Sunday 23 December 2018


DARI FAIL PUSAKA #3

Selalu juga dikatakan orang, kalau tak ada anak lelaki, susah jadinya. Bagaimana pula dengan kes ini?

Fakta kes:

Roslan mati dan meninggalkan seorang isteri, seorang anak perempuan berumur 10 tahun dan seorang saudara seibu sebapa lelaki bernama Rosmat.

Harta peninggalan adalah sebuah rumah teres bernilai RM80,000.00.

Permohonan untuk membahagikan harta pusaka dibuat oleh isteri si mati dan perbicaraan harta pusaka di hadapan saya berlangsung di Pejabat Pusaka, JKPTG Ipoh, Perak.

Pegawai: “Puan, rumah teres ni nak bahagi macam mana?”.
Isteri:     “Saya pohon dibahagi mengikut hukum faraid”.
Pegawai: “Maknanya rumah teres ni didaftarkan dengan 3 nama mengikut bahagian masing-masing?”. (Bertanya untuk kepastian).
Isteri:    “Ya, Tuan”.
Pegawai: “Encik Mat (Rosmat), Encik Tinggal di mana?”.
Rosmat: “Saya tinggal di Johor Bharu, Tuan”.
Pegawai: “Bila datang ke Ipoh?”.
Rosmat: “Semalam. Saya bermalam di hotel”.
Pegawai: “Encik setuju rumah teres ni dibahagi mengikut hukum Faraid?”.
Rosmat: “Tuan, bahagian saya, saya serahkan kepada anak saudara saya”.
Pegawai: “Benar ke Encik Mat tak mahu bahagian Encik?  Encik datang dari jauh. Bahagian Encik 3/8 bahagian. RM30,000.00”.
Rosmat: “Ya Tuan. Saya serahkan kepada anak saudara saya yang seorang ni. Dan saya berjanji akan tanggung (perbelanjaan) dia sehingga dia besar (dewasa)”.

Situasi:  Tidak semena-mena saya terlihat isteri si mati mengeluarkan sehelai tisu dari dalam beg tangannya lalu mengesat air mata yang mengalir keluar. (Terkejut dan terharu dengan kata kata Rosmat, agaknya).

Pegawai: (Tersentuh dalam situasi  dan terlintas di hati: Masya Allah, Allah telah menunjukkan kepada ku Hikmahnya).

Keputusan:

Sebuah rumah teres satu tingkat dibahagikan kepada:
Isteri                            1/8 bahagian.
Anak perempuan        7/8 bahagian.

Kes selesai.



Wednesday 19 December 2018


DARI FAIL PUSAKA #2

MENYESAL TAK BERGUNA

Satu permohonan untuk membahagikan harta pusaka telah dibuat oleh Gayah, isteri kepada si mati. Waris yang disenaraikan ialah seorang isteri dan seorang anak lelaki berumur 1 setengah tahun.
Siasatan waris pada hari perbicaraan:

Pegawai: “Puan, pada masa kematian, ibu bapa si mati masih ada ke tidak?”
Gayah: “ Ibu mati dahulu. Tapi ayah masih ada”.
Pegawai: “Nenek sebelah ibu, ada ke tidak?”.
Gayah: “Tak ada tuan, mati dahulu”.
Pegawai: “Ayah si mati patut dapat pusaka ni. Tapi sebab apa tak masuk nama dia dalam senarai waris?”.
Gayah: “Sebenarnya tuan, ayah si mati iaitu bapa mertua saya tak suka anak dia kahwin dengan saya. Dia halau kami dan tak benarkan kami jejak kaki di rumahnya. Dia tak mengaku arwah sebagai anaknya selagi saya jadi isteri arwah. Sejak kahwin, saya dan arwah suami saya tak pernah balik ke rumah mertua. Sebab tu saya tak masuk nama dia dalam borang permohonan”.
Pegawai: “Mengikut hukum, bapa si mati berhak terima pusaka walaupun dia tak suka kepada anaknya. Kalau nak selesai, panggil dia datang ke pejabat”.
Gayah: “Tuan, saya cuba beri tahu bapa mertua saya”.

