SOALAN:
Bolehkah pembahagian sama banyak dibuat dengan paksaan?
FAKTA KES:
Satu malam saya dijemput berceramah di sebuah surau di ibu
kota, Kuala Lumpur. Kuliah Maghrib. Tajuk diberi: Kecelaruan Dalam Pembahagian
Harta Pusaka. Selesai ceramah, sebelum mengundur
diri, imam mohon untuk berbual dengan saya di sebuah warung.
Membuka cerita, imam berkata, “Ustaz, malam ni saya rasa
saya tak boleh tidur”.
Mengapa? Tanya saya.
“Ustaz, tiga tahun lepas saya telah bahagi harta pusaka ayah
saya. Kami 4 beradik sahaja. Dua lelaki dan 2 perempuan. Selaku anak sulung,
saya cadangkan supaya semua harta peninggalan ayah di bahagikan sama rata.
Maksud saya sama banyak antara kami 4 beradik. Malangnya adik saya yang lelaki
tak setuju. Dia keras kepala. Dia tetap nak bahagian dia ikut faraid. Saya
marahkan dia. Saya paksa dia. Saya ugut dia. Akhirnya dia setuju. Tapi selepas
pembahagian selesai di Pejabat Pusaka, dia dendam kepada saya dan sejak itu
kami tidak lagi bertegur sapa dan tidak ada lagi hubungan keluarga . Putus
hubungan sampai hari ni”.
“Saya rasa amat bersalah. Penerangan ustaz tadi sungguh
jelas. Saya tidak sepatutnya memaksa adik saya bersetuju dengan cadangan
saya. Apa yang patut saya buat ustaz?”.
Saya cuba tenangkan imam. “Tuan imam, perkara ni tak susah.
Esok pergilah ke rumah adik dan minta maaf. Ceritakan kepadanya bahawa abang
telah melakukan kesalahan kerana memaksa adik supaya bahagi sama rata. Kalau
sekiranya adik minta supaya digantikan bahagiannya, abang kenalah ganti
perbezaan sekiranya pembahagian dibuat mengikut faraid”.
Ya, bayangkan seorang abang sulung yang sudah tentu memiliki
sifat egonya, hendak pergi berjumpa adiknya semata-mata untuk meminta maaf dan
membayar ganti rugi. Sanggupkah imam berbuat demikian?
Keesokan harinya, pukul 10.00 pagi, imam pergi ke rumah
adiknya. Beberapa kali salam yang diberi, tidak dijawab. Imam berkata, “Adik,
abang datang nak mintak maaf. Abang salah”. Beberapa ketika adik membuka pintu
dan dengan suara agak keras, “Nak apa?”
Dengan tenang imam menjawab, “Adik, malam tadi abang dengar
ceramah ustaz di surau. Ustaz kata tak boleh paksa sesiapa untuk bahagi sama
banyak lelaki dan perempuan. Abang paksa adik. Abang sudah buat salah. Abang
datang untuk mintak maaf. Kalau adik mintak ganti rugi abang sanggup bayar”.
Sekonyong-konyong adik mendapatkan abang dan memeluknya sambil berkata, “Abang,
abang dah mengaku kesalahan abang. Abang dah minta maaf. Saya maafkan abang. Saya halalkan semuanya.
Abang tak perlu bayar ganti rugi”.
Abang, jemputlah masuk ke rumah, kita makan sama-sama”.
Sebulan berlalu, imam menelifon saya, “Terima kasih ustaz.
