Soalan:
Assalamualaikum Ustaz,
Boleh ustaz tolong kirakan bagaimana untuk
membahagikan barang kemas pusaka ibu saya mengikut hukum faraid. Faktanya
begini:
Ibu telah meninggal dunia seminggu yang lalu.
Semalam kami telah berkumpul dan berbincang untuk membahagikan barang kemas
yang ditinggalkan oleh ibu.
Untuk makluman ustaz, ibu hanya meninggalkan lima
orang anak iaitu dua lelaki dan tiga perempuan; Kasim, Osman, Sabariah,
Kamariah dan Rugayah.
Barang kemas yang ditinggalkan oleh ibu
disenaraikan seperti berikut dan kami telah mendapatkan harga pasaran bagi
setiap satu barang kemas itu sepertimana senarai di bawah:
SENARAI BARANG KEMAS:
BIL
|
BARANG
|
HARGA
|
1
|
2 gelang RM1670 x 2
|
RM3,340
|
2
|
2 gelang RM1670 X 2
|
RM3,340
|
3
|
Rantai kasar
|
RM7,716
|
4
|
Rantai halus
|
RM4,823
|
5
|
Subang
|
RM 260
|
6
|
Cincin permata
|
RM 340
|
7
|
Loket
|
RM 420
|
8
|
Cincin emas
|
RM 40
|
|
JUMLAH
|
RM20,279
|
Setelah berbincang , kami 5 beradik telah bersetuju
barang-barang kemas itu dibahagikan seperti berikut:
1.
Kasim memilih 2 gelang dan sebentuk cincin
permata.
2.
Osman memilih seutas rantai kasar dan sebentuk
loket.
3.
Sabariah memilih 2 gelang.
4.
Kamariah memilih seutas rantai halus.
5.
Rugayah memilih sepasang subang dan cincin emas.
Masalahnya ustaz, kami tidak tahu bagaimana untuk
menyelesaikan kes ini supaya pembahagian dapat dibuat mengikut hukum faraid.
Pohon ustaz kirakan bahagian setiap orang daripada kami berdasarkan kepada
persetujuan kami untuk memilikki barang kemas itu.
Terima kasih.
JAWAPAN:
Pertama sekali ustaz ingin mengucapkan syabas kepada saudara
lima beradik kerana dapat menyelesaikan pembahagian harta pusaka ibu saudara
dengan kadar yang agak segera.
Kedua, saya kira saudara 5 beradik telah menjalankan
tanggungjawab masing-masing menyelesaikan pembahagian harta pusaka sebaik
mungkin dan bertolak ansur dengan memberi peluang untuk memilih barang kemas
yang dihajati.
Ketiga, saudara berusaha untuk mendapatkan kaedah
pembahagian yang terbaik, mengikut hukum faraid supaya ianya kelihatan adil dan
memuaskan hati semua pihak.
Untuk mengira bahagian setiap orang supaya masing-masing
mendapat sejajar dengan bahagian yang diperolehi mengikut faraid, hendaklah
mengikut langkah-langkah berikut:
PERTAMA:
Mengetahui bahagian setiap orang waris mengikut hukum
faraid. Dalam kes ini, si mati hanya meninggalkan dua anak lelaki dan tiga anak
perempuan. Mereka mewarisi mengikut kaedah Asabah Bil-Ghairi, iaitu anak lelaki
mendapat dua bahagian berbanding anak perempuan. Bahagian mereka seperti
berikut:
KASIM
|
2/7 bahagian
|
OSMAN
|
2/7 bahagian
|
SABARIAH
|
1/7 bahagian
|
KAMARIAH
|
1/7 bahagian
|
RUGAYAH
|
1/7 bahagian
|
Keterangan:
Anak lelaki mendapat 2/7 bahagian manakala anak perempuan
mendapat 1/7 bahagian tiap seorang.