Dua minggu kemudian:

Gayah hadir bersama anaknya. Bapa si mati juga hadir dan duduk di kerusi hujung sebelah kiri.

Pegawai: “Pak Cik, si mati ni siapa?”.
Bapa: “Anak saya”.
Pegawai: “Mengikut hukum faraid, apabila seorang mati meninggalkan bapa, bapa dapat pusaka 1/6 bahagian sebab si mati ada anak lelaki”. (Bapa yang pernah tidak mengaku si mati anaknya kerana sesuatu yang tidak disukainya dilakukan oleh anaknya, tidak menghalang bapa daripada mewarisi harta pusaka anaknya).
Pegawai: “Sebab itu pak cik dipanggil datang ke pejabat. Kita nak tahu tanah pusaka arwah ni bahagian pak cik macam mana?”.
Bapa: (Pertama kali melihat cucunya. Timbul kasih sayang dan penyesalan di raut wajahnya). “Bahagian saya, saya serahkan kepada cucu saya. Saya tak mahu tanah ni. Bagi kepada cucu saya”.
“Cuma saya nak mintak satu perkara. Selepas ni menantu saya dan cucu saya tinggal di rumah saya”.
Gayah: (Sangat terkejut. Memandang kepada bapa mertua. Bangun dari kerusi bersama anaknya  meluru ke arah bapa mertua. Dipeluknya bapa mertua dengan tangisan. Bapa mertua turut mengalirkan air mata. Ternyata Gayah melepaskan rindu kasih sayang seorang bapa mertua).

Pegawai: ( Tak sanggup melihat drama di hadapan mata. Keluar sekejap dari bilik perbicaraan                       mencari ketenangan).

Kes selesai.

Wednesday 14 November 2018


DARI FAIL PUSAKA  # 1

MAK CIK KE PAK CIK NI?

Satu ketika dahulu, perbicaraan harta pusaka dihadapan saya selaku Pegawai Pembahagian harta pusaka.
Siasatan waris dijalankan, ternyata si mati tidak meninggalkan keturunan ke atas; ibu bapa, datuk dan nenek. Si mati berkawin satu kali sahaja dan meninggalkan suami. Kasim bin Osman. Bercerai mati.

 Siapakah si mati?. Tentunya seorang wanita. Tidak meninggalkan anak atau zuriat.
Si mati mempunyai seorang abang seibu sebapa, namanya Omar. Omar mati dahulu dan meninggalkan tiga orang anak. Semua perempuan. Munah, Bunga dan Hitam.

Soalan; siapakah waris yang berhak?. Sudah tentu suami mendapat 1/2 bahagian kerana si mati tidak meninggalkan anak. Baki lagi 1/2 bahagian sepatutnya dapat kepada Omar. Tetapi Omar mati dahulu. Siasatan waris seterusnya kepada anak saudara si mati. Iaitu anak-anak kepada Omar. Mengikut hukum Faraid, hanya anak saudara lelaki sahaja yang berhak. Bermakna anak Omar yang lelaki sahaja yang berhak. Yang perempuan tidak berhak mewarisi.

Maka bermulalah dialog antara saya dengan anak-anak Omar:
Pegawai: Makcik (mereka semua berumur 60’an. Saya umur 35 tahun). Mintak maaf. Pusaka ni dapat kepada suami si mati 1/2 bahagian. Tapi bagi makcik semua tak dapat sebab perempuan. Kalau lelaki, dapat.
Munah: (Duduk di barisan kedua). Encik, Hitam tu lelaki!. (Sambil menuding jari ke arah Hitam yang duduk di kerusi hadapan).
Pegawai: Makcik, ini pejabat. Kita tak boleh bergurau.
Munah: Saya betul betul ni. Kalau tak percaya, Encik tanya Hitam.
Pegawai: Makcik Hitam, makcik ni lelaki ke perempuan?. (Kad pengenalan Hitam tercatat nama HITAM BINTI OMAR, jantina perempuan. Hitam datang ke pejabat sebagai seorang perempuan. Memakai baju kebaya. Memakai subang, rantai dan gelang. Penampilannya sebagai seorang perempuan).
Hitam: (Diam tak jawab. Selepas ditanya kali ke tiga, Hitam menjawab nada perlahan). Ikutlah lelaki ke perempuan ke. Boleh je.
Pegawai: Makcik Munah. Betul ke ni?
Munah: Hitam tu adik saya. Yang saya tahu, masa kecil dulu dia lelaki. Tak tahu pulak macam mana jadi macam ni. Tak apalah kalau Encik tak percaya, boleh “check” sendiri. Bilik air dekat tu je. (Sambil menunjuk ke arah bilik air berhampiran).
Pegawai: (Fikir sejenak; mana boleh “check” orang punya. Tak ada autoriti).
Hitam: (Diam je. Umur 60 tahun).
Pegawai: Ok. Begini lah. Kita tangguh dulu. Saya akan buat surat minta supaya Makcik Hitam dapatkan pengesahan doktor sama ada lelaki atau perempuan.

