Wednesday 23 November 2011

BAGAIMANA ANAK ANGKAT 'MEWARISI' HARTA PUSAKA


Anak angkat tidak tersenarai sebagai waris yang berhak mewarisi harta pusaka ibu bapa angkatnya mengikut hukum faraid. Ini kerana anak angkat tiada hubungan pertalian darah secara syarak dan tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkat mengikut hukum syarak sekali pun anak tersebut telah dibinkan kepada bapa angkat di dalam sijil kelahiran.

Bagaimana pun, bukanlah ini bermakna anak angkat dibiarkan begitu sahaja sehingga tidak diberikan apa-apa oleh ibu bapa angkat atau waris-waris kepada ibu bapa angkat itu, bahkan sesetengahnya terus meminggirkan anak angkat selepas kematian ibu atau bapa angkatnya.

Persepsi terhadap anak angkat oleh sesetengah pihak yang meminggirkan anak angkat sepeninggalan ibu bapa angkatnya disebabkan oleh fahaman mereka bahawa anak angkat tidak berhak mewarisi, sebenarnya tidak tepat. Berilah sebahagian daripada harta pusaka ibu bapa angkat kepadanya atau setidak-tidaknya kasihilah mereka sebagaimana ibu bapa angkat menyayangi mereka.

Sebenarnya hukum faraid ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk mewariskan harta pusaka kepada kaum keluarga yang mempunyai pertalian darah dengan si mati. Soalnya, bagaimana nasib anak angkat yang sememangnya tidak mempunyai pertalian darah dengan ibu bapa angkatnya? Bolehkah mereka mewarisi harta pusaka ibu dan bapa angkat sedangkan ibu bapa angkat sangat menyayangi mereka seperti anak kandung mereka?.

Islam agama yang adil dan prihatin kepada semua golongan manusia. Memang benar anak angkat tidak berhak mewarisi harta pusaka secara faraid. Tetapi Allah maha mengetahui dan bijaksama membenarkan ibu bapa angkat ‘mewariskan’ sebahagian daripada harta mereka kepada anak angkat melalui Hukum Wasiat.

Dengan berwasiat, anak angkat akan mewarisi paling maksimum 1/3 daripada harta pusaka ibu bapa angkat mereka, manakala baki 2/3 bahagian lagi akan diwarisi oleh waris-waris si mati secara faraid.

Sebagai contoh, Ahmad mempunyai seorang anak angkat, seorang isteri dan tiga orang adik beradik seibu sebapa, dua lelaki dan seorang perempuan. Ahmad mempunyai 5 ekar tanah. Semasa hayatnya, Ahmad telah berwasiat sekiranya beliau meninggal dunia, 1 ekar daripada tanah pusaka peninggalannya hendaklah diberikan kepada anak angkatnya.

Apabila Ahmad meninggal dunia, anak angkat boleh menuntut harta pusaka itu sebagai penerima wasiat, manakala isteri dan tiga orang adik beradik Ahmad menuntut sebagai penerima pusaka secara faraid.

Mengikut hukum faraid, asal pembahagian seperti berikut:


8
40
Isteri
1/8
1
5
SIBL


14
SIBL
Asabah
7
14
SIBP


7

Oleh kerana Ahmad berwasiat supaya 1 ekar daripada harta pusakanya diberikan kepada anak angkatnya, pembahagian menjadi seperti berikut:


5 ekar
40
50
5 ekar
Anak angkat
1 ekar (wasiat)

10
1 ekar
Isteri

5
5
0.5 ekar
SIBL
4 ekar (faraid)
14
14
1.4 ekar
SIBL

14
14
1.4 ekar
SIBP

7
7
0.7 ekar

Inilah sebenarnya konsep wasiat iaitu pemberian selepas kematian oleh seseorang tuan punya harta kepada seseorang yang bukan warisnya yang berhak mewarisi mengikut hukum faraid. Bagi menjamin kesinambungan hubungan kekeluargaan, wasiat hanya dibenarkan setakat 1/3 daripada harta pusaka sahaja manakala bakinya 2/3 bahagian adalah hak waris-waris mengikut ketentuan hukum faraid.

Kesimpulannhya, anak angkat seperti mana anak kandung juga berhak mewarisi harta pusaka, cuma bezanya mereka mewarisi secara penerima wasiat sedangkan anak kandung mewarisi secara ketentuan faraid.

Sekian.


13 comments:

Razz said...

Salam Tuan Wan Abdul Halim,

Sungguh jelas dan praktikal contoh huraian anak angkat ini.semoga perjuangan mulia dalam bidang faraid ini diberkatiNya hingga ke akhir.

me said...

Salam,saya nak tanya bagaimana hukum faraid sekiranya mempunyai 2 anak angkat perempuan yang dibintikan kepada bapa angkat dan seorang anak kandung lelaki . Isunya adalah sbgai contoh ada sebidang tanah yang berharga 10k. Tetapi dalam 1 geran sudah dinamakan ( diwasiat) kepada ke tiga2 pewaris ( 1 anak kandung , dan 2 anak angkat ),kesemuanya adalah 1/3. Adakah benar ini caranya ? Boleh jelaskan cara pembahagiannya. Saya keliru tentang ini. Terima kasih.

Unknown said...

Salam,cth kalau mempunyai 2 orang anak tetapi salah seorang anak adalah anak angkat, dan pembahagian harta sama rata, apakah hukumnya?

Unknown said...

