Saturday 8 October 2011

AMBIL TAHU SIAPAKAH WARIS BERHAK MEWARISI UNTUK ELAK KEKELIRUAN



Apabila berlaku kematian, secara automatik harta si mati berpindah kepada waris-waris yang ditinggalkan. Persoalannya, siapakah waris yang berhak mewarisi harta pusaka itu?

Untuk mengetahuinya pelajarilah ilmu faraid. Perunding W Halim bersedia membimbing anda. Berdasarkan kepada kaedah-kaedah yang dipelajari akan membolehkan seseorang itu mengetahui siapakah yang berhak mewarisi. Bagaimana pun cara mudah untuk mengetahui waris yang berhak ialah dapatkan maklumat yang betul daripada orang yang benar-benar mahir dalam bidang ilmu Faraid.

Mengetahui waris yang berhak mewarisi harta pusaka boleh membantu waris-waris menyelesaikan beberapa masalah, antaranya:
  1. Hanya waris yang berhak sahaja yang akan mengurus dan membincangkan pembahagian harta. Campur tangan orang luar seperti ipar, menantu, jiran atau rakan-rakan yang tidak diundang boleh menimbulkan salah faham, ketidak puasan hati dalam kalangan waris yang akhirnya akan menimbulkan pertelingkahan. Bagaimana pun, mereka boleh membantu sekiranya diperlukan oleh waris-waris.
  2. Bagi memastikan waris-waris yang berhak tidak dipinggirkan.
  3. Mengelakkan rasa kecewa dan malu dalam ahli keluarga akibat kejahilan hukum faraid kerana menyangka beliau berhak mendapat pusaka sedangkan mengikut hukum faraid, sebenarnya beliau tidak berhak.
Satu kes telah dilaporkan seperti berikut:

Si mati bernama Rafeah telah meninggal dunia pada tahun Disember 2010. Rafeah tidak meninggalkan ibu bapa (mereka mati dahulu).Suami bernama Saad juga mati dahulu pada tahun 2000.Pada masa kematiannya, Rafeah meninggalkan tiga orang anak, satu lelaki dan dua perempuan iaitu, Basir, Salbiah dan Basirah.
Harta pusaka yang ditinggalkan  ialah wang tunai berjumlah RM250,000.00

Sebelum sempat harta pusaka Rafeah dibahagikan, Basir telah meninggal dunia iaitu pada Januari 2011. Isteri Basir mati dahulu dan Basir meninggalkan hanya tiga orang anak perempuan. Basir juga meninggalkan dua orang bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa bernama Ali dan Abu (adik beradik seibu sebapa dengan Saad, bapa Basir ).

Persoalan timbul siapakah yang akan mewarisi harta pusaka Rafeah? Tiga orang anak Basir semuanya perempuan, pada pendapat umum mereka tidak boleh mewarisi kesemua  harta pusaka Basir. Oleh kerana bapa saudara dikatakan lebih berhak untuk menghabiskan harta pusaka itu kerana mereka berdua lelaki, maka pengesahan perlu dibuat bagi memastikan waris lelaki itu benar-benar berhak.

Bagi memberi gambaran lebih jelas kedudukan waris si mati, rajah di bawah boleh membantu anda:


Soalan 1: Siapakah yang berhak ke atas harta pusaka Rafeah?
Jawapan:
Penentuan waris berhak: hanya 3 orang anak. 1 lelaki dan 2 perempuan.
Penentuan bahagian: seperti rajah di bawah:


4
RM250,000.00
BASIR
2
RM125,000.00
SALBIAH
1
RM  62,000.00
BASIRAH
1
RM  62,000.00

Sebelum sempat pembahagian di atas dibuat, Basir telah meninggal dunia.
Soalan 2 : Siapakah yang berhak ke atas harta pusaka Basir?
Jawapan:
Penentuan waris berhak:
  1. Tiga anak perempuan
  2. Dua saudara seibu sebapa perempuan
  3. Dua bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa

