LAYAKKAH
BEKAS ISTERI YANG DICERAIKAN MEWARISI HARTA PUSAKA?
Ikatan perkahwinan adalah merupakan salah
satu daripada sebab seseorang itu layak mewarisi harta pusaka pasangannya.
Isteri layak mewarisi harta pusaka suaminya yang telah menuinggal dunia dan begitu
juga suami layak mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan oleh isterinya. Iaitu
saling mewarisi harta pusaka pasangan masing-masing yang mati dahulu.
Sekiranya seorang lelaki mati meninggalkan
isteri, isteri itu berhak mewarisi harta pusaka suaminya mengikut kaedah hukum
faraid seperti berikut;
1. Isteri
layak mewarisi sebanyak ¼ bahagian daripada kesemua harta pusaka suaminya
sekiranya suaminya yang meninggal itu tidak mempunyai keturunan ke bawah
seperti anak atau cucu.
Contoh:
Seorang mati meninggalkan seorang isteri
dan bapa. Anak tidak ada. Isteri mendapat 1/4 bahagian.
|
|
4
|
RM10,000.00
|
ISTERI
|
1/4
|
1
|
RM2,500.00
|
BAPA
|
ASABAH (baki)
|
3
|
RM7,500.00
|
2. Isteri
layak mewarisi sebanyak 1/8 bahagian daripada kesemua harta pusaka suaminya
sekiranya suaminya yang meninggal itu mempunyai keturunan ke bawah seperti anak
atau cucu.
Contoh:
Seorang mati meninggalkan seorang isteri
dan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Isteri mendapat 1/8
bahagian.
|
|
24
|
RM10,000.00
|
ISTERI
|
1/8
|
3
|
RM1,250.00
|
ANAK LELAKI
|
ASABAH (baki)
|
14
|
RM5,833.33
|
ANAK PEREMPUAN
|
ASABAH (baki)
|
7
|
RM2,916.67
|
3. Sekiranya
isteri itu lebih daripada seorang, seperti dua atau tiga orang, bahagian isteri
sebanyak ¼ atau 1/8 itu dibahagikan mengikut jumlah isteri. Misalnya ¼ dibahagi
dua atau 1/8 dibahagi kepada tiga dan sekiranya si mati meninggalkan empat
orang isteri, maka bahagian yang diperolehi oleh isteri itu sama ada ¼ atau 1/8
dibahagikan kepada empat bahagian sama rata.
Contoh 1:
Si mati meninggalkan dua
orang isteri dan seorang saudara seibu sebapa lelaki. Bahagian isteri ¼
dibahagi dua.
|
|
4
|
8
|
RM10,000.00
|
ISTERI 1
|
1/4
|
1
|
1
|
RM1,250.00
|
ISTERI 2
|
|
|
1
|
RM1,250.00
|
SIB LELAKI
|
ASABAH (baki)
|
3
|
6
|
RM7,500.00
|
Contoh 2:
Si mati meninggalkan empat orang isteri,
dua anak lelaki dan satu anak perempuan. Bahagian isteri 1/8 dibahagi empat.
|
|
8
|
160
|
RM10,000.00
|
ISTERI 1
|
1/8
|
1
|
5
|
RM312.50
|
ISTERI 2
|
|
|
5
|
RM312.50
|
ISTERI 3
|
|
|
5
|
RM312.50
|
ISTERI 4
|
|
|
5
|
RM312.50
|
ANAK LELAKI
|
ASABAH (baki)
|
|
56
|
RM3,500.00
|
ANAK LELAKI
|
ASABAH (baki)
|
7
|
56
|
RM3,500.00
|
ANAK PEREMPUAN
|
ASABAH (baki)
|
|
28
|
RM1,750.00
|
SOALAN:
Ibu berkahwin dengan bapa dan mereka hidup sebagai suami
isteri selama 15 tahun. Malangnya jodoh mereka tidak sampai ke akhir hayat.
Mereka bercerai. Dua bulan lepas, bapa meninggal dunia kerana sakit jantung.
Soalan saya, adakah ibu yang bercerai hidup dengan bapa
masih layak mewarisi harta pusaka bekas suaminya (bapa saya)?.
JAWAPAN:
Tempoh yang lama memegang status sebagai suami isteri
tidaklah menjamin seseorang itu boleh mewarisi harta pusaka pasangannya yang
meninggal dunia. Sekiranya pasangan itu bercerai mati, maka isteri layak
mewarisi harta pusaka suaminya dan begitulah sebaliknya.
Bagaimana pun apabila pasangan bercerai hidup, tanpa
mengambil kira berapa lama perkahwinan itu berlangsung, maka putuslah hubungan
suami isteri. Suami memegang status duda manakala isteri pula memegang status
janda. Apabila suami meninggal dunia, bekas isteri masih layak mewarisi harta
pusaka bekas suaminya dalam keadaan berikut:
1. Perceraian
berlaku dalam kategori talak raj’ii.
2. Kematian
berlaku ketika isteri masih dalam edah.
SOALAN:
Apakah yang dimaksudkan dengan talak raj’i?
JAWAPAN;
Talak raj’i bermaksud perceraian talak satu atau tolak
dua. Iaitu suami boleh merujuk kembali isterinya tanpa perlu kepada akad nikah
semula. Sekiranya kematian suami berlaku ketika isteri masih dalam edah talak
raj’i, isteri masih layak mewarisi harta pusaka bekas suaminya mengikut kadar
seperti mana dibincangkan di atas.
Ada pun talak bain, sama ada bercerai talak tiga,
bercerai sebelum bersetubuh, khulu’ (tebus talak) atau fasakh, maka isteri
tidak boleh mewarisi harta pusaka bekas suami walau pun isteri itu masih dalam
edah.
SOALAN:
Berapa lamakah tempuh edah?
JAWAPAN:
Tempoh edah tertakluk kepada keadaan:
1. Dalam
keadaan normal, tempuh edah ialah tiga kali suci daripada haid.
2. Sekiranya
perceraian berlaku ketika isteri sedang mengandung, tempuh edah ialah selepas
sahaja isteri melahirkan anak.
3. Sekiranya
telah putus haid (monopos), tempuh edah ialah selama tiga bulan qamariah.
HURAIAN:
1. Sekiranya
ibu dan bapa saudara bercerai tolak satu, dan tiga tahun selepas itu bapa
meninggal dunia, dan ternyata telah habis tempuh edah, ibu ridak layak mewarisi
harta pusaka bapa.
2. Sekiranya
ibu dan bapa saudara berceri tolak tiga dan bapa meninggal dunia seminggu
selepas itu, ibu tidak layak mewarisi harta pusaka bekas suaminya kerana mereka
bercerai tolak bain.
3. Sekiranya
ketika berlaku perceraian tolak satu, ibu saudara sedang mengandung dua bulan
dan bapa meninggal dunia sehari sebelum ibu bersalin, ibu layak mewarisi harta
pusaka bapa mengikut hukuim faraid.
KESIMPULAN:
Umum berpendapat pasangan yang bercerai hidup tidak layak
mewarisi harta pusaka pasangannya yang mati dahulu. Akan tetapi, sebenarnya kita tidak boleh membuat keputusan seseorang
yang bercerai hidup itu tidak layak mewarisi sehinggalah maklumat yang perlu
diperolehi iaitu pasangan itu bercerai tolak bain atau mereka bercerai tolak
raj’i tetapi telah habis tempuh edah.
SEKIAN.
0 comments:
Post a Comment