Thursday, 29 March 2012

BAGAIMANAKAH ANAK LELAKI MEWARISI HARTA PUSAKA?


Sekiranya datang seorang anak lelaki bertanyakan tentang bahagian yang akan diwarisi bagi harta pusaka bapanya, kita tidak boleh menjawabnya dengan serta merta atau dengan secara spontan. Ini kerana bahagian anak lelaki tidak menentu. Maksudnya bahagian anak lelaki tertakluk kepada kedudukan sesuatu kes di mana perlu dilihat siapakah yang turut mewarisi bersama anak lelaki itu.
Mengikut kaedah faraid, anak lelaki mewarisi secara asabah. Asabah bermakna:
*      Sekiranya si mati hanya meninggalkan anak lelaki sahaja tanpa waris lain, anak lelaki itu mewarisi kesemua harta pusaka bapanya.
*      Sekiranya terdapat waris fardu yang lain seperti ibu, bapa, suami atau isteri, anak lelaki akan mendapat baki setelah diberikan bahagian waris fardu.
*      Sekiranya si mati meninggalkan anak perempuan bersama anak lelaki, mereka bersama mewarisi secara Asabah Bil-Ghairi iaitu anak lelaki mendapat 2 bahagian manakala anak perempuan mendapat 1 bahagian.

Huraian:

1.      Sekiranya si mati hanya meninggalkan seorang anak lelaki sahaja tanpa waris lain, anak lelaki itu mewarisi kesemua harta.

1 anak lelaki
Semua
2.      Sekiranya anak lelaki itu lebih daripada seorang, misalnya lima orang, harta itu dibahagikan sama banyak, bermakna setiap anak lelaki mendapat 1/5 bahagian.

Anak lelaki
1/5
Anak lelaki
1/5
Anak lelaki
1/5
Anak lelaki
1/5
Anak lelaki
1/5
3.      Sekiranya  ada bersama anak lelaki itu waris lain yang mewarisi secara fardu, anak lelaki akan mendapat baki iaitu setelah diberikan bahagian waris fardu. Banyak atau sedikit bahagian anak lelaki bergantung kepada jumlah warisi fardu yang mewarisi bersamanya, dan bilangan anak lelaki itu sendiri.
Waris fardu bermakna waris yang telah ditetapkan bahagiannya. Sebagai contoh, isteri ditentukan bahagiannya ¼ sekiranya si mati tidak meninggalkan anak dan 1/8 sekiranya si mati meninggalkan anak.
Contoh 1:
Seorang mati meninggalkan 1 isteri dan seorang anak lelaki. Isteri mewarisi secara fardu 1/8 bahagian dan anak lelaki mendapat asabah (baki) 7/8 bahagian.


8
Isteri 1/8
1
1 Anak lelaki Asabah
7
Contoh 2:
Seorang mati meninggalkan isteri, ibu, bapa dan 1 anak lelaki. Anak lelaki akan mendapat baki setelah diberi bahagian waris fardu iaitu isteri, ibu dan bapa iaitu sebanyak 13/24 bahagian (24-3-4-4=13).


24
Isteri 1/8
3
Ibu 1/6
4
Bapa 1/6
4
1 anak lelaki Asabah
13
Dalam kes di atas, anak lelaki mendapat bahagian lebih banyak berbanding waris-waris lain.
4.      Sekiranya anak lelaki lebih daripada seorang, misalnya 5 orang, bahagian setiap orang darpada mereka makin sedikit iaitu sebanyak 13/120 bahagian kerana atas 13/24 dibahagikan pula kepada 5.


24
120
Isteri 1/8
3
15
Ibu 1/6
4
20
Bapa 1/6
4
20
Anak lelaki Asabah

13
Anak lelaki Asabah

13
Anak lelaki Asabah
13
13
Anak lelaki Asabah

13
Anak lelaki Asabah

13
Dalam kes di atas, anak lelaki mendapat kurang daripada bapa dan ibu bahkan kurang daripada isteri. Semakin ramai bilangan anak lelaki makin sedikitlah bahagian mereka.
5.      Sekiranya si mati meninggalkan anak perempuan bersama anak lelaki, mereka bersama mewarisi secara Asabah Bil-Ghairi iaitu anak lelaki mendapat 2 bahagian manakala anak perempuan mendapat 1 bahagian.