KEDUA:
Mengetahui jumlah nilai kesemua barang kemas. Kemudian
kirakan berapakah yang akan diperolehi oleh setiap orang waris.
|
|
RM20,279.00
|
KASIM
|
2/7 bahagian
|
RM5,794.00
|
OSMAN
|
2/7 bahagian
|
RM5,794.00
|
SABARIAH
|
1/7 bahagian
|
RM2,897.00
|
KAMARIAH
|
1/7 bahagian
|
RM2,897.00
|
RUGAYAH
|
1/7 bahagian
|
RM2,897.00
|
Keterangan:
Sekiranya dibahagikan mengikut nilaian, setiap anak lelaki
mendapat RM5,794.00, manakala setiap anak perempuan pula mendapat RM2,897.00.
KETIGA:
Kirakan nilai barang kemas yang dipilih /diambil
oleh setiap orang waris dan bandingkan dengan nilai yang sepatutnya mereka
dapat mengikut hukum faraid. Sekiranya nilai barang kemas yang diambil itu
lebih banyak berbanding nilai yang sepatutnya diperolehi, waris itu hendaklah
membayar lebihan dan sekiranya nilai barang kemas yang diambil itu kurang
daripada nilai yang sepatutnya diperolehi, waris itu berhak menerima bayaran.
Rajah di bawah membantu anda melihat kedudukan
siapakah yang mendapat barang kemas yang lebih daripada nilai yang sepatutnya
diperolehi mengikut hukum faraid dan siapa pula yang kurang.
BIL
|
WARIS
|
BAHAGIAN
|
PEROLEHAN
|
BARANG
|
NILAI
|
LEBIH/KURANG
|
1
|
KASIM
|
2/7
|
RM5,794.00
|
2 gelang
Cincin permata
|
RM3,340
RM340
|
Kurang RM2,114
|
2
|
OSMAN
|
2/7
|
RM5,794.00
|
Rantai kasar
Loket
|
RM7,716
RM420
|
Lebih RM2,342
|
3
|
SABARIAH
|
1/7
|
RM2,897.00
|
2 gelang
|
RM3,340
|
Lebih RM443
|
4
|
KAMARIAH
|
1/7
|
RM2,897.00
|
Rantai halus
|
RM4,823
|
Lebih RM1,926
|
5
|
RUGAYAH
|
1/7
|
RM2,897.00
|
Subang
Cincin emas
|
RM260
RM40
|
Kurang RM2,597
|
Setelah meneliti rajah di atas, ternyata Osman, Sabariah dan
Kamariah memilih barang kemas yang nilainya lebih tinggi berbanding dengan
nilai yang sepatutnya mereka perolehi mengikut hukum faraid. Oleh itu mereka
hendaklah membayar lebihan itu seperti berikut:
1.
Osman RM2,342
2.
Sabariah RM 443
3.
Kamariah RM1,926
JUMLAH RM4,711
Manakala Kasim dan Rugayah pula memilih barang kemas yang
kurang daripada nilai sepatutnya mereka dapat. Oleh itu mereka berhak mendapat
bayaran seperti berikut:
1.
Kasim RM2,114
2.
Rugayah RM2,597
JUMLAH RM4,711
Kesimpulannya setiap waris mendapat bahagian masing-masing
mengikut faraid:
WARIS
|
BARANG KEMAS
|
BAYAR / TERIMA
|
JUMLAH
|
KASIM
|
2 gelang RM3,340
Cincin permata RM 340
|
TERIMA RM2,114
|
RM5,794.00
|
OSMAN
|
Rantai kasar RM7,716
Loket RM 420
|
BAYAR RM2,342
|
RM5,794.00
|
SABARIAH
|
2 gelang RM3,340
|
BAYAR RM 443
|
RM2,897.00
|
KAMARIAH
|
Rantai halus RM4,823
|
BAYAR RM1,926
|
RM2,897.00
|
RUGAYAH
|
Subang RM 260
Cincin emas RM 40
|
TERIMA RM2,597
|
RM2,897.00
|
Sekian.
