Monday, 11 June 2012

PEMBAHAGIAN BARANG KEMAS


Soalan:
Assalamualaikum Ustaz,
Boleh ustaz tolong kirakan bagaimana untuk membahagikan barang kemas pusaka ibu saya mengikut hukum faraid. Faktanya begini:
Ibu telah meninggal dunia seminggu yang lalu. Semalam kami telah berkumpul dan berbincang untuk membahagikan barang kemas yang ditinggalkan oleh ibu.
Untuk makluman ustaz, ibu hanya meninggalkan lima orang anak iaitu dua lelaki dan tiga perempuan; Kasim, Osman, Sabariah, Kamariah dan Rugayah.
Barang kemas yang ditinggalkan oleh ibu disenaraikan seperti berikut dan kami telah mendapatkan harga pasaran bagi setiap satu barang kemas itu sepertimana senarai di bawah:

SENARAI BARANG KEMAS:
BIL
BARANG
HARGA
1
2 gelang RM1670 x 2
RM3,340
2
2 gelang RM1670 X 2
RM3,340
3
Rantai kasar
RM7,716
4
Rantai halus
RM4,823
5
Subang
RM   260
6
Cincin permata
RM   340
7
Loket
RM   420
8
Cincin emas
RM     40

JUMLAH
RM20,279

Setelah berbincang , kami 5 beradik telah bersetuju barang-barang kemas itu dibahagikan seperti berikut:
1.       Kasim memilih 2 gelang dan sebentuk cincin permata.
2.       Osman memilih seutas rantai kasar dan sebentuk loket.
3.       Sabariah memilih 2 gelang.
4.       Kamariah memilih seutas rantai halus.
5.       Rugayah memilih sepasang subang dan cincin emas.
Masalahnya ustaz, kami tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan kes ini supaya pembahagian dapat dibuat mengikut hukum faraid. Pohon ustaz kirakan bahagian setiap orang daripada kami berdasarkan kepada persetujuan kami untuk memilikki barang kemas itu.
Terima kasih.

JAWAPAN:
Pertama sekali ustaz ingin mengucapkan syabas kepada saudara lima beradik kerana dapat menyelesaikan pembahagian harta pusaka ibu saudara dengan kadar yang agak segera.
Kedua, saya kira saudara 5 beradik telah menjalankan tanggungjawab masing-masing menyelesaikan pembahagian harta pusaka sebaik mungkin dan bertolak ansur dengan memberi peluang untuk memilih barang kemas yang dihajati.
Ketiga, saudara berusaha untuk mendapatkan kaedah pembahagian yang terbaik, mengikut hukum faraid supaya ianya kelihatan adil dan memuaskan hati semua pihak.
Untuk mengira bahagian setiap orang supaya masing-masing mendapat sejajar dengan bahagian yang diperolehi mengikut faraid, hendaklah mengikut langkah-langkah berikut:

PERTAMA:
Mengetahui bahagian setiap orang waris mengikut hukum faraid. Dalam kes ini, si mati hanya meninggalkan dua anak lelaki dan tiga anak perempuan. Mereka mewarisi mengikut kaedah Asabah Bil-Ghairi, iaitu anak lelaki mendapat dua bahagian berbanding anak perempuan. Bahagian mereka seperti berikut:
KASIM
2/7 bahagian
OSMAN
2/7 bahagian
SABARIAH
1/7 bahagian
KAMARIAH
1/7 bahagian
RUGAYAH
1/7 bahagian

Keterangan:
Anak lelaki mendapat 2/7 bahagian manakala anak perempuan mendapat 1/7 bahagian tiap seorang.

KEDUA:
Mengetahui jumlah nilai kesemua barang kemas. Kemudian kirakan berapakah yang akan diperolehi oleh setiap orang waris.


RM20,279.00
KASIM
2/7 bahagian
RM5,794.00
OSMAN
2/7 bahagian
RM5,794.00
SABARIAH
1/7 bahagian
RM2,897.00
KAMARIAH
1/7 bahagian
RM2,897.00
RUGAYAH
1/7 bahagian
RM2,897.00

Keterangan:
Sekiranya dibahagikan mengikut nilaian, setiap anak lelaki mendapat RM5,794.00, manakala setiap anak perempuan pula mendapat RM2,897.00.