Kes di tangguh.

Dua minggu selepas itu, waris waris datang seperti diarahkan. Perbicaraan disambung semula.

Pegawai: Makcik Munah, ada buat pemeriksaan doktor?.
Munah: Ada Encik. Ini surat daripada doktor.

Kandungan surat:

Tuan,
Perkara: PENGESAHAN JANTINA HITAM BINTI OMAR. KAD PENGENALAN NO:  000000
I have examined this patient on 19.08.1990. He has a penis and two testes. He is biologically a male.
Thank you
Yours faith fully
Dr N Odhaya Kumar
Pegawai Perubatan Kanan
Hospital Besar
KUALA TERENGGANU.

Pegawai: Makcik Munah. Macam mana boleh jadi begini.
Munah: Adik saya ni. Memang dia lelaki. Masa kecil dulu, umur 12 tahun dia pergi ke Johor sebagai seorang lelaki. Baru dua bulan lepas, dia balik ke kampung. Kami tak tahu apa ceritanya. Dia balik sebagai perempuan.  Nasib baik dah jumpa doctor.
Hitam:  (Diam je)
Pegawai: Makcik, lepas ni saya tak panggil makcik lagi, saya panggil “pakcik”. Kena pakai seluar. Macam orang lelaki.
Hitam: (Suara lembut). Saya tak biasa!!! (Kami semua gelak. Kah kah kah).

Diputuskan harta pusaka ini diwarisi oleh:

1.       Kasim bin Osman             1/2 bahagian. (suami)
2.       Hitam binti Omar              1/2 bahagian. (anak saudara lelaki)

KES SELESAI.

Thursday 9 August 2018


BAGAIMANA HARTA PUSAKA DISELESAIKAN.
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.

Satu hari Hassan datang ke pejabat. Katanya nak selesaikan harta pusaka bapa angkatnya bernama Daud bin Muda yang telah meninggal dunia sebulan yang lalu.

Harta peninggalan ialah:
1.       Wang simpanan Tabung Haji
2.       Wang di ASB
3.       Dua ekor lembu (ibu dan anak)
4.       Sebidang tanah kosong GM204 lot 561 mukim Serada (1/1 bahagian).

SIAPAKAH WARIS YANG BERHAK
Soalan pertama Hassan ialah, siapakah waris yang berhak mewarisi harta pusaka Daud?.
Untuk mengetahuinya, mestilah melalui proses siasatan waris. Setelah siasatan, kedudukan waris si mati direkodkan seperti berikut:
1.       Keturunan ke atas, ibu bapa, datuk dan nenek semua mati dahulu.
2.       Si mati berkahwin seorang sahaja iaitu dengan Siti Esah, bercerai mati.
3.       Si mati tidak mempunyai anak, dan telah memelihara seorang anak angkat iaitu Hasan.
4.       Si mati pada asalnya mempunyai 4 orang adik beradik seibu sebapa. Zaharah, Maimunah, Aminah dan Awang. Pada tarikh kematian Daud, hanya seorang sahaja yang masih hidup iaitu Aminah, manakala tiga orang lagi telah mati terlebih dahulu.
5.       Si mati mempunyai dua orang adik beradik sebapa. Satu lelaki bernama Yusuf dan satu perempuan bernama Fatimah. Kedua dua mereka juga telah meninggal dunia terlebih dahulu daripada Daud.
6.       Si mati tidak mempunyai adik beradik seibu.
7.      Siasatan waris diteruskan kepada anak saudara kepada si mati (Daud). Awang mempunyai 4 orang anak, semuanya perempuan. Manakala Yusuf mempunyai 4 orang anak, 3 lelaki dan satu perempuan iaitu; Ramli, Aziz, Sudin dan Mastura.
8.      Siasatan waris terhenti di sini kerana telah ada waris yang dapat menghabisi pusaka secara asabah.

