MENGAPA SAYA DIKEHENDAKKI HADIR?
Selesai makan
tengahari, tiba-tiba Sabariah mengadu sesak nafas. Kasim memapah Sabariah dan
membaringkannya di atas tilam. Begitu mudah Sabariah menghembuskan nafas
terakhir. Kasim baru dua minggu berkahwin dengan Sabariah, seorang janda
beranak tiga.
Tiga bulan selepas
kematian, anak sulung Sabariah telah membuat permohonan untuk membahagikan
harta pusaka ibunya di Pejabat Pembahagian Harta Pusaka Kecil. Senarai waris
yang dimasukkan dalam permohonan hanya tiga orang anak-anak sahaja. Suami
(Kasim) tidak disenaraikan atas kehendak Kasim sendiri dengan harapan dia tidak
dipanggil ke pejabat dalam urusan pembahagian harta pusaka Sabariah.
Pada hari perbicraan,
saya selaku Pegawai Pembahagian Harta Pusaka, membuat siasatan waris bagi
menentukan waris yang layak mewarisi harta pusaka Sabariah. Kedudukan waris
Sabariah adalah seperti berikut:
1. Sabariah
tidak meninggalkan ibu bapa dan semua keturunan ke atas telah mati dahulu.
2. Sabariah
telah berkahwin dua kali.
a.
Pertama :
Ahmad bin Abu. Mati dahulu.
b.
Kedua :
Kasim bin Ahmad, bercerai mati dan masih hidup.
3. Sabariah
meninggalkan tiga orang anak dengan suami pertama, kesemuanya lelaki iaitu:
Osman, Selamat dan Zailani.
Kesimpulannya, waris
yang layak bagi harta pusaka Sabariah ialah, suami (Kasim) dan tiga orang anak
lelakinya (Osman, Selamat dan Zailani).
Perbicaraan
ditangguhkan kerana Kasim diperlukan hadir untuk memberi keterangan bagi
menentukan bahagiannya.
Pada hari yang
ditetapkan, Kasim hadir bersama tiga orang anak-anak tirinya. Sebelum sempat
duduk, Kasim dengan suara agak keras berkata, “Mengapa panggil saya ke pejabat?.
Saya tak ada kena mengena dengan harta pusaka ini. Harta ini ‘bukan dalam saya’.
Ini harta Sabariah dapat daripada harta pusaka suaminya yang terdahulu”.
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan oleh Kasim “Harta ini bukan dalam saya”.
Jawab:
Maksudnya harta
Sabariah yang nak difaraidkan itu bukan diperolehi ketika dalam perkahwinannya
dengan Sabariah. Harta itu Sabariah dapat daripada pusaka bekas suaminya,
Ahmad. Oleh itu Kasim berpendapat, beliau tidak berhak ke atas harta pusaka
Sabariah dan sepatutnya beliau tidak dipanggil ke pejabat.
Pendapat Kasim tidak
tepat. Apabila seseorang itu meninggal dunia kesemua harta miliknya menjadi
harta pusaka dan mesti difaraidkan tanpa mengambil kira bagaimana harta itu
diperolehi. Sama ada melalui pembelian, mendapat hibah atau hadiah, sumber
daripada gaji dan elaun, hasil perniagaan,
mendapat wasiat, mendapat pusaka daripada ibu bapa, suami dan sebagainya
asalkan harta itu diperolehi secara halal. Oleh itu Kasim berhak mewarisi harta
pusaka isterinya, Sabariah. Sebab itulah beliau dikehendakki hadir ke pejabat.
(Dalam kes ini, Sabariah meninggalkan empat ekar tanah iaitu pusaka arwah suami
pertamanya, Ahmad).
Soalan:
Adakah Kasim layak mewarisi harta pusaka Sabariah walau pun beliau baru
dua minggu berkahwin?.
Jawab:
Tempoh perkahwinan
bukanlah ukuran bagi kelayakan seseorang itu mewarisi harta pusaka pasangannya.
Suami atau isteri layak mewarisi harta pusaka pasangannya sebaik sahaja majlis
ijab dan qabul disempurnakan. Walau pun baru dua minggu Kasim menjadi suami kepada
Sabariah, Kasim layak menerima harta pusaka isterinya asalkan perkahwinan itu
sah mengikut hukum syarak.
Setelah faham dengan penjelasan
yang diberi, Kasim bertanya dengan nada
lemah lembut, “kalau saya berhak, berapakah bahagian saya”?.
“Bahagian kamu adalah
sebanyak 1/4 bahagian daripada harta pusaka Sabariah kerana Sabariah ada
meninggalkan tiga orang anak. Ini bermakna kamu mendapat satu ekar tanah”.
“Wah! Banyaknya, nasib
baik tuan panggil saya ke pejabat. Kalau tidak rugilah saya!. Terima kasih,
terima kasih tuan kerana panggil saya ke
pejabat. Saya mahu bahagian saya”.
PEMBAHAGIAN MENGIKUT
HUKUM FARAID
|
|
4
|
4 EKAR
|
KASIM
|
1/4
|
1
|
1 ekar
|
OSMAN
|
Asabah
|
1
|
1 ekar
|
SELAMAT
|
Asabah
|
1
|
1 ekar
|
ZAILANI
|
Asabah
|
1
|
1 ekar
|
1 comments:
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya sedikit kerana banyak kekeliruan.. Jikalau ibu sudah meninggal Dan 2 orang anak (1 lelaki Dan 1 perempuan Dan arwah sudah bercerai sebulan selepas saya dilahirkan... Arwah cuma meninggalkan harta simpanan (Bsn) kurang daripada rm100000... Dan anak arwah yang perempuan pula sudah meninggal juga selepas arwah... Bagaimana harta itu dibahagikan..
Dan Jalan terbaik dimana saya perlu pergi untuk harta yang kurang daripada rm100,000.. Sila email kan manpagar@yahoo.com
Post a Comment