Wednesday, 13 July 2011

HARTA PUSAKA: IMPIKAN PENYELESAIAN TERBAIK

Harta pusaka yang ditinggalkan bukan untuk direbut, apatah lagi menjadi penyebab kecelaruan dalam sebuah keluarga yang dahulunya harmoni dan ceria. Persoalan harta memang sesuatu yang sensitif untuk dibincangkan. Justeru masing-masing amat berhati-hati dalam menangani soal harta pusaka. Elakkan pertelingkahan dengan memiliki sifat-sifat Mahmudah bagi mencapai penyelesaian terbaik:

  1. Bertanggungjawab: Semua waris bertanggungjawab memastikan harta pusaka diselesaikan sebaik mungkin. Bukan menaruh harapan kepada seseorang. Berpeluk tubuh  dan hanya mahu bahagian tanpa mahu bersusah payah memikirkan masalah penyelesaian.
  2. Bertolak ansur: Bertolak ansurlah dalam rundingan. Lembut hati dan sentiasa memikirkan kebajikan adik beradik atau waris lain.
  3. Berfikiran positif: Fikirkan sesuatu yang akan membawa kebaikan kepada semua. Mudahkan suasana dan jangan menyebabkan kesukaran dalam pembahagian.
  4. Tidak pentingkan diri: Jangan fikirkan kehendak diri sendiri semata-mata. Fikirkan juga kebajikan orang lain.
  5. Semangat kekeluargaan: Ibarat cincang air tak kan putus. Pelihara hubungan silaturrahim. Jangan kerana harta, adik beradik berpecah belah.
  6. Ikut majoriti: Ikut suara ramai.Jangan jadi buah komeng dalam satu tandan kelapa.
  7. Situasi menang menang (win win situation): Fikirkan supaya semua pihak mendapat faedah daripada hasil pembahagian. Jangan sampai padan muka ?. Saya tak dapat, awak pun tak dapat.

Untuk lebih terperinci tip ke arah penyelesaian terbaik harta pusaka, sila rujuk buku “MENGURUS HARTA PUSAKA” terbitan PTS.

0 comments:

Post a Comment