Berdasarkan kaedah pembahagian:
  1. Tiga anak perempuan sebagai waris utama berhak mewarisi secara fardu sebanyak 2/3 bahagian. Harta pusaka masih berbaki 1/3 bahagian.
  2. Waris ganti keturunan ke atas seperti datuk dan nenek dan keturunan ke bawah seperti cucu tidak ada. Oleh itu berpindah kepada waris kedua yang lebih hampir iaitu adik beradik si mati. Mengikut kaedah pembahagian, dua saudara seibu sebapa perempuan ketika bersama dengan anak perempuan, berhak mewarisi secara asabah ma’al ghairi. Iaitu adik beradik perempuan akan menerima baki sebanyak 1/3 bahagian. Bermakna harta pusaka telah dapat dihabiskan oleh lima orang waris perempuan, iaitu 3 anak perempuan dan 2 adik beradik perempuan.
  3. Oleh kerana adik beradik perempuan telah mewarisi secara asabah dan menghabiskan harta pusaka, dua bapa saudara sebelah bapa terdinding atau mahjub (gugur) dan tidak mewarisi apa-apa.
Penentuan bahagian: seperti rajah di bawah:


3
18
RM125,000.00
LATIFAH

4
RM  27,777.78
SAUDAH
          2/3
2
4
RM  27,777.78
ZAWIAH


4
RM  27,777.78
SALBIAH
         Asabah
1
3
RM  20,833.33
BASIRAH


3
RM  20,833.33
ALI
         Gugur   
0
0
0
ABU


0
0
 
Keputusan: Abu dan Ali tidak mendapat apa-apa walaupun mereka berdua waris lelaki.

Apabila dilakukan pengiraan bagi kematian berlapis secara sekali gus mengikut kaedah pengiraan MUNASAKHAT, pembahagian seperti rajah di bawah:

Kesimpulan:
    1. Dengan mengetahui waris yang berhak dan bahagian masing-masing, membolehkan waris-waris membuat pembahagian dengan adil dan dapat mengelakkan sebarang rasa tidak puashati. Mengapa Salbiah dan Basirah mendapat bahagian yang banyak ada jawapannya. Mereka mendapat dua kali iaitu pertama, sebagai anak kepada Rafeah dan kedua, sebagai adik beradik kepada Basir.
    2. Ali dan Abu hendaklah akur dengan hukum faraid dan jangan tergesa-gesa mencanang bahawa mereka berhak kerana mereka waris lelaki.
    3. Ambil tahu siapakah waris yang berhak agar harta pusaka dapat diagihkan kepada mereka yang sebenarnya berhak.

1 comments:

nco said...

Assalamualaikum Tuan. Pertama sekali saya m'ucapkan rasa syukur dan terima kasih dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat seperti penulisan di dalam artikel tuan ini.
Saya ada satu kemusykilan tentang pembahagian harta pusaka mengikut Hukum Faraidh. Minta tuan perjelaskan lagi.

Kami berupa 4 orang adik beradik. Kesemuannya perempuan.
Bapa telah meninggal dunia. Arwah bapa telah bercerai dengan ibu dan tidak berkahwin lagi.
Suami saya ada meminjam duit dari bapa sebanyak 40 ribu dan sampai sekarang ,suami masih belum mampu untuk membayarnya balik. Arwah bapa masih mempunyai 3 orang adik lelaki yang masih hidup,iaitu bapa saudara kami.

Soalan saya; 1) patutkah suami memaklumkan tentang hal ini(hutangnya terhadap arwah bapa) kepada bapa saudara kami?
2)sekiranya suami nak membayar hutangnya,kepada siapakah yang wajib dimaklumkan dulu? Samada adik beradik saya atau bapa saudara2 kami?
3)bolehkah suami meminta halalkan hutangnya daripada adik beradik saya dan bapa saudara,jika suami tak mampu nak bayar?
4)sekiranya suami saya ada duit nak bayar kesemua jumlah hutangnya itu, bagaimanakah pembahagian mengikut hukum faraidh?
Saya harap tuan dapat menjawab soalan saya dengan secepat yang mungkin.
Terima kasih dan harap maaf.

Post a Comment