Wednesday, 6 March 2013


PENGIRAAN KES KEMATIAN  BERLAPIS (MUNASAKHAT)

Kematian berlapis bermakna waris yang berhak menerima pusaka, mati sebelum sempat menerima harta pusaka si mati asal.
Contoh:
Fakta kes:
         Sidiq mati pada tahun 2000 dan meninggalkan tiga orang anak; satu lelaki dan dua perempuan iaitu Kasim, Sabariah dan Rugayah.
     Harta pusaka Sidiq yang merupakan sebidang tanah pertanian tidak difaraidkan dan dibiarkan sehinggalah pada tahun 2005 Kasim pula mati. Kasim meninggalkan seorang isteri bernama Samsiah dan tiga orang anak; dua lelaki dan satu perempuan iaitu Selamat, Osman dan Kamariah.
        Selepas kematian Kasim, isterinya Samsiah telah berkahwin lain dan suami kedua Samsiah bernama Zailani. Perkahwinan ini mendapat seorang anak perempuan bernama Badariah.
        Pada tahun 2010 Samsiah pula mati dan meninggalkan ibu bernama Joyah, suami iaitu Zailani dan empat orang anak; dua lelaki dan dua perempuan iaitu Selamat, Osman, Kamariah (anak dengan suami pertama) dan Badariah (anak dengan suami kedua).

Keterangan:
1.       Kes ini adalah kes kematian tiga lapis iaitu:
a.       Si mati 1               Sidiq                      mati tahun 2000
b.      Si mati 2               Kasim                    mati tahun 2005
c.       Si mati 3               Samsiah               mati tahun 2010
2.       Kasim mati sebelum sempat menerima harta pusaka bapanya, Sidiq manakala Samsiah pula mati sebelum sempat menerima pusaka suaminya Kasim.
3.       Penyelesaian kes ini adalah seperti berikut:
Cara penyelesaian kes:
1.       Pastikan waris yang berhak bagi ketiga-tiga si mati di atas.
2.       Lakukan pengiraan faraid bagi setiap kes kematian .
3.       Pengiraan munasakhat.
Pengiraan faraid:

1.       Si mati 1 (Sidiq)


4
Kasim
AL
2
Sabariah
AP
1
Rugayah
AP
1
2.      
Si mati 2 (Kasim) 



8
40
Samsiah
Isteri
1/8
1
5
Selamat
AL
Asabah

14
Osman
AL
Asabah
7
14
Kamariah
AP
Asabah

7

3.       Si mati 3 (Samsiah)



12
72
Joyah
Ibu
1/6
2
12
Zailani 
Suami
1/4
3
18
Selamat
AL
Asabah

14
Osman
AL
Asabah
7
14
Kamariah
AP
Asabah

7
Badariah
AP
Asabah

7

PENGIRAAN MUNASAKHAT:


20



1
72



5


Sidiq

4


8
40
80


12
72
5760
5760
Kasim
AL
2




0




0
0
Sabariah
AP
1




20




1440
1440
Rugayah
AP
1




20




1440
1440
Samsiah


Isteri
1/8
1
5
5




0
0
Selamat


AL
A

14
14
AL
A

14
1008+70
1078
Osman


AL
A
7
14
14
AL
A
7
14
1008+70
1078
Kamariah


AP
A

7
7
AP
A

7
504+35
539
Joyah







Ibu
1/6
2
12
60
60
Zailani







Suami
¼
3
18
90
90
Badariah







AP
A

7
35
35

KESIMPULAN:
Harta pusaka Sidiq dibahagikan kepada waris-waris seperti berikut:
BIL
NAMA
HUBUNGAN
BAHAGIAN
1
SABARIAH
Anak perempuan Sidiq
1440/5760
2
Rugayah
Anak perempuan Sidiq
1440/5760
3
Selamat
Anak lelaki Kasim dan Samsiah
1078/5760
4
Osman
Anak lelaki Kasim dan Samsiah
1078/5760
5
Kamariah
Anak perempuan Kasim dan Kamariah
  539/5760
6
Joyah
Ibu Samsiah
    60/5760
7
Zailani
Suami Samsiah
    90/5760
8
Badariah
Anak perempuan Samsiah
    35/5760


0 comments:

Post a Comment