Sunday 2 November 2014

APAKAH HUKUM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA SECARA MUAFAKAT?

Hukum Faraid menentukan siapakah dalam kalangan waris-waris yang ditinggalkan oleh si mati yang berhak mewarisi harta pusakanya. Setelah mengenal pasti waris yang berhak, hukum Faraid juga menentukan kadar bahagian yang akan diperolehi oleh setiap orang waris.

Sebagai contoh, Abdul Wahab meninggal dunia dan meninggalkan  isteri, bapa dan tiga orang adik beradik seibu sebapa, satu lelaki dan dua perempuan. Hukum Faraid menentukan waris yang berhak mewarisi harta pusaka Abdul Wahab hanyalah dua orang sahaja iaitu isteri dan bapa. Adik beradik tidak mewarisi kerana terhalang oleh bapa. Hukum Faraid seterusnya menentukan kadar bahagian isteri sebanyak 1/4 bahagian sebagai waris ‘Fardu’ manakala selebihnya sebanyak 3/4 bahagian diwarisi oleh bapa sebagai waris ‘Asabah’.

Pembahagian mengikut kadar Faraid ditunjukkan sepertimana rajah di bawah:



4
RM80,000.
ISTERI
1/4
1
RM20,000.
BAPA
ASABAH
3
RM60,000.
ADIK BERADIK L
TERDINDING
0
0
ADIK BERADIK L
TERDINDING
0
0
ADIK BERADIK P
TERDINDING
0
0

SOALAN

Assalamualaikum Ustaz,
Abang saya meninggal dunia pada tahun 2013  dan meninggalkan isteri. Arwah tidak mempunyai anak. Ibu dan bapa masih ada. Saya difahamkan harta pusaka abang diwarisi oleh tiga orang sahaja iaitu isteri, ibu dan bapa. Adik beradik seramai lima orang tidak berhak.
Abang meninggalkan sebuah kereta mengikut nilaian semasa RM40,000.00. Semasa pembahagian, bapa bersetuju pembahagian dibuat secara muafakat iaitu kereta itu diserahkan kepada isteri si mati dengan bayaran kepada ibu dan bapa sebanyak RM10,000 tiap seorang.
Apakah hukumnya pembahagian seperti ini. Adakah bertentangan dan tidak mengikut  hukun Faraid?

JAWAPAN

Waalaikumsalam.
Asal pembahagian adalah wajib mengikut hukum Faraid iaitu:
Pertama, waris yang berhak mestilah benar iaitu isteri, ibu dan bapa. Tiada waris yang ditinggalkan atau dengan kata lain ‘disembunyikan’.
Kedua, sebelum pembahagian dipersetujui, setiap waris wajib mengetahui bahagian masing-masing mengikut kadar Faraid. Sesudah itu baharulah boleh bermuafakat dan bertolak ansur atau saling redha merehdai.

Mengikut hukum faraid, bahagian setiap orang waris adalah seperti di bawah:



12
RM40,000.00
ISTERI
1/4
3
RM10,000.00
IBU
1/6
2
RM 6,666.67.
BAPA
ASABAH
7
RM23,333.33

Isteri mendapat 1/4 bahagian kerana si mati tidak meninggalkan zuriat. Ibu mendapat 1/6 bahagian kerana si mati ada mempunyai lima orang adik beradik. Manakala bapa pula mendapat ‘Asabah’ iaitu baki setelah diberikan bahagian isteri dan ibu.

Sebelum pembahagian dibuat, ketiga-tiga mereka wajib mengetahui bahagian masing-masing iaitu sebagaimana rajah di atas. Sekiranya ibu dan bapa masing-masing bersetuju untuk menyerahkan kereta itu kepada isteri dengan bayaran sebanyak RM10,000 tiap seorang, bermakna ibu akan mendapat lebihan sebanyak RM3,333.33 sedangkan bapa akan mendapat kurang sebanyak RM13,333.33. Soalnya adakah bapa redha dengan kekurangan sebanyak itu?. Sekiranya faham dan redha, maka sahlah pembahagian itu. Pengurangan itu dinamakan ‘Takharuj’ iaitu bapa bersetuju menyerahkan sebahagian daripada haknya kepada orang lain iaitu kepada ibu dan isteri. Dengan penyerahan itu bermakna bahagian isteri menjadi RM20,000 dan bahagian ibu menjadi RM10,000.