JAWAPAN
Asal pembahagian adalah mengikut hukum faraid. Maknanya, sekiranya
seorang mati dan meninggalkan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan, dan
meninggalkan harta bernilai RM60,000. Pada asalnya harta itu hendaklah
dibahagikan seperti berikut:
|
6
|
RM60,000
|
ANAK LELAKI
|
2
|
RM20,000
|
ANAK LELAKI
|
2
|
RM20,000
|
ANAK PEREMPUAN
|
1
|
RM10,000
|
ANAK PEREMPUAN
|
1
|
RM10,000
|
Bagaimana pun imam telah mencadangkan supaya dibahagikan
sama banyak, bermakna tiap seorang akan
mewarisi sebanyak RM15,000.00 seperti rajah di bawah:
|
4
|
RM60,000
|
ANAK LELAKI
|
1
|
RM15,000
|
ANAK LELAKI
|
1
|
RM15,000
|
ANAK PEREMPUAN
|
1
|
RM15,000
|
ANAK PEREMPUAN
|
1
|
RM15,000
|
Ini bermakna bahagian anak lelaki akan menjadi kurang
sebanyak RM5,000 tiap seorang. Kekurangan ini bermakna anak lelaki bersetuju
memberikannya kepada anak perempuan sebanyak RM5,000.
Pembahagian seperti ini boleh dilakukan dengan syarat persetujuan itu mestilah dibuat dengan
sukarela, tanpa paksaan atau ugutan oleh mana-mana pihak walaupun oleh abang
sulung. Sekiranya ada paksaan, bermakna seseorang itu dipaksa supaya memberikan
sebahagian daripada haknya kepada orang lain. Hukumnya pemberiannya itu tidak
sah dan tidak mengikut kehendak syarak.
Dalam kes yang disebutkan di atas, anak lelaki 2 pada
mulanya tidak bersetuju dengan pembahagian sama banyak. Tetapi bersetuju
akhirnya setelah dipaksa oleh abang sulungnya. Perbuatan memaksa itu hukumnya berdosa dan
pembahagian seperti itu tidak mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah
swt.
Maka wajarlah sekiranya imam memohon maaf daripada adiknya
dan bersedia untuk memberikan ganti rugi sekiranya diminta oleh adiknya bagi
menebus dosa dan kesalahan yang telah dilakukannya. Bagaimana pun keikhlasan
imam telah dibalas dengan kebaikan, kesalahannya dimaafkan tanpa diminta
membayar ganti rugi, malahsaya difahamkan, hubungan dengan adiknya makin
bertambah erat.
SOALAN
Bagaimana harta itu dibahagikan sekiranya anak sulung
bersetuju supaya dibahagikan sama banyak manakala adik lelakinya mahukan
pembahagian dibuat mengikut kadar faraid?
JAWAPAN
Asal pembahagian adalah mengikut hukum faraid. Waris-waris
boleh bersetuju untuk membahagikan harta
pusaka itu sama banyak antara lelaki dan perempuan dengan syarat-syarat
berikut:
1.
Tiada paksaan atau ugutan.
2.
Waris cukup umur
3.
Waris siuman dan berupaya mengurus harta
Sekiranya adik lelaki tidak bersetuju dibahagi sama banyak
dan mahukan bahagiannya mengikut kadar faraid, pembahagian masih boleh
diteruskan. Bahagian adik lelaki dikekalkan mengikut kadar faraid manakala yang
lain dibahagikan sama banyak. Jadualnya seperti berikut:
|
6
|
RM60,000
|
RM60,000.00
|
ANAK LELAKI
|
2
|
RM20,000
|
RM13,333.33
|
ANAK LELAKI
|
2
|
RM20,000
|
RM20,000.00
|
ANAK PEREMPUAN
|
1
|
RM10,000
|
RM13,333.33
|
ANAK PEREMPUAN
|
1
|
RM10,000
|
RM13,333.33
|
Hasilnya, adik lelaki mendapat bahagiannya mengikut kadar
faraid iaitu sebanyak RM20,000 manakala 3 yang lain mendapat sebanyak
RM13,333.33 tiap seorang.
Kesimpulan:
Fahami konsep pembahagian sama banyak. Elakkan persengketaan.
Adik lelaki mendapat bahagian harta yang diperuntukkan oleh syarak kepadanya
dan itulah haknya. Manakala abang sulung mendapat harta dan dua pahala;
Pertama: pahala hibah
kepada adik beradik perempuan,
Kedua: pahala
silaturrahim kerana dengan hibah itu boleh mengeratkan hubungan silaturrahim
di kalangan adik beradik.
WALLAHUAKLAM.
0 comments:
Post a Comment