DARI FAIL
PUSAKA # 8
Bonus Raya, kerana mu adik-beradik
ku.
Fakta kes:
Si mati, Awang bin Abu. Seorang
tukang kayu.
Kematiannya meninggalkan 7 orang
anak. Empat lelaki dan 3 perempuan.
Harta peninggalan hanya sebidang
tanah kategori pertanian seluas 0.5 ekar
Selepas 3 bulan kematian Awang, anak-anak
simati bersepakat untuk menyelesaikan harta pusaka bapa mereka. Persetujuan
diperolehi untuk menjual tanah pusaka ini kepada anak kelima, Samsudin. Seorang
kontraktor.
Pemohon untuk membahagikan harta
pusaka ialah Ahmad Zaki, anak sulung.
Pegawai : “Encik Zaki, tanah ni
nak bahagi macam mana?”
Pemohon : “Kami sudah bincang dan
kami bersetuju tanah ini dijual kepada adik kami yang bernama Samsudin”.
Pegawai : “Berapa harganya?”.
Pemohon : “Kami setuju mengikut
sebagaimana nilaian pejabat”.
Pegawai : “Mengikut nilaian
pejabat, harganya ialah RM60,000”.
Nota: Setiap permohonan untuk
membahagikan harta tak alih di Pejabat Pusaka Kecil, akan dihantar ke Jabatan
Penilaian untuk dinilai mengikut harga pasaran.
Pemohon : “Saya mewakili adik
beradik saya setuju dengan nilaian tu, tuan”.
Pegawai : “Encik Samsudin, benar ke
kamu nak beli tanah ni dengan harga RM60,000 ?”.
Samsudin : “Benar tuan, saya setuju
beli tanah pusaka ni, tapi saya akan bayar RM80,000”.
Pegawai : “Encik Samsudin,
mengapa bayar lebih”?.
Samsudin : “Adik-beradik saya”.
Pegawai : “Duit pusaka ni nak
bahagi macam mana?”.
Pemohon : “Saya cadang dibahagi
sama banyak”.
Waris-waris
: “Kami
semua setuju”.
Pegawai : “Encik Samsudin, bila
nak dijelaskan bayaran?”.
Samsudin : “Saya akan jelaskan hari
ini juga”.
Pegawai : (Pelik juga ya, selalunya
kalau adik beradik mintak dikurangkan harga).
Semua waris menarik nafas lega.
Ketika keluar bilik bicara, semua bersalaman dengan Samsudin sambil mengucapkan
berbanyak terima kasih. Hari Raya Aidil Fitri tak lama lagi.
Keputusan : Tanah si mati diturun
milk kepada Samsudin bin Awang. Samsudin hendaklah membayar kepada waris waris
harga tanah tersebut sebanyak RM80,000 dan dipersetujui dibahagikan sama
banyak.
KES SELESAI.
0 comments:
Post a Comment