
sahaja.
c. Akhirnya boleh memutuskan hubungan keluarga akibat ada yang tidak puas hati.
Justeru, pemergian orang tua mu, tentukan harta mereka milik siapa ya!.
0 comments:
Post a Comment