Tuesday 6 September 2011

RAHSIA DI SEBALIK PEMBAHAGIAN SAMA BANYAK

Hukum faraid menetapkan pembahagian yang lebih kepada anak lelaki sekali ganda berbanding anak perempuan. Ini bermakna sekiranya anak lelaki mendapat bahagian sebanyak RM2,000, anak perempuan akan mendapat RM1,000. Hukum ini dinyatakan di dalam al Quran surah al-Nisa’ ayat 11 yang bermaksud: “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak lelaki menyemai bahagian dua orang anak perempuan”.

Bagaimana pun ada kalangan waris-waris bersetuju supaya harta pusaka ibu atau bapa mereka dibahagi sama rata antara anak lelaki dan anak perempuan. Bermakna kalau anak lelaki mendapat RM2,000, anak perempuan juga mendapat sebanyak itu. Soalnya, ada yang mempersoalkan bolehkah pembahagian sama banyak dilakukan?. Tidak berdosakah kita membelakangkan hukum Allah atau tidak mengikut ketentuan Allah dalam al Quran?

Pembahagian sama banyak berlaku dalam beberapa situasi. Antaranya:

  1. Anak lelaki dengan rela hati bersetuju membahagikan harta pusaka itu  sama rata dengan anak perempuan.
  2. Anak perempuan memohon supaya dibahagi sama, dan anak lelaki bersetuju.
  3. Anak sulung mencadangkan supaya harta pusaka itu dibahagi sama banyak dan memaksa adik adik supaya mematuhi cadangannya.
  4. Sebagai seorang ibu, membahagikan harta peninggalan suaminya kepada anak-anaknya sama rata sedangkan anak-anak masih belum cukup umur.

Pembahagian sama banyak boleh dilakukan dengan syarat waris-waris memahami konsep pembahgian dan syarat-syaratnya dan bukan hanya sekadar ikutan.

Konsep pembahagian:
Asal pembahagian adalah mengikut hukum faraid. Sebagai contoh, sekiranya si mati meninggalkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan dan kesemua harta pusaka berjumlah RM150,000.00. Mengikut hukum faraid, pembahagian seperti berikut:



RM150,000.00
Anak lelaki
2/3
RM100,000.00
Anak perempuan
1/3
RM  50,000.00

Hukum faraid menentukan bahagian anak lelaki sebanyak RM100,000.00 manakala anak perempuan memperolehi sebanyak RM50,000.00. Sekiranya anak lelaki bersetuju untuk dibahagi sama banyak, pembahagian menjadi seperti berikut:



RM150,000.00
Lebih / kurang
Anak lelaki
1/2
RM 75,000.00
- RM 25,000.00
Anak perempuan
1/2
RM 75,000.00
+ RM 25,000.00

Pembahagian sama banyak bermakna anak lelaki dengan rela hati bersetuju menyerahkan sebanyak RM25,000.00 kepada anak perempuan. Dengan penyerahan ini bermakna anak perempuan akan mendapat tambahan sebanyak RM25,000.00 menjadikan jumlahnya RM75,000.00.

Memahami konsep ini, bermakna persetujuan anak lelaki diwajibkan dan dengan syarat:
  1. Sebelum pembahagian, anak lelaki terlebih dahulu mengetahui bahagiannya mengikut hokum faraid.
  2. Setiap anak lelaki memahami konsep pembahagian sama banyak.
  3. Persetujuan dibuat secara sukarela dan tiada paksaan atau ugutan.
  4. Anak lelaki cukup umur dan sempurna akal.

Ini bermakna sekiranya ada paksaan atau waris lelaki belum cukup umur atau tidak siuman, pembahagian sama banyak tidak boleh dilaksanakan.

Soalan seterusnya, bagaimana kalau sekiranya ada 3 anak lelaki, tetapi seorang daripada mereka tidak setuju pembahagian sama banyak?.

