Sunday 22 May 2011

Profil Perunding


PROFILE

NAMA PERKHIDMATAN: PERUNDING W HALIM

TARIKH DIDAFTARKAN: 10 April 2011

NO. PENDAFTARAN PERNIAGAAN: TR0105145-H


PERUNDING UTAMA:           HAJI WAN ABDUL HALIM BIN W HARUN AMN. PJK.

BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN : NO: 357-02171640


KELAYAKAN AKADEMIK: 
1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian dalam Syariah. UKM tahun 1978
2. Diploma Pentadbiran dan Kehakiman Islam. UIA tahun 1995
3. Berpengalaman selama 30 tahun dalam urusan pembahagian harta pusaka di Seksyen Pembahagian Harta Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan. (Pusaka kecil). Menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka bagi negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.
4. Memiliki SIJIL PEGUAM SYARIE bagi Negeri Terengganu berkuatkuasa mulai 16 November 2011.

ANDA BERHAJAT UNTUK SELESAIKAN HARTA PUSAKA ORANG TUA?
ANDA INGIN TAHU BAGAIMANA MENGURUS HARTA PUSAKA DAN HUKUM FARAID?

HUBUNGI:     PERUNDING W HALIM.  HP: 0194494004.

*      KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN:

  1. MEMBANTU MENGURUSKAN PERMOHONAN UNTUK MEMBAHAGIKAN HARTA PUSAKA. TERMASUK HARTA TANAH, RUMAH DAN HARTA ALIH SEPERTI WANG SIMPANAN, KENDERAAN, SAHAM DAN SEBAGAINYA.
  2. MEMBANTU URUSAN PEMBATALAN PEMEGANG AMANAH
  3. MEMBANTU URUSAN PEMBATALAN PENTADBIR (PENGUASA)
  4. MENGURUS PERMOHONAN FARAID

*      KAMI JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PERUNDINGAN DAN KHIDMAT NASIHAT:

  1. HUKUM  FARAID
  2. INGIN TAHU SIAPAKAH WARIS YANG BERHAK MENERIMA PUSAKA?
  3. INGIN TAHU BERAPA BAHAGIAN SETIAP ORANG WARIS?
  4. PERSOALAN BERKAITAN WASIAT, HIBAH DAN HARTA SEPENCARIAN.

*      KAMI JUGA MENYEDIAKAN KHIDMAT PEMBELAJARAN ILMU FARAID DAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA  MELALUI KURSUS, CERAMAH, BENGKEL DAN SEBAGAINYA.

HARTA PUSAKA PERLU DIBAHAGI SEBAIK MUNGKIN SUPAYA HARTA ORANG DAPAT DIMANFAATKAN. SEGERA SELESAIKAN HARTA PUSAKA SUPAYA TIDAK TERMAKAN HARTA SAUDARA SENDIRI DAN ANAK YATIM.

BAYARAN PERKHIDMATAN:

1.                  PERMOHONAN PUSAKA 

a.       KES BIASA. Bayaran perkhidmatan RM300. Bayaran wajib seperti Carian rasmi, pelan lokasi tanah/ salinan geran, surat akuan , borang DDA, perjalanan: tertakluk kepada keperluan.

b.      KES KOMPLIKATED/SUKAR. Tertakluk kepada persetujuan perunding dan waris. Insyaallah berpatutan dan tidak membebankan.

Sediakan dokumen perlu dan kami uruskan segalanya sehingga permohonan tuan didaftarkan. Tunggu sehingga panggilan bicara.

2.                  CERAMAH AGAMA

a.       Tajuk: Pentadbiran Harta Pusaka dan Asas Hukum Faraid.
b.      Tajuk: Pentadbiran Harta Pusaka, Asas Hukum Faraid, persoalan wasiat, hibah dan harta sepencarian.
Ceramah ini untuk jabatan kerajaan atau swasta di sekitar negeri Terengganu. Bagi negeri lain akan tertakluk kepada pengangkutan penceramah dan penginapan jika diperlukan.

3.                  SEMINAR 1 HARI (6 JAM)

a.       Tajuk: PENGURUSAN HARTA PUSAKA
                                                              i.      Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia dan prosedur permohonan
                                                            ii.      Asas Hukum Faraid dan kaedah pembahagian
                                                          iii.      Persoalan wasiat,hibah dan tuntutan harta sepencarian

Pakej termasuk: (disediakan oleh Perunding W Halim)

i.                    Pengangkutan penceramah
ii.                  Kertas nota
iii.                Handout
iv.                Sijil penyertaan

Dewan seminar dan peralatan, penginapan penceramah, makan minum dan lain-lain disediakan oleh penganjur.

4.                  KURSUS FARAID (ASAS / LANJUTAN)
   Cara mudah mempelajari Ilmu Faraid:

  •              KURSUS FARAID ASAS:                                                                                         
                  i.   Kaedah penentuan waris yang berhak

  1.         ii.  Kaedah penentuan bahagian: fardu 1/2, 1/3, 1/4 dsb. atau asabah.

      iii. Kaedah pengiraan faraid.
  •              KURSUS FARAID LANJUTAN:
                  i.   Kes-kes khusus
      ii.  Kaedah penentuan waris kes munasakhat (kematian berlapis)
      iii. Kaedah pengiraan kes munasakhat.
            
            a.       Satu hari – 6 jam         RM3,500
b.      Dua hari – 10 jam        RM5,000
c.       Tiga hari – 16 jam       RM6,500

5.                  KHIDMAT NASIHAT (PERCUMA)
a.       Penentuan waris
b.      Penentuan bahagian
c.       Kemusykilan faraid
d.      Wasiat, hibah dan harta sepencarian

6.                  DOKUMEN WASIAT / HIBAH  - RM300



VISI, MISI & OBJEKTIF

    Visi     :       Ke arah penyelesaian harta pusaka bersistematik, beretika dan
diredai Allah di peringkat kebangsaan.

