MUAFAKAT
CARA PEMBAHAGIAN TERBAIK
Apabila seseorang itu
meninggal dunia, harta yang ditinggalkannya secara otomatik menjadi harta
pusaka. Iaitu harta yang wajib dibahagikan kepada waris-waris mengikut
ketentuan hukum faraid.
Hukum faraid wajib dilaksanakan
kerana ia adalah satu ketetapan atau ketentuan oleh Allah yang digariskan di
dalam al Quran surah an-Nisaa’ ayat 11,12 dan 176. Jika diabaikan hukumnya
haram dan berdosa kerana mengingkari hukum Allah.
SOALAN
Boleh ustaz terangkan apakah
yang dimaksudkan dengan hukum faraid yang wajib diikuti?
JAWAB
Hukum faraid menggariskan
dua persoalan pokok iaitu:
1.
Siapakah di kalangan waris-waris yang
ditinggalkan oleh si mati berhak mewarisi harta pusakanya?
2.
Berapakah kadar bahagian yang layak diterima
oleh setiap orang yang berhak ke atas harta pusaka itu?
Sebagai contoh, Sidiq mati
dan meninggalkan dua orang isteri. Isteri pertama Sabariah dan kedua Salbiah.
Hasil perkahwinan itu Sidiq dikurniakan lima orang anak. Tiga orang anak dengan
isteri pertama iaitu Kasim, Osman dan Kamariah. Manakala dua orang lagi dengan
isteri kedua iaitu, Zailani dan Murni. Sidiq juga meninggalkan empat orang adik
beradik seibu sebapa, tiga lelaki dan seorang perempuan. Ibu bapa Sidiq tiada
kerana telah mati lebih dahulu.
Sidiq juga meninggalkan harta
untuk diwarisi iaitu sebuah rumah bangelo, sebuah rumah teres dan sebuah kereta
nilaiannya seperti berikut:
Bil
|
Harta
|
Nilaian
|
1
|
Rumah
bangelo
|
RM300,000.00
|
2
|
Rumah
teres
|
RM180,000.00
|
3
|
Kereta
|
RM 15,000.00
|
|
JUMLAH
|
RM495,000.00
|
Hukum faraid menetapkan
bahawa harta pusaka Sidiq hanya akan diwarisi oleh dua isteri dan lima orang
anak-anaknya. Manakala adik beradik tidak mewarisi mengikut kaedah anak lelaki
mendindingkan adik beradik. Ini bermakna harta pusaka Sidiq akan diwarisi oleh
tujuh orang waris.
Sekiranya seorang atau beberapa orang waris
ditinggalkan, seperti isteri kedua dan anak-anaknya ditinggalkan atau diketepikan dan tidak diberikan
bahagian mereka, bermakna isteri pertama dan anak-anaknya telah melanggar hukum
faraid. Hukumnya berdosa dan haram bagi isteri pertama dan anak-anaknya memakan
harta bahagian waris yang ditinggalkan itu.
Demikian juga bahagian
waris-waris telah ditentukan seperti berikut. Isteri-isteri mendapat 1/8
bahagian daripada keseluruhan harta pusaka manakala bakinya sebanyak 7/8
bahagian dikhaskan untuk anak-anak Sidiq seramai lima orang. Bahagian dua orang
isteri dibahagikan sama banyak iaitu masing-masing mendapat 1/16 bahagian
(1/8÷2=1/16). Manakala bahagian anak-anak pula telah ditentukan bahagian anak
lelaki sekali ganda bahagian anak perempuan iaitu nisbah 2:1 tanpa mengambil
kira sama ada anak dengan isteri pertama atau isteri kedua.
Pengiraan mengikut kaedah
faraid adalah seperti berikut:
|
|
|
8
|
64
|
64
|
Isteri
1
|
Sabariah
|
1/8
|
1
|
8
|
4
|
Isteri
2
|
Salbiah
|
|
|
|
4
|
Anak
lelaki
|
Kasim
|
|
|
14
|
14
|
Anak
lelaki
|
Osman
|
|
|
14
|
14
|
Anak
perempuan
|
Kamariah
|
Asabah
(baki)
|
7
|
7
|
7
|
Anak
lelaki
|
Zailani
|
|
|
14
|
14
|
Anak
perempuan
|
Murni
|
|
|
7
|
7
|
Setiap isteri mendapat 4/64
bahagian, setiap anak lelaki mendapat 14/64 bahagian dan setiap anak perempuan
pula mendapat 7/64 bahagian daripada kesemua harta pusaka Sidiq.
