6. BAGAIMANA HARTA PUSAKA DIBAHAGIKAN
• Perbincangan penting untuk menentukan cara pembahagian yang dipersetujui.
• Asal pembahagian ialah mengikut hukum faraid. Setiap orang waris mempunyai hak ke atas setiap harta pusaka. Tetapi waris-waris boleh membincangkan cara mana sesuatu harta itu akan diagihkan kepada waris-waris dengan mengambil kira aspek sosial, ekonomi, semangat kekeluargaan dan sebagainya. Misalnya:
– Sekiranya harta itu merupakan sebidang tanah pertanian, boleh dimiliki oleh semua waris dan didaftarkan dengan nama masing-masing, tetapi adakah pemilikan beramai-ramai tidak menyusahkan waris-waris di masa hadapan. Fikirkan.
– Sekiranya tanah pusaka tersebut luasnya cuma setengah ekar, mungkin tidak ekonomik jika dimiliki oleh 5 atau 6 orang waris. Oleh itu perlu dirundingkan.
– Sekiranya harta itu merupakan barang kemas, bagaimana akan diagihkan kepada setiap orang waris.
– Sekiranya harta itu merupakan sebuah kenderaan seperti kereta, motosikal dan sebagainya, bagaimana jalan penyelesaiannya kerana kereta tidak boleh dimiliki oleh lebih daripada seorang pemilik.
– Sekiranya harta itu merupakan sebuah rumah kediaman, dengan pemilikan beramai-ramai, apa kesudahannya.
v Oleh itu mengadakan rundingan di kalangan waris adalah wajar dan perlu demi menjaga keharmonian dan kebaikan agar harta si mati dapat dimanfaatkan bersama.
7. SIFAT MURNI
• Untuk menjamin pembahagian yang baik dan mewujudkan suasana yang menyeronokkan, setiap waris sepatutnya mempunyai sifat-sifat berikut:
• Bertolak ansur
• Bertanggungjawab
• Berfikiran positif
• Tidak pentingkan diri
• Semangat kekeluargaan
• Prihatin
• Pandang ke hadapan.
• Lupakan nilai nostalgia / sentimental value
• Baik sangka
• Situasi menang-menang (Win win situation)
• Ikut majoriti
8. ELAKKAN SIFAT KEJI
• Tamak
• Salah guna kuasa
• Pentingkan diri
• Tidak bertanggungjawab
• Tiada kerjasama
• Tidak prihatin
• Buruk sangka
• Situasi kalah kalah (Lose lose situation)
9. KESAN BAIK PEMBAHAGIAN
• Eratkan hubungan keluarga
• Mengseimbangkan pemilikan harta di kalangan waris
• Harta orang tua dimanfaatkan
• Hidup tenang
• Saling bantu membantu
• Hubungan keturunan si mati berterusan
10. KESAN BURUK PERGADUHAN
• Putus hubungan keluarga
• Harta terbengkalai/beku
• Hidup dalam keresahan
• Musnah struktur keturunan si mati
• Makan harta saudara sendiri
• Malang , harta orang tua tidak dimanfaatkan
• Harta orang tua dipertikaikan
11. PENUTUP:
· Menguruskan pembahagian harta pusaka sebenarnya memerlukan kefahaman yang amat luas dalam hukum faraid. Ianya berkaitan rapat dengan hukum wasiat, hibah dan harta sepencarian.
· Setiap penyelesaian harta pusaka memerlukan perbincangan di kalangan waris di mana setiap orang waris seharusnya mempunyai tanggungjawab dan bersikap positif kearah penyelesaian yang terbaik.
· Artikel yang ringkas ini sebenarnya memerlukan penjelasan lebih terperinci agar tuan-tuan dapat menyelesaikan harta pusaka dengan baik, sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim di kalangan ahli keluarga.
· Semoga artikel ini dapat dimanfaatkan demi kesejahteraan keluarga dan sanak saudara khususnya dan umat Islam umumnya.
SEKIAN.
Disediakan oleh:
WAN ABDUL HALIM BIN W HARUN
Perunding Utama / Peguam Syarie
Perunding W Halim
FEBRUARI 2012
0 comments:
Post a Comment