    Misi     :       Membantu masyarakat memahami Hukum Faraid dan perkara-
perkara yang berkaitan dengannya seperti wasiat, hibah dan harta sepencarian yang akan membawa kepada menyelesaikan harta pusaka secara sistematik, beretika dan mengikut konsep pembahagian sebenar selaras hukum syarak.

Objektif:         Mewujudkan satu masyarakat yang sedar dan prihatin tentang
perlunya menyelesaikan harta pusaka secepat mungkin dan mengikut konsep pembahagian sebenar.

5 comments:

Unknown said...

ASsalam...
disini saya ada kemusykilan

begini kemusykilannya:
Nenek saya mempunyai 6 orang anak kesemuanya perempuan...anak2nya ialah
1. maklong saya
2. makngah saya
3. maklang saya
4. mak uda saya
5. mak saya
6. maksu saya

Nenek saya mempunyai lot tanah (lot 394) dalam geran lot tersebut telah di bahagi 5 bahagian. ini bermakna nama didalam geran tersebut ada 5 orang iaitu
1. nama mak saya (asalnya bahagian ni nama nenek saya tapi dah ditukar kepada nama mak saya sebelum nenek saya meninggal)
2. nama makngah saya (kakak mak saya)
3. nama abang nenek saya (tapi dah tukar nama anaknya)
4. nama pakcik nenek saya ( dah tukar nama cucunya)
5. nama sepupu mak dan makngah saya.
PADA TAHUN 1992 MAKNGAH SAYA MENINGGAL DUNIA SEBELUM NENEK SAYA. JADI NENEK SAYA SEBAGAI IBU SI MATI DAPAT HARTA SIMATI MENGIKUT FARAID..YANG ITU SAYA FAHAM
PADA TAHUN 1994 NENEK SAYA PULA MENINGGAL DUNIA..OK.
BARU2 NI, AWAL 2013 KERAJAAN ADA AMBIL SEDIKIT TANAH DI LOT 394 KERANA NAK BUAT PROJEK MRT. JADI KERAJAAN ADA MEMBERI PAMPASAN. JADI KELIMA2 NAMA DALAM GERAN TERSEBUT MENDAPAT HABUAN MASING2 DARIPADA PAMPASAN ITU TERMASUK ARWAH MAKNGAH SAYA SEBAB ANAK2 MAKNGAH SAYA TAK TUKAR NAMA LAGI JADI BAHAGIAN TANAH MAKNGAH SAYA MASIH NAMA DIA LAGI...
SOALAN SAYA:
1.ADAKAH ARWAH NENEK SAYA(IBU MAKNGAH SAYA) MASIH DAPAT HABUAN DARI PAMPASAN MAKNGAH SAYA TU. WALAUPUN NENEK SAYA DAH MENINGGAL DUNIA.
2. ADAKAH BERTERUSAN NENEK SAYA DAPAT HARTA MAKNGAH SAYA TU ANDAINYA MASA AKAN DATANG KERAJAAN AMBIL LAGI TANAH DAN DAPAT PAMPASAN.
3. SEKIRANYA NENEK SAYA DAPAT SEDANGKAN DIA DAH MENINGGAL DUNIA ADAKAH BAHAGIAN NENEK SAYA TU JATUH KEPADA ANAK2NYA (ADIK BERADIK MAK SAYA )
4. NENEK SAYA TIDAK MEMPUNYAI ANAK LELAKI. ADAKAH ADIK BERADIK NENEK SAYA DAPAT JUGA.

TOLONG LA SELESAI KEKELIRUAN INI
SEKIAN TERIMA KASIH BANYAK2

Perunding W Halim said...

Salam Tuan,

Mak Ngah mati meninggalkan ibu . Oleh itu ibu berhak mewarisi ke atas semua harta Mak Ngah. Oleh kerana ibu Mak Ngah telah meninggal dunia kemudian, bahagian ibu Mak Ngah akan diwarisi oleh anak-anaknya. Oleh kerana semua anak perempuan mewarisi 2/3 bahagian, 1/3 bahagian lagi akan diwarisi oleh adik beradik kepada ibu Mak Ngah. TK.

Unknown said...

Assalam...Tuan saya ada membaca penjelasan tuan dalam majalah QnA..tahun 2012 bil 5..berkaitan pusaka peneroka dan ada sambungan di bil 6.Adakah di blog tuan ini ada tentang perkara tersebut memandangkan saya ketinggalan membeli bil 6 dahulu.
terima kasih diucapkan kepada pihak tuan.

Unknown said...

kiranya perunding pusaka ni sebagai org tgh (agent) untuk menguruskan harta pusaka si mati di unit pembahagian pusakalah ye??

Unknown said...

Assalamualaikum.saya mohon pencerahan Dari pihak tuan iaitu ttg pembahagian harta pusaka faraid.BG harta yg berkaitan dgn tanah.bagaimana kah cara pembahagian/pecahan tanah ITU dibahagikan kpd waris? Adakah ia dibahagikan melalui kiraan keluasan tanah atau mengikut nilai hartanah tersebut.(contoh)ada 3 geran tanah berlainan kawasan .Dan adakah pihak pendaftar harta pusaka yg membuat pembahagian faraid atau pihak waris sendiri yg diberi kuasa utk mbuat pembahagian?sekian

Post a Comment