Contoh 1:
Sekiranya si mati meninggalkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Anak lelaki mendapat 2/3 bahagian dan anak perempuan mendapat 1/3 bahagian, iaitu nisbah 2:1.
1 anak lelaki
2/3
1 anak perempuan
1/3
Contoh 2:

Sekiranya si mati meninggalkan dua anak lelaki dan tiga anak perempuan, masing-masing akan mewarisi seperti berikut: anak lelaki 2/7 bahagian dan anak perempuan 1/7 bahagian.

7
Anak lelaki
2
Anak lelaki
2
Anak perempuan
1
Anak perempuan
1
Anak perempuan
1
6.      Sekiranya  ada bersama anak lelaki dan anak perempuan itu waris-waris lain, misalnya ibu dan suami, anak lelaki dan anak perempuan mewarisi secara asabah bil-ghairi iaitu mendapat baki setelah diberikan bahagian ibu dan suami kerana mereka berdua adalah waris fardu. Bahagian anak lelaki dan anak perempuan dibahagikan dengan nisbah lelaki 2 dan perempuan 1.
Contoh 1:


12
36
Ibu 1/6
2
6
Suami 1/4
3
9
1 anak lelakiAsabah
7
14
1 anak perempuan Asabah

7
Contoh 2:



12
72
Ibu 1/6
2
12
Suami 1/4
3
18
Anak lelaki Asabah

14
Anak lelaki Asabah

14
Anak perempuan Asabah
7
7
Anak perempuan Asabah

7
Semakin ramai bilangan anak-anak, semakin kuranglah bahagian setiap orang anak sebagai waris asabah sedangkan bahagian ibu atau suami yang mewarisi secara fardu tidak terjejas dengan jumlah anak-anak yang ditinggalkan oleh si mati.


Kesimpulan:
Bahagian anak lelaki tidak menentu kerana anak lelaki adalah penerima pusaka secara asabah. Oleh itu sebarang soalan tentang bahagian anak lelaki tidak dapat dijawab sewenang-wenangnya kecuali setelah diketahui siapakah waris lain yang mewarisi bersamanya.

Saturday, 10 March 2012

MENYELESAIKAN HARTA PUSAKA SUATU TUNTUTAN SYARAK (BAHAGIAN 3)


6. BAGAIMANA HARTA PUSAKA DIBAHAGIKAN
•         Perbincangan penting untuk menentukan cara pembahagian yang dipersetujui.
•         Asal pembahagian ialah mengikut hukum faraid. Setiap orang waris mempunyai hak ke atas setiap harta pusaka. Tetapi waris-waris boleh membincangkan cara mana sesuatu harta itu akan diagihkan kepada waris-waris dengan mengambil kira aspek sosial, ekonomi, semangat kekeluargaan dan sebagainya. Misalnya:
–        Sekiranya harta itu merupakan sebidang tanah pertanian, boleh dimiliki oleh semua waris dan didaftarkan dengan nama masing-masing, tetapi adakah pemilikan beramai-ramai  tidak menyusahkan waris-waris di masa hadapan. Fikirkan.
–        Sekiranya tanah pusaka tersebut luasnya cuma setengah ekar, mungkin tidak ekonomik jika dimiliki oleh 5 atau 6 orang waris. Oleh itu perlu dirundingkan.
–        Sekiranya harta itu merupakan barang kemas, bagaimana akan diagihkan kepada setiap orang waris.
–        Sekiranya harta itu merupakan sebuah kenderaan seperti kereta, motosikal dan sebagainya, bagaimana jalan penyelesaiannya kerana kereta tidak boleh dimiliki oleh lebih daripada seorang pemilik.
–        Sekiranya harta itu merupakan sebuah rumah kediaman, dengan pemilikan beramai-ramai, apa kesudahannya.

v  Oleh itu mengadakan rundingan di kalangan waris adalah wajar dan perlu demi menjaga keharmonian dan kebaikan agar harta si mati dapat dimanfaatkan bersama.