Asal pembahagian atas setiap
harta pusaka Sidiq mengikut hukum faraid adalah seperti berikut:
|
|
Bangelo
|
Teres
|
Kereta
|
Jumlah
|
|
64
|
RM300,000.00
|
RM180,000.00
|
RM15,000.00
|
RM495,000.00
|
Sabariah
|
4
|
RM18,750
|
RM11,250
|
RM 937.50
|
RM 30,937.50
|
Salbiah
|
4
|
RM18,750
|
RM11,250
|
RM 937.50
|
RM 30,937.50
|
Kasim
|
14
|
RM65,625
|
RM39,375.
|
RM3,281.25
|
RM108,281.25
|
Osman
|
14
|
RM65,625
|
RM39,375
|
RM3,281.25
|
RM108,281.25
|
Kamariah
|
7
|
RM32,812.50
|
RM19,687.50
|
RM1,640.62
|
RM 54,140.62
|
Zailani
|
14
|
RM65,625
|
RM39,375
|
RM3,281.25
|
RM108,281.25
|
Murni
|
7
|
RM32,812.50
|
RM19,687.50
|
RM1,640.62
|
RM 54,140.62
|
Sekiranya salah seorang atau
sebahagian daripada waris-waris tersebut di atas tidak diberikan bahagian
mereka atau diberikan ‘kurang’ daripada hak yang sepatutnya mereka dapat, tanpa
persetujuan atau keredaan mereka, hukumnya berdosa dan haram. Ini bermakna
tidak mengikut hukum faraid dan bagi mereka yang mendapat bahagian yang ‘lebih’
daripada sepatutnya adalah memakan harta orang lain secara batil.
SOALAN
Rajah pembahagian di atas
menunjukkan bahawa setiap harta adalah menjadi milik kesemua waris. Iaitu rumah
bangelo kepunyaan 7 orang waris, rumah teres juga kepunyaan mereka dan kereta
juga adalah hak milik mereka bersama. Tidakkah ini bermakna hukum faraid telah
menyebabkan ‘pemilikan beramai-ramai’ bagi satu-satu harta pusaka?
JAWAPAN
Hukum faraid hanya
menyatakan siapakah waris yang berhak dan berapa banyakkah setiap orang akan mendapat
bahagian masing-masing. Waris-waris sepatutnya berbincang dan mencari jalan
terbaik supaya harta peninggalan ibu bapa mereka dapat dimanfaatkan dan
dinikmati.
Rumah bangelo, jika dimiliki
bersama seramai 7 orang tidak menjadi satu kesalahan. Sekiranya rumah itu
disewakan sebanyak RM700 sebulan. Hasilnya hendaklah dibahagikan mengikut
bahagian masing-masing seperti berikut:
|
64
|
RM700.00
|
Sabariah
|
4
|
RM 43.75
|
Salbiah
|
4
|
RM 43.75
|
Kasim
|
14
|
RM153.12
|
Osman
|
14
|
RM153.12
|
Kamariah
|
7
|
RM 76.56
|
Zailani
|
14
|
RM153.12
|
Murni
|
7
|
RM 76.56
|
Bagaimana pun perlu
difikirkan apa kesudahannya. Kalau berlaku kerosakan siapa yang akan baiki.
Mesti ada seseorang yang menyelenggara rumah itu. Mengutip sewa dan
membahagikannya. Oleh itu, perlu diadakan perbincangan untuk mencari cara
pembahagian terbaik.
Saya kemukakan di bawah ini
antara contoh pembahagian yang dipersetujui setelah perbincangan:
1.
Rumah bangelo: bersetuju diserahkan kepada
isteri pertama dan tiga orang anak-anaknya.
2.
Rumah teres: bersetuju diserahkan kepada
isteri kedua dan anak-anaknya.
