DARI FAIL PERUNDING
# 1
PENAMA KWSP – bukan milik penama.
Fakta kes:
Satu petang, Rokiah datang ke pejabat
ditemani oleh adik lelakinya.
Ustaz: Duit apa tu.
Rokiah: Duit KWSP.
Ustaz: Duit tu ada di mana sekarang?
Rokiah: Ada dalam akaun saya. Saya
sebagai penama. KWSP dah transfer ke akaun saya. Jadi saya nak mintak tolong
ustaz bahagikan mengikut hukum faraid.
Ustaz: Berapa jumlah duit tu?
Rokiah: RM500,000.00
Ustaz: (Owhh. Terkejut. Tak sangka, wanita ni nampak
biasa sahaja. Duit sudah di tangan. Tapi mintak difaraidkan).
Ustaz: Banyak duit ni. Duit sudah
dalam tangan. Tak kelabu mata ke?
Rokiah: Ustaz, setakat ni belum
kelabu mata lagi, tuhan jaga saya. Saya tak mahu makan duit orang. Duit haram.
Ustaz: (Masyaallah!!, mulianya hati
wanita ini).
Ustaz: Siapa warisnya?.
Ternyata waris yang berhak ialah:
isteri, ibu dan bapa. Adik beradik terdinding oleh bapa. Tetapi maklumat
tentang adik beradik diperlukan bagi menentukan bahagian ibu.
Rokiah: Nanti esok saya datang lagi
dan bawakan ibu dan bapa si mati. Duit bahagian mereka saya akan transfer ke
akaun mereka.