7. SIFAT MURNI
•         Untuk menjamin pembahagian yang baik dan mewujudkan suasana yang menyeronokkan, setiap waris sepatutnya mempunyai sifat-sifat berikut:
•         Bertolak ansur
•         Bertanggungjawab
•         Berfikiran positif
•         Tidak pentingkan diri
•         Semangat kekeluargaan
•         Prihatin
•         Pandang ke hadapan.
•         Lupakan nilai nostalgia / sentimental value
•         Baik sangka
•         Situasi menang-menang (Win win situation)
•         Ikut majoriti

8. ELAKKAN SIFAT KEJI
•         Tamak
•         Salah guna kuasa
•         Pentingkan diri
•         Tidak bertanggungjawab
•         Tiada kerjasama
•         Tidak prihatin
•         Buruk sangka
•         Situasi kalah kalah (Lose lose situation)

9. KESAN BAIK PEMBAHAGIAN
•         Eratkan hubungan keluarga
•         Mengseimbangkan pemilikan harta di kalangan waris
•         Harta orang tua dimanfaatkan
•         Hidup tenang
•         Saling bantu membantu
•         Hubungan keturunan si mati berterusan

10. KESAN BURUK PERGADUHAN
•         Putus hubungan keluarga
•         Harta terbengkalai/beku
•         Hidup dalam keresahan
•         Musnah struktur keturunan si mati
•         Makan harta saudara sendiri
•         Malang, harta orang tua tidak dimanfaatkan
•         Harta orang tua dipertikaikan

11. PENUTUP:
·         Menguruskan pembahagian harta pusaka sebenarnya memerlukan kefahaman yang amat luas dalam hukum faraid. Ianya berkaitan rapat dengan hukum wasiat, hibah dan harta sepencarian.

·         Setiap penyelesaian harta pusaka memerlukan perbincangan di kalangan waris di mana setiap orang waris seharusnya mempunyai tanggungjawab dan bersikap positif kearah penyelesaian yang terbaik.

·         Artikel yang ringkas ini sebenarnya memerlukan penjelasan lebih terperinci agar tuan-tuan dapat menyelesaikan harta pusaka dengan baik, sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim di kalangan ahli keluarga.

·         Semoga artikel ini dapat dimanfaatkan demi kesejahteraan keluarga dan sanak saudara khususnya dan umat Islam umumnya.

SEKIAN.

Disediakan oleh:
WAN ABDUL HALIM BIN W HARUN
Perunding Utama / Peguam Syarie
Perunding W Halim
FEBRUARI 2012

Wednesday, 29 February 2012

MENYELESAIKAN HARTA PUSAKA SUATU TUNTUTAN SYARAK (BAHAGIAN 2)


4. TANGGUNGJAWAB WARIS MENGURUSKAN PEMBAHAGIAN PUSAKA

Segerakan pembahagian, jangan biarkan harta orang tua atau saudara mara terbengkalai.

•         Harta di depan mata, mengapa dibiarkan?
•         Selesai segera harta pusaka untuk mengecapi nikmat harta yang ditinggalkan oleh orang tua.
•         Berusahalah ke arah penyelesaian harta pusaka untuk kesejahteraan keluarga.

5. LANGKAH-LANGKAH AWAL MENGURUSKAN PEMBAHAGIAN:

5.1. Tahu siapa waris yang berhak
•         Setelah kematian, secara otomatik harta si mati berpindah kepada waris yang ditinggalkan. Persoalannya: siapakah waris yang berhak mewarisi?
•         Untuk mengetahuinya, berdasarkan kepada kaedah ilmu faraid atau mendapat maklumat yang betul daripada orang-orang yang benar-benar berpengetahuan dalam ilmu faraid.

•         Faedah mengetahui waris yang berhak mewarisi:
•       Supaya hanya waris yang berhak sahaja yang akan mengurus dan membincangkan pembahagian harta. Campurtangan orang luar seperti ipar, menantu, rakan-rakan yang tidak diundang mungkin boleh menimbulkan salah faham, ketidakpuashatian di kalangan waris yang akhirnya akan menimbulkan pertelingkahan. Bagaimana pun mereka boleh membantu sekiranya diperlukan.
•         Agar waris yang berhak tidak ditinggalkan.
•         Agar tidak ada di kalangan ahli keluarga yang merasa kecewa dan malu akibat kejahilan hukum faraid kerana menyangka beliau berhak mendapat pusaka sedangkan mengikut hukum faraid, sebenarnya beliau tidak berhak.
•  Agar waris-waris dapat memilikki atau memakan harta bersih, baik dan berkat serta mendapat keredhaan Allah s.w.t..