KETIGA:
Kirakan nilai barang kemas yang dipilih /diambil oleh setiap orang waris dan bandingkan dengan nilai yang sepatutnya mereka dapat mengikut hukum faraid. Sekiranya nilai barang kemas yang diambil itu lebih banyak berbanding nilai yang sepatutnya diperolehi, waris itu hendaklah membayar lebihan dan sekiranya nilai barang kemas yang diambil itu kurang daripada nilai yang sepatutnya diperolehi, waris itu berhak menerima bayaran.
Rajah di bawah membantu anda melihat kedudukan siapakah yang mendapat barang kemas yang lebih daripada nilai yang sepatutnya diperolehi mengikut hukum faraid dan siapa pula yang kurang.
BIL
WARIS
BAHAGIAN
PEROLEHAN
BARANG
NILAI
LEBIH/KURANG
1
KASIM
2/7
RM5,794.00
2 gelang
Cincin permata
RM3,340
RM340
Kurang RM2,114
2
OSMAN
2/7
RM5,794.00
Rantai kasar
Loket
RM7,716
RM420
Lebih RM2,342
3
SABARIAH
1/7
RM2,897.00
2 gelang
RM3,340
Lebih RM443
4
KAMARIAH
1/7
RM2,897.00
Rantai halus
RM4,823
Lebih RM1,926
5
RUGAYAH
1/7
RM2,897.00
Subang
Cincin emas
RM260
RM40
Kurang RM2,597

Setelah meneliti rajah di atas, ternyata Osman, Sabariah dan Kamariah memilih barang kemas yang nilainya lebih tinggi berbanding dengan nilai yang sepatutnya mereka perolehi mengikut hukum faraid. Oleh itu mereka hendaklah membayar lebihan itu seperti berikut:
1.       Osman                  RM2,342
2.       Sabariah               RM   443
3.       Kamariah             RM1,926
JUMLAH  RM4,711
Manakala Kasim dan Rugayah pula memilih barang kemas yang kurang daripada nilai sepatutnya mereka dapat. Oleh itu mereka berhak mendapat bayaran seperti berikut:
1.       Kasim                    RM2,114
2.       Rugayah               RM2,597
JUMLAH  RM4,711
Kesimpulannya setiap waris mendapat bahagian masing-masing mengikut faraid:
WARIS
BARANG KEMAS
BAYAR / TERIMA
JUMLAH
KASIM
2 gelang            RM3,340
Cincin permata  RM   340
TERIMA RM2,114
RM5,794.00
OSMAN
Rantai kasar      RM7,716
Loket                RM   420
BAYAR   RM2,342
RM5,794.00
SABARIAH
2 gelang            RM3,340
BAYAR   RM   443
RM2,897.00
KAMARIAH
Rantai halus      RM4,823
BAYAR   RM1,926
RM2,897.00
RUGAYAH
Subang             RM   260
Cincin emas      RM     40
TERIMA  RM2,597
RM2,897.00

Sekian.

6 comments:

uncle nik said...

Assalamualaikum ustaz....jika dalam keluarga keluarga...4 perempuan 1 lelaki...soalan saya...berapa nisbah yg mesti dibahagi dikalangan mereka

uncle nik said...

Lau ikut fahaman saya....lelaki 2/6...pepuan 1/6 1/6 1/6 1/6

nor shima said...

Assalamualaikum ustz..sy nk tya.ibu sya mempunyai madu...skrg ibu dan ayh tlh mniggal.barang kemas ibu sya perlukah d fraid kpd ank2 madunya.kami semua adlh sebapa tp berlainan ibu

Siti Noorhafidzah said...

Asallamualaikum ustaz..sy nk tnya klu tiada adik bradik permpuan semua lelaki brg kemas tue dikira mngikut faraid kan? Dibahagi sama rata kan? Klu ibu mertua dh buat wasiat letak nma cucu prmpuan blh ker mcm tue? Sbb yg lain semua cucu lelaki..

shuliley kamruddin said...

ustaz, kalau adik beradik hanya dua org , lelaki dan perempuan. kiraan ye mcm mna ustaz?

Unknown said...

assalamualaikum..ustaz.kalau semasa hayat arwah, saya menghadiahkan beliau seutas gelang, sebentuk cincin & spsg subang.wajib dibahagi mengikut hukum faraid juga ke?layak@boleh ke saya menuntut kembali hak barang kemas tersebut?ataupun hanya perlu mebahagikan brg kemas milik arwah hasil dari titik peluh arwah sendiri?

Post a Comment