20 comments:
Assalamualaikum ustaz....jika dalam keluarga keluarga...4 perempuan 1 lelaki...soalan saya...berapa nisbah yg mesti dibahagi dikalangan mereka
Lau ikut fahaman saya....lelaki 2/6...pepuan 1/6 1/6 1/6 1/6
Assalamualaikum ustz..sy nk tya.ibu sya mempunyai madu...skrg ibu dan ayh tlh mniggal.barang kemas ibu sya perlukah d fraid kpd ank2 madunya.kami semua adlh sebapa tp berlainan ibu
Asallamualaikum ustaz..sy nk tnya klu tiada adik bradik permpuan semua lelaki brg kemas tue dikira mngikut faraid kan? Dibahagi sama rata kan? Klu ibu mertua dh buat wasiat letak nma cucu prmpuan blh ker mcm tue? Sbb yg lain semua cucu lelaki..
ustaz, kalau adik beradik hanya dua org , lelaki dan perempuan. kiraan ye mcm mna ustaz?
assalamualaikum..ustaz.kalau semasa hayat arwah, saya menghadiahkan beliau seutas gelang, sebentuk cincin & spsg subang.wajib dibahagi mengikut hukum faraid juga ke?layak@boleh ke saya menuntut kembali hak barang kemas tersebut?ataupun hanya perlu mebahagikan brg kemas milik arwah hasil dari titik peluh arwah sendiri?
assalamualaikum ustaz..arwah isteri saya ada meninggalkan sedikit brg kemas.bagaimana saya hendak membahagikan kpd anak2 yang belum cukup umur.saya mempunyai 3 orang anak. 2 perempuan dan 1 lelaki.yang sulung perempuan umur 12 tahun.arwah isteri masih lagi mempunyai ibu bapa.barang kemas tersebut adalah hadiah daripada saya
Assalamualaikum.
Sy nak tnya klu mak meninggal dunia slps beberapa itu anak lelaki meninggal dunia. Harta pusaka arwah mak blm lg dibahagikan. Adakah anak yang meninggal tu masih ada hak dia. Anak lelaki tu ada 2 org anak sorg lelaki dan sorang perempuan .
*slps beberapa bulan itu anak lelaki meninggal dunia
Assalammualaikum ustz... sy nk bertanya.. ok sy dh tiada mak dan jgk ayah.. dan harta2 yg tinggal seperti kereta, rumah, motor dan jgk perhiasan arwah mak saya (EMAS).. kami ada 4adik bradik 1perempuan 3lelaki... pertama akak kedua abg ketiga abg dan keempat saya(bongsu)... ok skrg harta2 tu semua dh dibahagikan mengikut undang2... cuma skrang tinggal seutas rantai leher yg bernilai 12000 dan sepasang gelang tanggan yg bernilai 2100... tpi kedua2nya saya dh masukkan ke dlm arrahnu.. di atas sebab2 xckup duit utk saya mendirikan rumah tangga... dan sekarang sy hanya mampu membayar upah simpanan shj.... utk duit yg sy pinjam tu blm lagi mampu..jadi saya fikir boleh ke saya jual emas tersebut pada akk ipar saya yg ingin membelinya... dan apa hukumnya jika saya menjual kepadanya... boleh ke tidak??? Dan mcm mana nk membahagikan nilai duit tersebut kpd akk dan abg saya... lg 1 abg saya no 2 pun sudah tiada... mohon penjelasan ustz..terima kasih.
Ilmu yg sgt bermanfaat.
Assalamualaikum Ustaz,
Isteri saya sudah meninggal dunia. Dia ada meninggalkan beberapa barang kemas. Bagaimana saya nak membahagikan barang kemas tersebut mengikut faraid.