5.2. Tahu kadar bahagian waris
•     Setelah mengetahui siapakah waris yang berhak mewarisi, waris-waris sepatutnya mengetahui pula bahagian yang mereka warisi. Samada banyak atau sedikit. Samada mewarisi secara fardu atau asabah. Samada ½, ¼, 1/6 bahagian dan sebagainya.
•  Pengetahuan mengenai kadar bahagian waris hanya boleh diketahui melalui pengajian kaedah pembahagian yang terdapat dalam ilmu faraid.

•         Faedah mengetahui bahagian masing-masing.
•         Boleh mengelakkan salah faham di kalangan waris yang selalunya beranggapan waris lelaki mendapat pusaka lebih banyak daripada waris perempuan.
•     Memudahkan perbincangan dan tolak ansur di kalangan waris. Ada kemungkinan waris yang mendapat bahagian yang sedikit menyerahkan bahagiannya kepada waris yang memperoleh bahagian yang banyak mengikut kaedah takharuj.
•         Waris-waris dapat mengira habuan masing-masing dengan mudah.
•         Memudahkan waris untuk merancang pembahagian secara muafakat.
•      Waris yang mendapat bahagian yang lebih banyak, sepatutnya diberi keutamaan dalam memilikki harta, peluang bersuara atau menyampaikan pendapat.

5.3. Maklum tentang semua harta si mati
•         Setiap orang waris sepatutnya mengetahui kesemua harta si mati meliputi harta takalih dan harta alih. Contohnya: tanah, rumah, kenderaan, wang tunai / simpanan, barang kemas, pakaian dan sebagainya untuk dibincangkan pembahagiannya satu persatu.

•         Pastikan semuanya milik si mati. Termasuk:
•         Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
•         Dividen daripada saham atau simpanan si mati sebelum harta dibahagikan.
•         Harta yang diperoleh hasil daripada usaha si mati semasa hayatnya. Ch. Ikan yang lekat pada pukat yang dipasang oleh si mati.

•         Bukan milik si mati antaranya:
•         Harta yang dipinjam, hendaklah dipulangkan.
•         Harta si mati sebagai pemegang amanah, hendaklah diberikan kepada pemiliknya.
•         Harta yang telah dijual, berikan kepada pembeli.
•         Harta yang telah dihibah, berikan kepada penerimanya.
•         Harta yang telah diwakaf, serahkan kepada pihak yang berkenaan.
•         Harta yang diperolehi secara haram, serahkan kepada Baitulmal.
•         Duit khairat kematian.
•         Duit pemberian / sedekah orang yang datang menziarahi kematian.

5.4. Adakan perbincangan
•       Perbincangan di kalangan waris yang berhak perlu untuk mencapai persepakatan dalam menyelesaikan pembahagian pusaka.

6. PERKARA YANG PERLU DIBINCANGKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

•         Belanja pengebumian
•    Belanja pengebumian ialah belanja menguruskan jenazah si mati sehingga selamat dikebumikan. Perbelanjaan yang boleh ditakrifkan sebagai belanja pengebumian ialah perbelanjaan ke atas urusan yang wajib sahaja.

o   Sumber kewangan untuk belanja pengebumian
o   Pada dasarnya perbelanjaan ini boleh diambil daripada harta pusaka si mati walaupun tanpa kebenaran waris-waris atau terdapat anak yatim di kalangan waris kerana belanja mati adalah hak si mati. Selain daripada harta si mati, belanja pengebumian boleh juga diambil daripada:
§  Wang sumbangan orang ramai yang menziarahi kematian.
§  Wang khairat kematian.
§  Jika ada di kalangan anak-anak, saudara mara, sahabat handai yang sudi dengan ikhlas mengeluarkan  wang sendiri untuk pengebumian si mati.  

o   Bagi urusan yang tidak wajib, seperti kenduri tahlil, boleh juga diambil daripada harta si mati dengan syarat:
•         Semua waris yang berhak mewarisi pusaka si mati bersetuju.
•         Semua waris yang memberi persetujuan hendaklah cukup umur dan sempurna akal.
•         Sekiranya terdapat waris yang belum dewasa atau tidak sempurna akal, boleh diambil daripada harta  si mati setelah diasingkan bahagian mereka.
o   Bagi seorang isteri yang meninggal dunia, belanja pengebumian wajib ke atas suaminya walaupun isteri itu  seorang yang kaya.

