Tuesday 9 October 2012


ISTERI KEDUA YANG BUDIMAN

Soalan:
Assalamualaikum Ustaz,
Saya baru sahaja berkahwin lebih kurang tiga bulan yang lalu. Ditakdirkan tuhan, suami saya meninggal dunia dua minggu lepas.
Saya isteri yang kedua. Selain daripada saya, suami saya meninggalkan isteri pertama dan 4 orang anak. 1 lelaki dan tiga perempuan.
Suami saya meninggalkan harta  pusaka sebuah rumah (RM400,000), 6 ekar kebun getah (RM350,000), 2 buah kereta.  Mitsubishi Triton (RM60,000) dan Proton Persona (RM30,000).
Soalan saya, adakah saya layak mewarisi  ke atas kesemua harta pusaka suami saya seperti mana isteri pertama? Sekiranya layak pohon ustaz kirakan bahagian saya.

Jawapan:
Perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak merupakan syarat bagi melayakkan seseorang itu mewarisi harta pusaka suaminya. Walau pun tempuh perkahwinan puan baru menjangkau tiga bulan, kelayakan puan mewarisi harta pusaka suami, sama dengan isteri pertama. Ini kerana usia perkahwinan tidak mempengaruhi kelayakan atau kadar dalam pewarisan harta pusaka. Bermakna sekiranya isteri pertama mendapat RM100,000, puan juga berhak mendapat RM100,000. Ini kerana mengikut hukum faraid, sekiranya si mati meninggalkan seorang isteri, isteri itu layak mewarisi 1/8 daripada harta pusaka kerana si mati ada meninggalkan anak. Sekiranya si mati meninggalkan dua orang isteri, 1/8 bahagian itu dibahagi sama banyak. Dengan kata lain, setiap orang isteri akan mendapat 1/16 bahagian (1/8÷2=1/16).
Contoh bahagian isteri sekiranya si mati meninggalkan seorang isteri sahaja:


8
40
Isteri
1/8
1
5
Anak lelaki
Asabah

14
Anak perempuan
Asabah
7
7
Anak perempuan
Asabah

7
Anak perempuan
Asabah

7

Contoh bahagian isteri sekiranya si mati meninggalkan dua orang isteri:


8
40
80
Isteri 1
1/8
1
5
5
Isteri 2



5
Anak lelaki
Asabah

14
28
Anak perempuan
Asabah
7
7
14
Anak perempuan
Asabah

7
14
Anak perempuan
Asabah

7
14

Bahagian isteri sebanyak 1/8 dibahagi dua sama rata. Setiap isteri mendapat 5/80 bahagian (1/16).
Dalam kes ini, kadar yang akan puan warisi mengikut nilaian harta adalah seperti berikut:



8
40
80
RM840,000
Isteri 1
1/8
1
5
5
RM52,500
Isteri 2



5
RM52,500
Anak lelaki
Asabah

14
28
RM294,000
Anak perempuan 1
Asabah
7
7
14
RM147,000
Anak perempuan 2
Asabah

7
14
RM147,000
Anak perempuan 3
Asabah

7
14
RM147,000

Puan mempunyai hak mewarisi ke atas keseluruhan harta pusaka yang ditinggalkan. Ini bermakna puan mempunyai hak ke atas rumah, kebun getah dan kedua-dua buah kereka. Setiap satu atas kadar 5/80 atau 1/16 bahagian di mana jika dinilai keseluruhannya kadar yang puan warisi adalah sebanyak RM52,500.

Soalan:
Saya diberitahu bahawa isteri pertama tidak puas hati dengan kadar sama banyak yang diwarisi oleh saya dan beliau atas alasan beliau telah berkahwin 30 tahun dahulu sedangkan saya berkahwin baru tiga bulan. Sepatutnya beliau mendapat lebih. Apa pandangan ustaz?

 Jawapan:
Bahagian yang dinyatakan di atas adalah bahagian yang akan diwarisi mengikut hukum faraid. Taraf kedua-dua isteri adalah sama tanpa mengira usia perkahwinan. Bagaimana pun isteri pertama boleh memohon untuk mendapat lebih dengan membuat tuntutan bahagian harta sepencarian.

Soalan:
Saya memikirkan bahawa adalah wajar sekiranya saya serahkan rumah, kebun getah dan kereta Mitsubishi Triton kepada isteri pertama dan anak-anaknya. Saya pohon diberikan kepada saya hanya sebuah kereta yang saya gunakan selama ini iaitu kereta Proton Persona. Apakah hukumnya cadangan saya itu?

Jawapan:
Tidak salah kiranya saya katakan bahawa puan adalah seorang isteri yang budiman. Tidak mengejar harta tetapi mengharapkan keredhaan Allah atas apa yang dilakukan.
Puan boleh menyerahkan kesemua harta pusaka itu kepada isteri pertama dan anak-anaknya kecuali kereta Proton Persona. Penyerahan ini menjadi harus dengan syarat puan terlebih dahulu mengetahui bahagian puan mengikut kadar faraid. Sekiranya dibahagikan mengikut hukum faraid, puan sepatutnya mendapat sejumlah RM52,500. Tetapi atas kerelaan hati, tanpa paksaan mana-mana pihak, puan hanya  mahu memilikki sebuah kereta Persona yang nilainya hanya RM30,000. Ini bermakna puan telah mendapat kurang sebanyak RM22,500.
Soalnya, Adakah puan redha dengan kekurangan ini?. Jika itulah hasrat puan, hukumnya harus (boleh), bahkan itulah antara sifat orang-orang yang bertaqwa kepada Allah. RM22,500 diibaratkan puan hibahkan kepada isteri pertama dan anak-anaknya  yang mana ganjarannya akan dibentangkan di Sana nanti.
Dalam ilmu  faraid, cara pembahagian yang puan laklukan ini dinamakan ‘Takharuj’ iaitu menerima pusaka atas sebahagian harta dan menarik diri daripada mewarisi atas harta yang lain.

Wallahuaklam.

0 comments:

Post a Comment