Jawabnya: berikan haknya mengikut faraid manakala waris lain dibahagi sama. Lihat contoh melalui rajah di bawah:

Asal pembahagian mengikut faraid:



RM150,000.00
Anak lelaki 1
2/8
RM37,500
Anak lelaki 2
2/8
RM37,500
Anak lelaki 3
2/8
RM37,500
Anak perempuan
1/8
RM18,750
Anak perempuan
1/8
RM18,750

Anak lelaki 3 seorang mahukan pembahagian secara faraid. Yang lain bersetuju pembahagian sama banyak:



RM150,000.00
Anak lelaki 1
3/16
RM28,125
Anak lelaki 2
3/16
RM28,125
Anak lelaki 3
4/16
RM37,500
Anak perempuan
3/16
RM28,125
Anak perempuan
3/16
RM28,125

Bahagian anak lelaki 3 dikekalkan mengikut faraid manakala waris lain dibahagi sama banyak.

Fahami konsep pembahagian sama banyak. Elakkan perbalahan. Elakkan pembahagian tidak wajar. Tiada paksaan dalam pembahagian.

5 comments:

abang long said...

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

saya ada beberapa persoalan yang ingin diajukan bagi mendapat pandangan dari tuan,

saya merupakan waris tunggal dalam keluarga, ayah dan ibu saya berpisah sejak umur saya 3 tahun, ayah saya menduda lebih kurang 17 tahun serta arwah telah membeli sebuah rumah semasa menduda dan telah mendirikan rumah tangga dengan ibu tiri saya 15 tahun yang lalu.

soalan saya,

1. apakah status rumah itu? rumah itu tidak boleh dijadikan harta sepencarian dgn ibu tiri saya?

2. Ibu tiri saya menerima pencen dan juga grade duty. Adakah saya mempunyai hak keatas grade duty? (umur saya 35thn)

3. Bagaimana dengan wang insuran? arwah telah meletakkan nama saya sebagai penama (100%)?

4. ibu arwah masih hidup, dan layak untuk mendapat harta peninggalan arwah anak?

terima kasih

zulfa shamsuri said...

Sememangnya, harta pusaka mestilah dibahagi secara faraid. Meskipun pembahagian sama rata dibenarkan oleh syariat dengan ketentuan di atas, tetapi sistem faraid adalah sistem pembahagian yang paling adil dibanding sistem lainnya.

Sekolah Bahagia said...

faedah pembahagian sama rata dimana waris akan mendapat dua faedah iaitu pahala sedekah dan menambahkan eratkan lagi silaturahim

Pertama, pahala sedekah diperolehi dari waris lelaki dimana beliau sanggup mendermakan sebahagian hartanya kepada waris perempuannya dan ianya sukar dilakukan oleh waris lelaki (of course jika dah nampak harta maka segalanya dilupai)

Kedua, hubungan yang sebelum ini biasa2 sahaja dengan waris perempuan akan lebih erat kerana pengorbanan pemberian bahagiannya..

Itu indahnya pembahagian sama rata dengan keredhaan. Silaturahim dan amal jariah adalah perkara yang indah disisiNya.

Sekolah Bahagia said...

Kalau diambil contoh hukum hudud pun ia tiada beza.. memaafkan seseorang yang mencuri lebih baik dari menjatuhkan hukuman potong tangan kepadanya walaupun hudud itu hukum syariah yang disebut Allah dalam Al_quran.

lguana second hand said...

Bertudung,pandai mengaji, solat tak tinggal, berpuasa, berzakat, pergi umrah, pergi Haji, buat perkra yg sunat ,tinggalkan perkara yg haram. Tetapi satu saja yg org perempuan tak boleh terima iaitu Faraid. Mereka sanggup menuduh lelaki tamak dan tidak bertanggungjawap kepada ibu. dan sanggup hasut ibu supaya buat pembahagian pusaka samarata.inilah contoh perempuan zaman moden. ia ibarat membakar atau memijak Al Quran. sanggup mengatakan ayat Al Quran itu tak adil.

Post a Comment