Assalamualaikum, si mati seorang perempuan (berstatus bujang) mempunyai anak angkat seramai 3 orang. Adik-beradik seramai 6 orang. Bagaimana pembahagian harta si mati seharusnya. apakah pula hukumnya.

Unknown said...

Assalaamualaikum...
Saya ada seorang abang kandung yang tidak mempunyai anak dan telah mengambil seorang anak angkat.Atas nasihat keluarga sebhg harta pusaka ayah ( sekarang atas namanya)diserah pda saya dan sebhg lagi kepada anak angkat.Sekarang ni ia memaksa saya serahkan balik harta tersebut kepadanya.apa perlu saya buat?.Untuk maklumat pihak tuan .semua adik beradik saya perempuan.Anak angkat mendapat harta pusaka warisan setengah daripada harta tersebut.

Unknown said...

Alhamdulillah terima kasih sangat2 atas pencerahan ini. Saya baru paham pasal harta pusaka untuk anak angkat sbb saya seorang anak angkat

Unknown said...

Assaalaamualikum,
Saya sebagai anak angkat si mati yang tidak berkhawin, si mati ada 3 adik beradik yang masih hidup (1) perempuan (2)perempuan (3)lelaki (4)sudah meninggal (5)si mati (ayah angkat)

Sebelum si mati hidup, si mati telah amanahkan saya beberapa amanah adakah (si anak angkat perlu menunaikan amanah si mati?)
Ini amanah yang telah disampaikan sebelum arwah meninggal.
1. Arwah amanah kan harta arwah semua untuk jaga keluarga mek jarah dan seni. Iaitu kak2 no.2 dan anak buah.
2. Arwah amanah kan syah teruskan jaga 2 rumah arwah. 1 suruh saya duduk dan 1 lagi bagi anak buah duduk.
3. Arwah kata kalau ada lebih bukak pusat tahfiz jika mampu, jika tidak sekurang2nya sedekah atas nama arwah.
4. Arwah amanahkan perniagaan dia diteruskan, kalau tidak pun buat yang baru atas namanya.
5. Arwah amanahkan saya uruskan kematian arwah semua dan ada hak (kuasa) untuk menyelesaikan segala harta dan hutangnya.
6. Arwah amanahkan bila dia tiada nanti biar di tanam di sebelah kubur ibunya.

Perlukah saya menunaikan atau lepaskan kepada waris iaitu waris adik beradik no.3 (lelaki)?
Kerana si waris tidak ambil tahu tentang hutang si mati.

Kerana anak angkat telah hidup 8 tahun sehingga meninggal, dan tidak ada hitam putih dari si mati kerana si mati sangat sensetive bab wasiat atau harta (cuma hanya ada beberapa bukti dari SMS / Secara lisan iaitu saksi dan bukti dari penama KWSP).

Maksud saya disini si mati semasa hidup telah menghibah dan amanah kepada anak angkat secara lisan kepada saksi dan bukti.

Adik beradik tidak rapat bersama si mati hanya kakak no.2 si mati rapat. Sekarang si adik beradik no1 dan no3 hanya mahu harta si mati.

Apakah tindakan saya perlu lakukan? Saya amat buntu (sekarang saya hanya mampu menunaikan beberapa amanah saja kepada si mati).

fizzhssn said...

assalamualaikum,bagaimana pula jika keluarga tersebut hanya mempunyai seorang anak angkat perempuan dan merupakan anak tunggal dalam keluarga tersebut? mohon penjelasan.

Unknown said...

harta peninggalan orang tua saya diambil oleh adik angkat saya sedangkan dia tu anak angkat sahaja

Unknown said...

harta peninggalan orang tua saya diambil oleh adik angkat saya sedangkan dia tu anak angkat sahaja mohon pecerahan

Nomy said...

Assalam sy nak bertanyakan tentang harta pusaka. Arwah Datuk sy sebelum meninggal telah menukar nama tanah pada makcik saya dan memberitahu (bercakap lisan) saparuh tanah ini hendaklah diberi kepada ibu saya. Tetapi Sekarang makcik saya telah menukar nama tanah pada nama anak angkatnya. Adakah ibu saya berhak menuntut. Sedangkan tanah telah ditukar pada anak angkat yang tiada pertalian nama.

Kelaut fiber said...

Salam.
Bagaimana pula dengan keadaan ini. Si mati mempunyai 1 ekar tanah. 2 isteri, 5 anak angkat (4 lelaki 1 perempuan, tiada anak kandung), 2 saudara kandung lelaki. Arwah mewasiaatkan harta peninggallannya hanya untuk isteri dan anak2 angkatnya sahaja. Jadi ape yg perlu diikut dan tidak patut diikut pada wasiat tersebut. Apakah hak2 yg diperolehi oleh setiap waris tersebut. Sekian

Unknown said...

Arwah nenek sye mmpunyai 2 org ank lelaki dan seorang ank angkat perempuan, semasa hidup arwah nenek telah memasukkn nama anak angkat kepada sebidang tanah..tanpa mengira pembahagian secara 1/3. Masalah nye srkarang mak cik angkat sye ni seolah mcm tamak smpai nkkn tanah2 yg lain peninggalan arwah nenek dan atok. Sehingga ank2 makcik angkat saya ni smpai berani kurang ajar pd pakcik sye, dan sye jgk sbgai pewaris yg sah..jd patut ke sye faraidkn tanah yg arwah nenek dh berikan kepada makcik angkat sye tu, sbb dgn perangai yg tamak die tu, saye rase die x layak nk mewarisi pn harta pusaka peninggalan arwah nenek

Post a Comment