DARI FAIL
PUSAKA # 6
TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB WALAUPUN HABUAN TIDAK
BERBALOI.
Situasi:
Sememangnya bagi kematian yang sudah
berpuluh tahun lamanya hendak diselesaikan, akan menyebabkan jumlah waris yang
ramai.
Bagi waris yang sudah jauh hubungannya
dengan tuan punya harta, seperti cucu atau cicit, bahagian mereka sudah tentu
tidak seberapa.
Bagi kes ini, jumlah waris yang
berhak adalah seramai 19 orang. Semua waris hadir.
Perbicaraan di Alor Setar, Kedah.
Harta peninggalan: sebidang tanah
bendang. Nilaiannya, RM10,000.00.
Selesai pomohon memberi keterangan,
salah seorang waris yang hadir telah bersuara:
Osman : “Tuan, boleh saya
Tanya?”.
Pegawai : “Ya, silakan”.
Osman : “Boleh saya tahu berapa
duit yang saya dapat?”.
Setelah dibuat pengiraan berdasarkan
kepada bahagian Osman mengikut Sijil Faraid:
Pegawai : “Nilaian tanah
RM10,000.00. Bahagian Encik Osman sebanyak RM6.61”.
Osman : “Saya sudah jangka saya
dapat sikit sebab saya cicit kepada si mati”.
Pegawai : “Sebenarnya, Encik
boleh tanda tangan Surat Persetujuan (Borang DDA) dan tak
perlulah hadir”.
Osman : “Saya datang dari Kuala
Lumpur. Saya sedang buat ijazah master. Saya datang bukan
kerana nakkan harta pusaka ni, Tuan. Saya
datang hari ni kerana 2 sebab:
Pertama:
saya nak kenal saudara mara saya yang selama ini memang saya tak pernah jumpa. Hari ni semua ada.
Kedua: Saya takut kalau saya tak datang,
pusaka ni tak selesai. Saya takut berdosa”.
Pegawai : “Terima kasihlah En.
Osman kerana datang hari ni, tunai tanggungjawab”.
Osman : “Tuan, boleh saya ambil
gambar video dalam perbicaraan ni. Saya nak buat kenangan”.
Pegawai : “Saya benarkan”.
Atas persetujuan semua waris, tanah
pusaka ini diserahkan kepada “kepala kuasa” (pemohon) seorang.
KES SELESAI.
Selepas selesai perbicaraan:
Pemohon : Semua adik beradik
(waris yang hadir) jemput ke rumah saya untuk makan tengahari. Saya buat
kenduri sikit.
Pegawai : (Dalam hati), saya dia tak
jemput pun, ishhh…
1 comments:
Agaknya 'pegawai' tersebut ialah penulis blog ini, hehe
Post a Comment