DARI FAIL PUSAKA #2
MENYESAL TAK BERGUNA
Satu permohonan untuk membahagikan harta pusaka telah dibuat
oleh Gayah, isteri kepada si mati. Waris yang disenaraikan ialah seorang isteri
dan seorang anak lelaki berumur 1 setengah tahun.
Siasatan waris pada hari perbicaraan:
Pegawai: “Puan, pada masa kematian, ibu bapa
si mati masih ada ke tidak?”
Gayah: “ Ibu mati dahulu. Tapi ayah masih
ada”.
Pegawai: “Nenek sebelah ibu, ada ke tidak?”.
Gayah: “Tak ada tuan, mati dahulu”.
Pegawai: “Ayah si mati patut dapat pusaka ni.
Tapi sebab apa tak masuk nama dia dalam senarai waris?”.
Gayah: “Sebenarnya tuan, ayah si mati iaitu
bapa mertua saya tak suka anak dia kahwin dengan saya. Dia halau kami dan tak
benarkan kami jejak kaki di rumahnya. Dia tak mengaku arwah sebagai anaknya
selagi saya jadi isteri arwah. Sejak kahwin, saya dan arwah suami saya tak
pernah balik ke rumah mertua. Sebab tu saya tak masuk nama dia dalam borang
permohonan”.
Pegawai: “Mengikut hukum, bapa si mati berhak
terima pusaka walaupun dia tak suka kepada anaknya. Kalau nak selesai, panggil
dia datang ke pejabat”.
Gayah: “Tuan, saya cuba beri tahu bapa mertua
saya”.
Dua minggu kemudian:
Gayah hadir bersama anaknya. Bapa si mati juga hadir dan
duduk di kerusi hujung sebelah kiri.
Pegawai: “Pak Cik, si mati ni siapa?”.
Bapa: “Anak saya”.
Pegawai: “Mengikut hukum faraid, apabila
seorang mati meninggalkan bapa, bapa dapat pusaka 1/6 bahagian sebab si mati
ada anak lelaki”. (Bapa yang pernah tidak mengaku si mati anaknya kerana
sesuatu yang tidak disukainya dilakukan oleh anaknya, tidak menghalang bapa
daripada mewarisi harta pusaka anaknya).
Pegawai: “Sebab itu pak cik dipanggil datang
ke pejabat. Kita nak tahu tanah pusaka arwah ni bahagian pak cik macam mana?”.
Bapa: (Pertama kali melihat cucunya.
Timbul kasih sayang dan penyesalan di raut wajahnya). “Bahagian saya, saya
serahkan kepada cucu saya. Saya tak mahu tanah ni. Bagi kepada cucu saya”.
“Cuma saya nak mintak satu perkara.
Selepas ni menantu saya dan cucu saya tinggal di rumah saya”.
Gayah: (Sangat terkejut. Memandang kepada
bapa mertua. Bangun dari kerusi bersama anaknya meluru ke arah bapa mertua. Dipeluknya bapa
mertua dengan tangisan. Bapa mertua turut mengalirkan air mata. Ternyata Gayah
melepaskan rindu kasih sayang seorang bapa mertua).
Pegawai: ( Tak sanggup melihat drama di
hadapan mata. Keluar sekejap dari bilik perbicaraan mencari ketenangan).
Kes selesai.
0 comments:
Post a Comment