Tuesday 10 July 2012


LAYAKKAH BEKAS ISTERI YANG DICERAIKAN MEWARISI HARTA PUSAKA?
Ikatan perkahwinan adalah merupakan salah satu daripada sebab seseorang itu layak mewarisi harta pusaka pasangannya. Isteri layak mewarisi harta pusaka suaminya yang telah menuinggal dunia dan begitu juga suami layak mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan oleh isterinya. Iaitu saling mewarisi harta pusaka pasangan masing-masing yang mati dahulu.

Sekiranya seorang lelaki mati meninggalkan isteri, isteri itu berhak mewarisi harta pusaka suaminya mengikut kaedah hukum faraid seperti berikut;

1.    Isteri layak mewarisi sebanyak ¼ bahagian daripada kesemua harta pusaka suaminya sekiranya suaminya yang meninggal itu tidak mempunyai keturunan ke bawah seperti anak atau cucu.

Contoh:
Seorang mati meninggalkan seorang isteri dan bapa. Anak tidak ada. Isteri mendapat 1/4 bahagian.



4
RM10,000.00
ISTERI
1/4
1
RM2,500.00
BAPA
ASABAH (baki)
3
RM7,500.00

2.    Isteri layak mewarisi sebanyak 1/8 bahagian daripada kesemua harta pusaka suaminya sekiranya suaminya yang meninggal itu mempunyai keturunan ke bawah seperti anak atau cucu.

Contoh:
Seorang mati meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Isteri mendapat 1/8 bahagian.



24
RM10,000.00
ISTERI
1/8
3
RM1,250.00
ANAK LELAKI
ASABAH (baki)
14
RM5,833.33
ANAK PEREMPUAN
ASABAH (baki)
7
RM2,916.67

3.    Sekiranya isteri itu lebih daripada seorang, seperti dua atau tiga orang, bahagian isteri sebanyak ¼ atau 1/8 itu dibahagikan mengikut jumlah isteri. Misalnya ¼ dibahagi dua atau 1/8 dibahagi kepada tiga dan sekiranya si mati meninggalkan empat orang isteri, maka bahagian yang diperolehi oleh isteri itu sama ada ¼ atau 1/8 dibahagikan kepada empat bahagian sama rata.

     Contoh 1:
     Si mati meninggalkan dua orang isteri dan seorang saudara seibu sebapa lelaki. Bahagian isteri ¼ dibahagi dua.


4
8
RM10,000.00
ISTERI 1
1/4
1
1
RM1,250.00
ISTERI 2


1
RM1,250.00
SIB LELAKI
ASABAH (baki)
3
6
RM7,500.00

Contoh 2:
Si mati meninggalkan empat orang isteri, dua anak lelaki dan satu anak perempuan. Bahagian isteri 1/8 dibahagi empat.



8
160
RM10,000.00
ISTERI 1
1/8
1
5
RM312.50
ISTERI 2


5
RM312.50
ISTERI 3


5
RM312.50
ISTERI 4


5
RM312.50
ANAK LELAKI
ASABAH (baki)

56
RM3,500.00
ANAK LELAKI
ASABAH (baki)
7
56
RM3,500.00
ANAK PEREMPUAN
ASABAH (baki)

28
RM1,750.00

SOALAN:
Ibu berkahwin dengan bapa dan mereka hidup sebagai suami isteri selama 15 tahun. Malangnya jodoh mereka tidak sampai ke akhir hayat. Mereka bercerai. Dua bulan lepas, bapa meninggal dunia kerana sakit jantung.
Soalan saya, adakah ibu yang bercerai hidup dengan bapa masih layak mewarisi harta pusaka bekas suaminya (bapa saya)?.

JAWAPAN:
Tempoh yang lama memegang status sebagai suami isteri tidaklah menjamin seseorang itu boleh mewarisi harta pusaka pasangannya yang meninggal dunia. Sekiranya pasangan itu bercerai mati, maka isteri layak mewarisi harta pusaka suaminya dan begitulah sebaliknya.

Bagaimana pun apabila pasangan bercerai hidup, tanpa mengambil kira berapa lama perkahwinan itu berlangsung, maka putuslah hubungan suami isteri. Suami memegang status duda manakala isteri pula memegang status janda. Apabila suami meninggal dunia, bekas isteri masih layak mewarisi harta pusaka bekas suaminya dalam keadaan berikut:

1.    Perceraian berlaku dalam kategori talak raj’ii.
2.    Kematian berlaku ketika isteri masih dalam edah.

SOALAN:
Apakah yang dimaksudkan dengan talak raj’i?

JAWAPAN;
Talak raj’i bermaksud perceraian talak satu atau tolak dua. Iaitu suami boleh merujuk kembali isterinya tanpa perlu kepada akad nikah semula. Sekiranya kematian suami berlaku ketika isteri masih dalam edah talak raj’i, isteri masih layak mewarisi harta pusaka bekas suaminya mengikut kadar seperti mana dibincangkan di atas.

Ada pun talak bain, sama ada bercerai talak tiga, bercerai sebelum bersetubuh, khulu’ (tebus talak) atau fasakh, maka isteri tidak boleh mewarisi harta pusaka bekas suami walau pun isteri itu masih dalam edah.

SOALAN:
Berapa lamakah tempuh edah?

JAWAPAN:
Tempoh edah tertakluk kepada keadaan:
1.    Dalam keadaan normal, tempuh edah ialah tiga kali suci daripada haid.
2.    Sekiranya perceraian berlaku ketika isteri sedang mengandung, tempuh edah ialah selepas sahaja isteri melahirkan anak.
3.    Sekiranya telah putus haid (monopos), tempuh edah ialah selama tiga bulan qamariah.

HURAIAN:
1.    Sekiranya ibu dan bapa saudara bercerai tolak satu, dan tiga tahun selepas itu bapa meninggal dunia, dan ternyata telah habis tempuh edah, ibu ridak layak mewarisi harta pusaka bapa.
2.    Sekiranya ibu dan bapa saudara berceri tolak tiga dan bapa meninggal dunia seminggu selepas itu, ibu tidak layak mewarisi harta pusaka bekas suaminya kerana mereka bercerai tolak bain.
3.    Sekiranya ketika berlaku perceraian tolak satu, ibu saudara sedang mengandung dua bulan dan bapa meninggal dunia sehari sebelum ibu bersalin, ibu layak mewarisi harta pusaka bapa mengikut hukuim faraid.

KESIMPULAN:
Umum berpendapat pasangan yang bercerai hidup tidak layak mewarisi harta pusaka pasangannya yang mati dahulu. Akan tetapi, sebenarnya kita tidak boleh membuat keputusan seseorang yang bercerai hidup itu tidak layak mewarisi sehinggalah maklumat yang perlu diperolehi iaitu pasangan itu bercerai tolak bain atau mereka bercerai tolak raj’i tetapi telah habis tempuh edah.
SEKIAN.