·         Hutang
•         Sebelum harta pusaka difaraidkan, sekiranya si mati ada meninggalkan hutang, maka waris-waris wajib menyelesaikannya.
•         Dua jenis hutang:
–        Hutang kepada Allah.
–        Hutang kepada manusia.

  • Wasiat
•      Setelah ditolak urusan pengebumian, diselesaikan hutang si mati, waris-waris hendaklah bincangkan samada si mati ada meninggalkan wasiat atau tidak. Sekiranya ada, wasiat perlu ditunaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta kepada waris-waris.
•         Langkah pertama: Pastikan status wasiat samada sah atau tidak. Sekiranya sah mengikut hukum syarak, wajib ditunaikan. Jika tidak semua waris menanggung dosa hingga ke akhirat. Sekiranya tidak sah, terpulang kepada budibicara waris membuat penentuan samada mahu menunaikan wasiat tersebut atau mengabaikannya.
•         Antara syarat sah wasiat:
•         Tidak diwasiatkan kepada waris yang berhak menerima pusakanya. Misalnya, seseorang itu mewasiatkan kalau beliau mati, sebidang tanah lot pertanian hendaklah diberikan kepada anak sulungnya. Wasiat ini tidak sah kerana anak adalah waris yang berhak menerima pusaka. Wasiat yang sah ialah pemberian kepada anak angkat atau sesiapa sahaja yang tidak mewarisi pusaka seseorang itu apabila beliau mati.
•         Sekiranya diwasiatkan kepada bukan waris, hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada harta bersih iaitu setelah ditolak harta sepencarian (jika ada), belanja pengebumian dan hutang si mati. Contohnya: sekiranya si mati hanya meninggalkan sebuah rumah sahaja dan diwasiatkan semuanya kepada anak angkatnya. Apabila beliau meninggal dunia, hanya 1/3 bahagian daripada rumah tersebut boleh diberikan kepada anak angkatnya. Selebihnya kepunyaan waris. Terpulang kepada budibicara waris untuk memberikan kesemua rumah tersebut kepada anak angkat si mati mengikut wasiat atau meluluskan hanya 1/3 sahaja. 2/3 bahagian lagi difaraidkan.
•         Dalil tidak boleh berwasiat kepada waris yang berhak.

Sabda Rasulullah s.a.w.
      إن الله عزوجل قد أعطَى كل ذى حق حقــه ألا لا وصية لوارث

•         Maksudnya:
–        Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak itu hak masing-masing, kerana itu tiada wasiat kepada waris yang berhak.
 

v  Dalam perbincangan, waris-waris hendaklah bersikap positif, bertolak ansur, tidak pentingkan diri dan sama-sama berusaha ke arah mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan keluarga. Selepas ini waris-waris akan berjumpa lagi dalam perbincangan untuk membahagikan harta pusaka.


Friday, 17 February 2012

MENYELESAIKAN HARTA PUSAKA SUATU TUNTUTAN SYARAK (BAHAGIAN 1)


1. PENDAHULUAN

Firman Allah S.W.T.:

•         كل نفس ذاءقة الموت ونبلوكم با لشر والخير فتنة والينا ترجعون

Maksudnya:
      Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji  kamu dengan     
      kesusahan dan  kesenangan sebagai cubaan;    dan kepada Kamilah kamu  
      semua akan dikembalikan.
                                                                                                  (Surah al-Anbiya’ 21 : 35)

•         Setiap yang hidup akan mati.  Begitulah kesudahan hidup manusia di dunia sebagaimana yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T.

•         Apabila jenazah si mati selamat dikebumikan, tanggungjawab waris-waris seterusnya ialah:
–     Membahagikan harta peninggalan si mati kepada waris-waris yang berhak dengan syarat terlebih dahulu:
–        Menyelesaikan bayaran urusan pengebumian
–        Menjelaskan hutang-hutang si mati.
–        Menunaikan wasiatnya jika ada. 