Kesimpulannya: waris yang berhak mewarisi harta pusaka Daud ialah:

1.       Isteri : Siti Esah          - 1/4 bahagian.
2.       Adik beradik perempuan seibu sebapa : Aminah       - 1/2 bahagian.
3.       3 anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki sebapa iaitu: Ramli, Aziz dan Sudin. Mereka mendapat pusaka secara asabah, iaitu baki setelah diberikan bahagian isteri dan SIBP. Baki iaitu sebanyak 1/4 bahagian dikongsikan bersama 3 orang anak saudara lelaki.

PENJELASAN:

1.       Hasan tidak berhak mewarisi kerana beliau adalah anak angkat. Hasan secara ikhlas datang ke pejabat tidak menuntut apa-apa, Cuma untuk membantu ibu angkatnya menyelesaikan harta pusaka bapa angkatnya Daud. Hasan sebenarnya telah dihibahkan oleh si mati sebidang tanah tapak rumah dan sebidang tanah dusun buah-buahan.

2.       Empat orang anak perempuan kepada Awang, tidak berhak mewarisi kerana mereka tidak disenaraikan sebagai waris fardu atau asabah. Mereka adalah waris zawil-arham.

3.       Mastura tidak mendapat pusaka Daud kerana beliau adalah anak saudara perempuan di mana tidak tersenarai sebagai waris yang berhak. Demikian juga anak anak kepada Fatimah.

4.        Waris yang berhak, hanyalah anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki seibu sebapa atau sebapa yang mati dahulu. Oleh kerana Awang tidak mempunyai anak lelaki, pusaka ini diwarisi oleh anak lelaki kepada Yusuf.

NILAIAN HARTA

1.       Tabung Haji                   -  RM 66,553.08
2.       Duit ASB                       -  RM   5,132.00
3.       2 ekor lembu.
4.       Tanah.

Tabung Haji dan ASB telah mempunyai nilaian yang tetap.
Bagaimana pula dengan lembu?. Nilaian bagi 2 ekor lembu sangat subjektif. Isteri si mati berhajat untuk memiliki lembu itu kerana telah memeliharanya bersama si mati sejak sekian lama. Sekiranya isteri dan waris lain bersetuju dengan satu nilaian, maka itulah nilainya. Lantas isteri telah menawarkan harga lembu itu sebanyak RM3,500.  Bagaimana pun 3 orang anak saudara si mati tidak bersetuju dengan nilaian itu. Isteri simati mengalah dan bersetuju menambahkan nilaiannya menjadikan nilainya RM4,000.00. Semua waris setuju, maka itulah nilai lembu iaitu RM4,000.00

HARTA SEPENCARIAN
Isteri si mati (Siti Esah) mahukan bahagian harta sepencarian atas alasan beliau juga berkerja kampung seperti mana suaminya.

Harta sepencarian hendaklah dituntut dan dimaklumkan kepada semua waris yang berhak. Suka saya maklumkan kepada waris-waris, sekiranya semua setuju dengan tuntutan sepencarian oleh isteri si mati, penyelesaian diteruskan tanpa perlu diselesaikan di Mahkamah. Sekiranya ada dalam kalangan waris yang tidak bersetuju dengan tuntutan sepencarian oleh isteri, maka isteri hendaklah membuat tuntutan sepencarian di Mahkamah Syariah. Perbicaraan di mahkamah akan melibatkan wang ringgit dan masa.

