Thursday, 27 April 2017

PATUTKAH KITA MENYEPI DIRI KALAU HABUAN PUSAKA TIDAK BERBALOI?

Ketika saya bertugas sebagai pegawai pembahagian harta pusaka, kadang kala tugas itu memberi keseronokan dan tidak membosankan, malah boleh menjana pahala berlipat kali ganda. Membantu menyelesaikan kes pusaka yang telah lama dibiarkan.

Fakta kes:
Saad bin Said telah meninggal dunia pada tahun 1990. Semasa hayatnya berkahwin dua kali.
Isteri pertama bernama Saodah, mati dahulu.
Isteri kedua bernama Maimunah, bercerai mati.
Perkahwinan dengan isteri pertama mendapat lima orang anak, 4 lelaki dan 1 perempuan. Manakala dengan isteri kedua pula mendapat 4 orang anak, 3 lelaki dan 1 perempuan.
Ini bermakna  pada masa kematiannya Saad meninggalkan seorang isteri dan 9 orang anak, 7 lelaki dan 2 perempuan.
Harta peninggalan ialah sebidang tanah bendang bernilai RM10,000.00.
Harta pusaka tidak dibahagikan kepada waris waris mengikut hukum faraid sehingglah pada tahun 1992, anak sulung kepada Saad pula meninggal dunia iaitu, Rokiah. Rokiah meninggalkan ibu, suami dan 6 orang anak, 3 lelaki dan 3 perempuan.

Harta pusaka Saad dibiarkan terbengkalai sehinggalah pada tahun 2005 anak kedua kepada Rokiah yang perempuan bernama Shamsiah pula meninggal dunia. Rokiah meninggalkan bapa, nenek sebelah ibu, suami dan seorang anak lelaki tunggal bernama Abdul Wahab.

Pada hari perbicaraan di pejabat pusaka, semua waris hadir.
Perbicaraan dimulakan dengan mendapatkan maklumat si mati.  Nama si mati, tarikh kematian, sebab kematian dan tempat dikebumikan. Bukti kematian ialah Sijil Kematian.
Selesai maklumat si mati, bermulalah siasatan waris. Iaitu untuk mengetahui kedudukan waris yang ditinggalkan oleh si mati. Siasatan waris bertujuan untuk menentukan siapa dalam kalangan waris yang berhak mewarisi pusaka.

Kes ini dikategorikan sebagai kes “Munasakhat”, iaitu kematian berlapis  - 3 lapis.
Lapis pertama: si mati asal dan tuan punya harta iaitu Saad bin Said.
Lapis kedua: si mati kedua iaitu Rokiah (anak Saad).
Lapis ketiga: si mati ketiga iaitu Shamsiah (cucu Saad).

Satu lapis bukanlah satu keturunan, tetapi satu lapis bermakna satu kematian. 3 lapis bermakna 3 kematian dan ini melibatkan 3 kali pengiraan faraid.
Ketika perbicaraan berlangsung, salah seorang daripada waris yang hadir bernama Abdul Razak, bertanya, “Encik, boleh saya tahu bahagian saya?”.

Pengiraan faraid secara Munasakhat seperti rajah di bawah:





108



7
12


7




8
128


12
108
13824


12
165888
Saad
M1












Maimunah
Isteri
1/8
1
16
Ibu
1/6
2
18
1728+126
Nenek
1/6
2
3240+14
Saad
AL
A

14




1512



18144
Ali
AL
A

14




1512



18144
Abu
AL
A

14




1512



18144
Ahmad
AL
A

14




1512



18144
Osman
AL
A
7
14




1512



18144
Khalid
AL
A

14




1512



18144
Samat
AL
A

14




1512



18144
Rokiah
AP
A

7
M2



756




Leha
AP
A

7




756



9072
Kasim




Suami
1/4
3
27
189



2268
Yusri




AL
A

14
98



1176
Roslan




AL
A

14
98



1176
Ramli




AL
A
7
14
98



1176
Shamsiah




AP
A

7
49
M3



Saudah




AP
A

7
49



588
Salmah




AP
A

7
49



588
Rahim









Suami
1/4
3
21
A Razak









AL
A
7
49

Setelah membuat pengiraan, ternyata Abdul Razak hanya mendapat RM2.95 (RM10,000 ÷165888 x 49). Abdul Razak berkata, “Encik, saya dah agak bahagian saya tidak seberapa, tetapi saya hadir hari ini daripada Kuala Lumpur ke Alor Setar dengan dua harapan:

Pertama: Saya berhajat  hendak berjumpa dengan sanak saudara saya yang selama ini sebahagian besar saya tidak kenal. Hari ini baru saya dapat kenal dan boleh hubungkan silaturrahim.
Kedua: Saya rasa kalau saya tidak hadir, kes ini mungkin tidak selesai. Saya akan rasa berdosa. Jadi saya hadir kerana tanggungjawab.
Abdul Razak meminta kebenaran untuk mengambil gambar video ketika perbicaraan sedang berlangsung. Untuk kenangan kerana hari itu adalah hari yang bersejarah baginya. Saya memberi kebenaran.

Keputusannya;
Tanah bendang itu dijual kepada penyewa dengan harga RM10,000.
Selesai pembahagian di pejabat, anak sulung si mati yang juga menjadi pemohon (di negeri Kedah di panggil Kepala Kuasa) menjemput semua waris yang hadir itu ke rumahnya untuk makan tengahari.

ULASAN:
Abdul Razak patut dijadikan contoh dan teladan. Walaupun tidak berbaloi dengan bahagian faraid, bahkan bayaran tol dan minyak kenderaan jauh lebih tinggi, beliau hadir perbicaraan demi untuk membantu menyelesaikan harta pusaka moyangnya yang selama ini tidak difaraidkan.
Kes ini menggambarkan wujudnya kesepakatan dan kesatuan dalam kalangan ahli keluarga. Bukan masalah habuan yang bakal diperolehi daripada harta pusaka, tetapi tanggungjawab menyelesaikan pusaka itu lebih diutamakan.
Maka tiadalah bezanya menghadiri majlis kenduri kahwin sanak saudara dengan menghadiri perbicaraan bagi menyelesaikan harta pusaka. Kedua duanya adalah tuntutan agama dan mengeratkan hubungan silaturrahim.
Harapan saya selepas ini tiada lagi sungutan atau ungkapan tidak mahu meluangkan masa untuk selesaikan harta pusaka kerana habuan yang tidak seberapa.

Kesimpulan:
Jadikan "Harta pusaka pemangkin kepada kesejahteraan keluarga”.


Sekian, sekadar renungan.

0 comments:

Post a Comment