3.
Kereta: bersetuju dijual kepada Kasim.
PENGIRAAN:
1.
RUMAH BANGELO RM300,000.00
|
Jumlah yang sepatutnya diperolehi
oleh isteri 1 dan anak-anaknya.
|
Rumah bangelo
|
Sabariah
|
RM30,937.50
|
|
Kasim
|
RM108,281.25
|
|
Osman
|
RM108,281.25
|
|
Kamariah
|
RM54,140.62
|
|
JUMLAH
|
RM301,640.62
|
RM300,000.00
|
2.
RUMAH TERES RM180,000.00
|
Jumlah
yang sepatutnya diperolehi oleh isteri 2 dan anak-anaknya.
|
Rumah
teres
|
Salbiah
|
RM30,937.50
|
|
Zailani
|
RM108,281.25
|
|
Murni
|
RM54,140.62
|
|
JUMLAH
|
RM193,359.37
|
RM180,000.00
|
Jika dibuat pembahagian
harta ini berdasarkan kepada keluarga isteri 1 dan isteri 2, pengiraannya adalah
seperti berikut:
1.
Isteri pertama dan anak-anaknya sepatutnya
mendapat sebanyak RM301,640.62 berdasarkan kepada kadar faraid. Tetapi dengan
memilih rumah bangelo, mereka hanya mendapat sebanyak RM300,000.00 sahaja.
Bermakna keluarga isteri pertama telah mendapat kurang sebanyak RM1,640.62.
2.
Isteri kedua dan anak-anaknya sepatutnya
mendapat sebanyak RM193,359.37 berdasarkan kepada kadar faraid. Tetapi dengan
memilih rumah teres, mereka hanya mendapat sebanyak RM180,000.00 sahaja.
Bermakna keluarga isteri kedua telah mendapat kurang sebanyak RM13,359.37.
Untuk menampung kekurangan
itu, harga kereta yang dibayar oleh Kasim sebanyak RM15,000 hendaklah diberikan
kepada keluarga Sabariah sebanyak RM1,640.62 dan diberikan kepada keluarga
Salbiah sebanyak RM13,359.37.
3.
KERETA RM15,000.00
|
|
RM15,000.00
|
Sabariah
|
|
|
Kasim
|
|
RM1,640.62
|
Osman
|
|
|
Kamariah
|
|
|
Salbiah
|
|
|
Zailani
|
|
RM13,359.37
|
Murni
|
|
|
Ini bermakna keluarga
Sabariah mendapat rumah bangelo RM300,000 dan duit sebanyak RM1,640.62 manakala
keluarga Salbiah pula mendapat rumah teres RM180,000 dan duit sebanyak
RM13,359.37.
Manakala kereta dimiliki
oleh Kasim seorang sahaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM15,000 sebagai
harga kereta.
Dengan perbincangan dan
persetujuan begini menolak dakwaan yang mengatakan hukum faraid penyebab kepada
pemecahan tanah atau pemilikan beramai-ramai ke atas sebidang tanah atau sebuah
rumah.
SOALAN
Realiti yang berlaku dalam
masyarakat, kebanyakan tanah-tanah pusaka dimiliki oleh ramai waris sedangkan
tanah hanya beberapa meter sahaja luasnya. Mengapa berlaku demikian?
JAWAPAN
Dari pengamatan saya,
berlakunya demikian disebabkan oleh;
1.
Tidak memahami konsep sebenar pembahagian.
Hukum faraid hanya menentukan waris yang berhak dan bahagian masing-masing.
Cara pembahagian terpulang kepada kebijaksanaan waris.
2.
Tiada perbincangan.
3.
Tiada ilmu pengetahuan tentang pengurusan
harta pusaka.
4.
Salah faham tentang hukum faraid.
KESIMPULAN.
Pembahagian secara muafakat
sebenarnya bukanlah satu kesalahan atau melanggar hukum faraid. Akan tetapi ia
melambangkan kesepakatan dan keharmonian dalam keluarga. Tanpa perbincangan
semua pihak terlibat, tidak akan dapat mewujudkan satu formula pembahagian
terbaik.
SEKIAN.
0 comments:
Post a Comment