Thursday, 5 December 2013

ISU PENYELESAIAN HARTA PUSAKA: MENGAPA TANGGUH?

Apabila seseorang itu meninggal dunia, terputuslah hubungannya dengan dunia, kecuali tiga amalan sahaja yang dapat dibawa bersamanya ke alam barzakh.
Pertama, pahala segala bentuk sedekah jariah yang dilakukan sepanjang hayatnya.
Kedua, pahala ilmu yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang dicurahkan kepada masyarakat sepanjang hayatnya dalam apa bentuk sekali pun seperti tulisan (buku, artikel dan sebagainya), perkataan (nasihat, teguran, ceramah, pengajian) dan sebagainya.
Ketiga, pahala yang diperolehi daripada anak-anak yang soleh yang ditinggalkan oleh ibu bapa yang meninggal dunia sedangkan anak-anak itu beramal soleh dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapa mereka.
Ada pun semua yang dimiliki semasa hidup di dunia akan ditinggalkan termasuklah harta dan kaum keluarga.
Apabila seseorang itu meninggal dunia, secara otomatik semua hartanya bertukar status menjadi harta pusaka. Iaitu bertukar milikan daripada milik si mati  menjadi hak waris yang ditinggalkan seperti mana yang telah ditentukan oleh hukum faraid.
Hukum faraid menentukan siapakah di kalangan keturunan si mati yang ditinggalkan akan mewarisi harta pusakanya dan menentukan juga bahagian atau kadar yang akan diwarisi.
Contoh: Ali mati meninggalkan ibu, bapa, nenek sebelah ibu, seorang isteri, dua anak lelaki, seorang anak perempuan, lapan orang cucu dan lima adik beradik.
Hukum faraid menentukan waris yang berhak mewarisi harta pusaka Ali ialah: ibu, bapa, isteri, dua anak lelaki dan anak perempuan. Nenek, cucu dan adik beradik tidak berhak mewarisi harta Ali kerana waris-waris yang ditentukan berhak hanya waris yang lebih hampir hubungannya dengan si mati.
Mengikut hukum faraid, bahagian bagi setiap orang waris yang berhak seperti rajah berikut:


24
120
Ibu
1/6
4
20
Bapa
1/6
4
20
Isteri
1/8
3
15
Anak lelaki
Asabah

26
Anak lelaki
Asabah
13
26
Anak perempuan
Asabah

13

Sebagai contoh, sekiranya si mati meninggalkan wang tunai sebanyak RM100,000.00, setiap orang waris akan mendapat bahagian masing-masing seperti berikut:


RM100,000.00
Ibu
20/120
RM16,666.67
Bapa
20/120
RM16,666,67
Isteri
15/120
RM12,500.00
Anak lelaki
26/120
RM21,666.67
Anak lelaki
26/120
RM21,666.67
Anak perempuan
13/120
RM10,833.33

Semua harta yang ditinggalkan seperti rumah, kenderaan, tanah, duit simpanan, bahkan semua harta milik si mati semasa hayatnya termasuk barang-barang peribadi seperti pakaian, talipon, barang kemas dan sebagainya hendaklah di tentukan pembahagiannya di kalangan waris-waris yang berhak mewarisi.
Tujuannya, supaya harta si mati dapat ditentukan siapakah pemilik gantinya dan sehubungan dengan itu memastikan kesinambungan pengawalan dan pemilikan ke atas harta itu supaya tidak terbengkalai dan dibiarkan begitu sahaja.
Maka, apakah tanggungjawab waris-waris apabila ibu bapa meninggal dunia? Tiada lain kecuali membahagikan harta pusaka itu sekadar segera yang mungkin. Harta telah tersedia ada, waris yang berhak mewarisi telah diketahui bahkan kadar bahagian masing-masing juga mungkin telah diketahui, tetapi mengapa harta pusaka itu tidak dibahagikan. Tidak dibincangkan pembahagiannya untuk menentukan siapa pemilik ganti yang akan meneruskan kesinambungan pemilikan ke atas harta itu. Inilah reality yang berlaku dalam masyarakat.
Berdasarkan kajian yang saya lakukan terhadap permohonan untuk membahagikan harta pusaka di Negeri Perak beberapa tahun yang lalu, statistik menunjukkan bahawa hanya 12 peratus sahaja yang memohon untuk menyelesaikan harta pusaka dalam tempuh satu tahun selepas kematian. Manakala 25 peratus membahagikan harta pusaka setelah dua tahun kematian.
Timbul persoalan, mengapakah penyelesaian harta pusaka ditangguhkan? Apakah kerana si mati semasa hayatnya tidak berwasiat? Atau tidak merancang harta pusakanya?
Jawabnya, tiada kaitan dengan wasiat. Sekiranya si mati meninggalkan wasiat sedangkan waris waris masih kaku dan membisu, tanpa apa-apa tindakan ke arah penyelesaian harta pusaka, pembahagian pusaka tetap tidak selesai.
Sebenarnya bagaikan satu budaya dalam masyarakat kita memandang remeh terhadap penyelesaian harta. Akibatnya harta orang tua ditinggalkan begitu sahaja. Rumah kediaman tiada penghuni, dusun buah-buahan semak samun dan tanah pertanian tidak diusahakan.
Itulah sikap sebilangan masyarakat terhadap harta percuma yang bakal diperolehi dengan susah payah orang tua memperolehinya tapi tidak dihargai oleh anak-anak.

Sekian untuk renungan pembaca sekelian.

 PERUNDING W HALIM
PERUNDING HARTA PUSAKA / PEGUAM SYARIE
6 DISEMBER 2013


0 comments:

Post a Comment