•         Segerakan pembahagian pusaka kerana apabila seseorang itu meninggal dunia, secara automatik harta kepunyaan si mati berpindah hak kepada waris-waris. Barang siapa yang mengambil atau memakan harta-harta pusaka tersebut tanpa persetujuan semua waris yang berhak, mereka boleh terjerumus kepada penguasaan harta secara haram atau batil, termakan harta anak yatim dan sebagainya .

•         Justeru, uruskan harta pusaka dengan sebaik mungkin dan segerakan pembahagian kepada waris-waris yang berhak berpandukan kepada hukum Faraid. Tentukan siapakah pemilik sebenar harta pusaka tersebut dan tentukan hak masing-masing.

2. PERMASALAHAN DALAM MENYELESAIKAN PUSAKA

•         Dianggarkan lebih satu juta (1,000,000) hakmilik tanah masih terdaftar dengan nama si mati.

•         Mengapa penyelesaian pusaka tidak disegerakan:

1. Salah tanggapan
–        Terdapat di kalangan masyarakat masih berpegang kepada ungkapan “berdosa jika terlalu awal membahagikan harta pusaka ketika ‘tanah kubur masih merah’.
•         Ini tanggapan salah. Tiada nas atau dalil. Hanya perbualan dikedai kopi.
•         Sepatutnya segerakan pembahagian kerana selepas kematian, harta si mati menjadi hak waris.
•        Sayidina ‘Umar r.a. pernah memadamkan pelita seorang sahabatnya yang meninggal dunia kerana dikhuatiri minyak pelita tersebut habis digunakan tanpa mendapat persetujuan waris.

2. Terlalu sopan
–   Bimbang untuk bersuara, takut dikatakan tamak / hendakkkan harta. Justeru harta     dibiarkan.
•         Sikap seperti ini perlu diubah. Semua patut berfikiran positif.
•         Menuntut pusaka bermakna menuntut hak. Menunaikan tanggungjawab agama. 

3. Tiada pengetahuan
–        Ilmu berkaitan pengurusan dan pembahagian pusaka makin diabaikan. Tidak hairanlah   jika tidak ramai yang berkebolehan dalam urusan pembahagian pusaka.
•         Sukar untuk membuat rujukan / khidmat nasihat
•         Waris tidak tahu apa yang hendak dibincangkan

4. Sikap tidak prihatin
–        Dengan menganggap penyelesaian pusaka suatu yang remeh temeh, ramai yang tidak mengambil berat untuk menyelesaikannya.
•     Tidak mengambil peduli tentang harta pusaka
•    Tidak memberikan kerjasama ketika ada pihak yang berusaha untuk menyelesaikanya
• Membiarkan harta beku / terbiar / terbengkalai sehingga ada sesuatu yang menguntungkan seperti berhajat untuk menjualnya, menggadai atau terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan.
•     Tiada tanggungjawab
•    Tidak bersyukur dengan harta orang tua
•  Enggan pulang untuk selesaikan pusaka dengan alasan tiada masa / tidak berbaloi (sedikit)

5. Menaruh harapan kepada anak sulung
–        Anak sulung lelaki sewajarnya menggantikan tempat orang tua. Oleh itu sepatutnya bertanggungjawab ke atas adik-adik dan berusaha menyelesaikan pusaka.
•         Anak sulung tidak mahu bertanggungjawab
•         Anak sulung tidak tahu apa yang patut dilakukan
•  Adik-adik takut bersuara, manakala anak sulung tidak cuba mengadakan perbincangan atau meminta adik-adik menguruskan pembahagian
•         Sebenarnya sesiapa juga di kalangan waris boleh menguruskan pembahagian tetapi adat menghormati anak sulung lebih diutamakan.

6. Tidak mahu harta berpindah kepada orang lain
–        Ada yang selesa mendudukki / memilikki / mengusahakan tanah si mati.
•         Sekiranya dibahagikan, takut kalau waris lain menuntut hak masing-masing. Oleh itu lebih baik dibiarkan sahaja dengan nama si mati.
•    Ketika waris-waris lain berdiam diri, elok tidak dibahagi untuk menjaga hubungan mesra di kalangan waris.
•  Sekiranya tidak mendapat persetujuan semua waris, bermakna seseorang itu mendudukki, memilikki atau mengusahakan harta pusaka secara batil. Hukumnya berdosa.