Isteri si mati menuntut sepencarian hanya atas tiga harta alih sahaja iaitu duit Tabung Haji, ASB dan 2 ekor lembu, manakala tidak menuntut sepencarian atas tanah kerana tanah itu adalah tanah pusaka yang diwarisi oleh si mati daripada bapanya.

Sebab itu lembu perlu dinilai sebaliknya tanah tidak perlu dinilai kerana persetujuan ke atas tanah dibahagi mengikut hukum faraid.

KEPUTUSANNYA, setelah perbincangan, semua waris bersetuju dengan tuntutan sepencarian oleh isteri si mati ke atas ketiga-tiga harta pusaka. Pembahagian diteruskan di luar pejabat kerana duit Tabung Haji ada dalam akaun isteri si mati sebagai penama, duit ASB telah dikeluarkan oleh isteri si mati kerana jumlahnya kurang daripada RM10,000 boleh dikeluarkan mengikut peraturan ASB, manakala 2 ekor lembu ada dalam peliharaan isteri si mati.
Hanya harta tak alih (tanah) sahaja dibuat permohonan pusaka kecil.


Hasil rundingan dan persetujuan didokumenkan seperti berikut:



         Perunding W. HALIM
Lot 927-C, Tingkat Atas, Jalan Kuala Berang, Kg. WakafBeruas, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 0194494004 Email: perundingwhalim@gmail.com Blog: caknapusaka.blogspot.com

WAN ABDUL HALIM BIN W HARUN AMN. PJK
SYARIAH (B.A HONS) UKM, DAIJ (UIAM)                                  
PEGUAM SYARIE                                                                                                                      Tarikh      :  27 JUN  2018


PEMBAHAGIAN MENGIKUT HUKUM FARAID DAN HARTA SEPENCARIAN

HARTA PUSAKA                 :               DAUD BIN MUDA
KAD PENGENALAN          :               382204-11-5115
TARIKH MATI                     :               13 MAC 2018



SENARAI HARTA ALIH:
1. DUIT ASB                                        : RM   5,132.00
2. DUIT TABUNG HAJI                     : RM 66,553.08
3. 2 EKOR LEMBU                             : RM   4,000.00
                          JUMLAH                              : RM 75,685.08

SENARAI HARTA TAK ALIH:

1.       Sebidang tanah kosong GM204 lot 561 mukim Serada (1/1 bahagian).




     
AHLI WARIS:

NAMA
NO.K/P

HUBUNGAN DENGAN SI MATI
1. SITI ESAH BINTI IDRIS
2. AMINAH BINTI MUDA
3. RAMLI BIN YUSUF
4. AZIZ BIN YUSUF
5. SUDIN BIN YUSUF
       414404-11-5567
393212-11-5431
549021-11-5890
572615-11-5777
601210-11-5133

ISTERI
SIB PEREMPUAN
ANAK SAUDARA LELAKI
ANAK SAUDARA LELAKI
ANAK SAUDARA LELAKI


PENGIRAAN FARAID:

BIL
AHLI WARIS

HUBUNGAN
BHG
4
12
1
SITI ESAH BINTI IDRIS
ISTERI
1/4
1
3
2
AMINAH BINTI MUDA
SIB PEREMPUAN
1/2
2
6
3
RAMLI BIN YUSUF
ANAK SAUDARA LELAKI

A

1
1
4
AZIZ BIN YUSUF
ANAK SAUDARA LELAKI
1
5
SUDIN BIN YUSUF
ANAK SAUDARA LELAKI
1














NOTA:
1.       Isteri si mati telah menuntut bahagian harta sepencarian atas ketiga tiga harta alih tersebut di atas iaitu duit ASB, duit Tabung Haji dan 2 ekor lembu.
2.       Nilaian bagi 2 ekor lembu dipersetujui sebanyak RM4,000.00.
3.       Oleh kerana semua waris bersetuju atas tuntutan harta sepencarian oleh
isteri si mati sebanyak 1/2 bahagian, setiap harta akan dibahagi 2 dahulu. 1/2 diberikan kepada isteri si mati, manakala 1/2 bahagian lagi dikira harta pusaka untuk difaraidkan kepada waris waris.