Dengan penyerahan hak itu, bapa akan mendapat ganjaran yang sewajarnya sama seperti pahala hibah atau hadiah kepada seseorang atau pahala sedekah sekiranya waris yang menerima itu seorang miskin.

Bagaimana pun, malang bagi bapa sekiranya tidak memahami konsep pembahagian secara muafakat seperti yang diterangkan di atas, sudahlah bahagian yang diperolehi kurang daripada yang sepatutnya diperuntukkan oleh hukum Faraid, tiada pahala yang diperolehi disisi Allah s.w.t.


SOALAN

Ibu saya meninggal dunia dan meninggalkan suami iaitu bapa saya dan tujuh orang anak, semua lelaki.

Ibu meninggalkan wang simpanan di Lembaga Tabung Haji sebanyak RM25,000.00. Dalam perbincangan untuk pembahagian, anak-anak memohon kepada bapa supaya duit pusaka itu dibahagikan sama rata antara bapa dan anak-anak. Bapa bersetuju. Bermakna masing-masing mendapat 1/8 bahagian iaitu sebanyak RM3,125.00.

Beberapa hari yang lalu, bapa melahirkan rasa tidak puas hati dengan menyatakan beliau sepatutnya mendapat bahagian yang lebih banyak. Bapa meminta supaya dibuat pembahagian semula dengan alasan baru mendapat tahu, beliau sepatutnya berhak mendapat 1/4 bahagian iaitu sebanyak RM6,250.00. Apa pandangan ustaz?.

JAWAPAN

Sebagaimana yang ustaz nyatakan di atas, asal pembahagian adalah mengikut kadar Faraid. Iaitu bapa sepatutnya diberitahu terlebih dahulu bahagiannya mengikut kadar Faraid iaitu sebanyak 1/4 bahagian bersamaan RM6,250.00. Selepas itu baharulah anak-anak memohon supaya di bahagikan secara muafakat iaitu sama rata dan bahagian bapa diberitahu sebanyak RM3,125.00. Ketika itu bapa akan membandingkan antara kadar Faraid dan muafakat. Kalau bersetuju dengan muafakat bermakna bapa akan mendapat separuh daripada sepatutnya.  Pembahagian secara muafakat akan menjadi sah sekiranyanya bapa faham dan redha dengan jumlah yang diterimanya iaitu hanya sebanyak RM3,125.00 sahaja.



4
28
RM25,000.00
BAPA
1/4
1
7
RM6,250.00
ANAK LELAKI 1
ASABAH

3
RM2,678.57
ANAK LELAKI 2
ASABAH

3
RM2,678.57
ANAK LELAKI 3
ASABAH

3
RM2,678.57
ANAK LELAKI 4
ASABAH
3
3
RM2,678.57
ANAK LELAKI 5
ASABAH

3
RM2,678.57
ANAK LELAKI 6
ASABAH

3
RM2,678.57
ANAK LELAKI 7
ASABAH

3
RM2,678.57

Rajah 1:Menunjukkan pembahagian mengikut kadar Faraid. Bapa mendapat RM6,250.00


8
RM25,000.00
BAPA
1
RM3,125.00
ANAK LELAKI 1
1
RM3,125.00
ANAK LELAKI 2
1
RM3,125.00
ANAK LELAKI 3
1
RM3,125.00
ANAK LELAKI 4
1
RM3,125.00
ANAK LELAKI 5
1
RM3,125.00
ANAK LELAKI 6
1
RM3,125.00
ANAK LELAKI 7
1
RM3,125.00

Rajah 2: Menunjukkan pembahagian secara muafakat samarata. Bapa mendapat RM3,125.00

Dalam kes ini, pembahagian secara muafakat adalah tidak sah kerana bapa tidak mengetahui bahagiannya terlebih dahulu mengikut kadar Faraid sebelum bersetuju dengan pembahagian secara muafakat. Oleh itu pembahagian semula perlu dibuat.


SEKIAN

0 comments:

Post a Comment