7. Wujud pertelingkahan di kalangan waris
–        Pusaka tidak diselesaikan kerana waris-waris bertelingkah sesama sendiri samada sebelum kematian atau selepas kematian.
•         Bagaimana hendak mengadakan perbincangan sekiranya tidak dapat bersua muka?

8. Tiada persefahaman
–        Masing-masing dengan pendapat dan kemahuan sendiri. Tiada tolak ansur. Pentingkan diri.


3. AKIBAT TIDAK MEMBAHAGIKAN HARTA PUSAKA:

•         Melengah-lengahkan pemnyelesaian harta pusaka mengundang banyak masalah antaranya:

1. Makan harta secara batil.
•         Firman Allah S.W.T. :    كلوا اموالكم بينكم بالبا طل يا ايها الذين امنوا لا تأ
•         Maksudnya :
 Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan  (gunakan)  harta-    
 harta  kamu sesama kamu  dengan jalan yang  salah (tipu, judi  dan 
sebagainya).
                                                                                                       (Surah al-Nisa’  4 : 29)

•         Sabda Rasulullah s.a.w.:     مــن ظـلـم قيد شــبـر من الأرض طوقََََه من سبـع أرضين
•         Maksudnya :
 Barang siapa merampas seluas satu jengkal tanah,  nescaya ia  akan dibelit 
oleh tanah itu dari tujuh lapisannya”
                                                    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Waris tidak segera menjelaskan hutang si mati
•    Hutang si mati wajib diselesaikan segera setelah disempurnakan urusan pengebumian samada diwasiatkan atau tidak.
•         Sabda Rasulullah s.a.w. :           نفس الموءمن معلقة بد ينه حتى يقضى عنه
•         Maksudnya:
Roh seseorang Mukmin (sesudah matinya) adalah tergantung- gantung ( dan  
tersekat dari sampai ke makamnya yang mulia di sisi Allah) sehinggalah 
hutangnya dibayar.                                                                      
 (Riwayat Ahmad)

3. Waris tidak menunaikan wasiat si mati
•    Sekiranya wasiat itu sah mengikut hukum syarak, adalah menjadi tanggungjawab waris melaksanakan wasiat tersebut dengan segera.
•     Adakalanya wasiat tidak dilaksanakan sekian lama sehinggalah harta pusaka tersebut dibahagikan setelah setahun atau mungkin beberapa tahun selepas kematian.

4. Harta tidak terurus / terbiar
•    Terdapat di sebuah kampung misalnya sebuah rumah terbiar. Iaitu rumah pusaka. Merugikan waris kerana tidak manfaatkan peninggalan orang tua.
•      Sebelum pembahagian, status harta tidak pasti milik siapa. Tiada siapa yang akan bertanggungjawab.
•       Cukai tanah tidak berbayar, semak samun tiada siapa bersihkan, musim buah tiada siapa datang menebas, lalu dibiarkan buah-buah itu gugur.

5. Urusniaga hartanah beku
•       Dari segi undang-undang, selagi tanah didaftarkan dengan nama si mati, sebarang urusniaga seperti jual beli, gadaian,  cagaran, sewaan dan sebagainya dibekukan.
•         Ada yang menjual melalui surat perjanjian, akan menyebabkan keresahan / kerisauan kepada pembeli kerana hakmilik tidak boleh ditukar nama.
•    Ada kemungkinan agihan duit hasil jualan tidak menepati syarak kerana kejahilan tentang hukum faraid atau sengaja meminggirkan waris tertentu.

6. Hilang dokumen penting
•  Urusan pembahagian pusaka memerlukan beberapa dokumen sebagai bukti. Contohnya sijil kematian, suratan hakmilik, surat perjanjian jual beli, surat wasiat dan sebagainya.
•     Kegagalan mengemukakan dokumen tersebut menyebabkan penyelesaian pusaka tergendala dan kemungkinan pihak yang menuntut tidak berjaya dalam tuntutannya.

7. Berlaku kematian berlapis
•   Kematian berlapis bermakna terdapat waris mati sebelum pusaka dibahagikan kepadanya dan dinamakan kes Munasakhat.
•      Akibatnya akan menambahkan bilangan waris yang akan menerima pusaka si mati asal.
•         Bilangan waris yang ramai mengundang kepada kesukaran mendapatkan maklumat waris, mengadakan perbincangan dsb. sekali gus menyukarkan urusan pembahagian.