4.           Pengiraan setelah ditolak harta sepencarian dan bayaran perlu  seperti di bawah:


1. JUMLAH      HARTA                                              : RM 75,685.08
    Tolak harta sepencarian:
            RM75,685.08 ÷ 2 =                                              RM37,842.54


            TOLAK:
            a. Fidyah                                            RM210.00
            c. Bayaran p/j sumpah                       RM30.00
            d. Permohonan pusaka (tanah)          RM380.00
            JUMLAH                                         RM620.00

2. HARTA BERSIH                                                       RM37,222.54

PENGIRAAN FARAID DAN HARTA SEPENCARIAN:

BIL
AHLI WARIS
SEPENCARIAN
12
RM37,222.54
RM75,685.08

TANGGUNGAN



RM620.00

SITI ESAH BINTI IDRIS
RM37,842.54


RM37,842.54
1
SITI ESAH BINTI IDRIS

3
RM9,305.63
RM9,305.63
2
AMINAH BINTI MUDA

6
RM18,611.27
RM18,611.27
3
RAMLI BIN YUSUF

1
RM3,101.88
RM3,101.88
4
AZIZ BIN YUSUF

1
RM3,101.88
RM3,101.88
5
SUDIN BIN YUSUF

1
RM3,101.88
RM3,101.88
















 NOTA:

1.       Isteri si mati Siti Esah sepatutnya mendapat wang tunai sebanyak RM 47,148.17 (RM37,842.54 + RM9,305.63).
2.       Wang tunai dalam tangan (ASB dan Tabung Haji) berjumlah RM71,685.08
3.       Setelah ditolak tanggungan sebanyak RM620.00, bayaran kepada Aminah RM18,611.27 dan bayaran kepada Ramli, Aziz dan Sudin berjumlah RM9,305.63 baki dalam tangan sebanyak RM43,148.18.
4.       Siti Esah mendapat wang tunai sebanyak RM43,148.18 dan dua ekor lembu bernilai RM4,000.00. Maka jumlah kesemuanya ialah RM47,148.18.

KESIMPULAN

PENDAPATAN BAGI SETIAP ORANG WARIS

BIL
AHLI WARIS
DUIT DALAM TANGAN
RM71,685.08
2 EKOR LEMBU NILAI
RM4,000.00
1
SITI ESAH BINTI IDRIS
RM43,148.18
+ 2 EKOR LEMBU NILAI RM4,000.00 = RM47,148.18
2
AMINAH BINTI MUDA
RM18,611.27

3
RAMLI BIN YUSUF
RM3,101.88

4
AZIZ BIN YUSUF
RM3,101.88

5
SUDIN BIN YUSUF
RM3,101.88













PENGAKUAN PERSETUJUAN DAN TERIMA WANG

1.    KAMI yang bertanda tangan di bawah ini dengan ini mengaku faham dengan pembahagian dan pengiraan yang di buat oleh Perunding W Halim.
2.       Kami dengan ini bersetuju dengan segala pembahagian dan pengiraan tersebut di atas.
3.       Kami dengan ini menurunkan tanda tangan kami dan mengaku tidak akan menuntut apa apa lagi kemudian hari kelak.


BIL
AHLI WARIS
DUIT DALAM TANGAN
RM71,685.08


TANDA
TANGAN

1
SITI ESAH BINTI IDRIS
RM43,148.18
+ 2 EKOR LEMBU NILAI RM4,000.00 = RM47,148.18



2
AMINAH BINTI MUDA
RM18,611.27




3
RAMLI BIN YUSUF
RM3,101.88




4
AZIZ BIN YUSUF
RM3,101.88




5
SUDIN BIN YUSUF
RM3,101.88























PERUNDINGAN, PENYELESAIAN DAN PENGIRAAN DISEDIAKAN OLEH:
HAJI WAN ABDUL HALIM BIN W HARUN AMN.PJK.
PERUNDING UTAMA
PERUNDING W HALIM/PEGUAM SYARIE
TEL: 019 4494004