Saya mempunyai 3 orang anak lelaki. Saya juga mempunyai ibu mertua. Mohon pencerahan drp ustaz...
Assalamua'laikum ust. Saya inginkn kepastian n penjelasan brdasarkn hukum yg tlh d tetapkn oleh Allah SWT.
Ibu baru mninggal pd 22 Nov 2020, ahad bru ni. Saya ada 3 bradik. 2 prmpuan n seorg lelaki. Saya along, kkak yg sulong, kak ngah ank prmpuan yg k2 n adik bongsu lelaki. Ust, saya nk Tanya bgaimana Cara pembahagian brg kemas arwah ibu saya. Saya belum buat nilaian utk brg kemas trsbut..cuma pd anggaran shj.
1. Gelang, lbh kurang 28-30gm
2. Gelang, lbh kurang 24-26gm
3. Gelang, 18.47gm
4. Rantai, lbh kurang 9-10gm
5. Cincin, lbh kurang nilai dlm rm800-1000 (mngikut harga emas mahal ckit bru2 ni).
Mohon pencerahan drp ust sbb saya takut n risau tiada keadilan d ant pembahagian tanpa mngikut hukum faraid. Sbnrnye Kami dh brbahagi, tp saya rasa mcm brsalah dgn adk lelaki yg sepatutnya dpt 1/2 ttp dia pula yg paling sedikit dpt. Ya ALLAH, ya Tuhanku, ampun kn dosa Kami ya ALLAH jika Kami ini jahil dlm ilmu mu ya ALLAH. Aamiin2 ya Robbal'aalamiin.
Assalamualaikum ustaz.. Adakah perlu dibayar zakat terlebih dahulu sblm difaraid? Berapakah kadar zakat berdasarkan timbangan berat emas?
Assalammualaikom ustaz ibu sy br
Sahaja meninggal dn dia mninggalkn 1 rantau leher dn 1 gelang tgn tp sblom mnggal dia ad ckp utk berika kepada sy ats alasa sy tdak bekerja belom kawin dn sy yg mnjaga dia sbb lumpoh.dia ad ckp ank yg laen da bekeluarga ad pekerjaan. Tp akak sy ckp nk faraitkn mohon pencerhan ustaz
Asslm ustaz. Ibu saya dh deninggal. Sblum ibu meninggal aruah ada menyebut brg kemas nya utk anak2 perempuan bila dia dh tiada. Ada saksi yang mwndengar namun tidak ada bukti bertulis .. sah atau tidak wasiat tersebut.
Sy bukan ustaz..tapi sy da lalui..itu name nye kematian berlapis..yes anak lelaki tu masih ade hak dan anak2 kepade anak lelaki yg meninggal itu la akan mewarisi harta yg sepatut nye milik anak lelaki yg meninggal tu..
Assalammualaikum ustaz.. Saya nak tanya, ibu saya meninggal dunia 3 tahun lepas.. Sebelum dia meninggal dunia dia ada pajak barang kemas dia.. Soalannya jika saya menebus barang barang kemas itu, ada ia jadi milik saya atau perlu difaraid kan jugak.. Jika di faraid, macam mana kiraannya.. Saya ada 7 adik bradik, 3 lelaki dan 4 perempuan..
Assalammualaikum ustaz.. Saya nak tanya, ibu saya meninggal dunia 3 tahun lepas.. Sebelum dia meninggal dunia dia ada pajak barang kemas dia.. Soalannya jika saya menebus barang barang kemas itu, ada ia jadi milik saya atau perlu difaraid kan jugak.. Jika di faraid, macam mana kiraannya.. Saya ada 7 adik bradik, 3 lelaki dan 4 perempuan..
Assalamualaikum ustaz. Mak sy masih hidup dan dia nak hibahkan barang kemas hanya pd ank perempuan sahaja. Kami tinggal 3 perempuan yg hidup. Adakah kakak yg telah meninggal ada haknya
Post a Comment