Thursday 22 September 2016

MASIH ADA YANG BERHATI MULIA.

 Beberapa bulan yang lalu saya telah didatangi oleh seorang wanita meminta saya membuat pengiraan faraid harta pusaka suaminya.
Setelah siasatan waris dijalankan, si mati meninggalkan isteri, ibu, bapa dan 5 orang adik beradik. Si mati tidak mempunyai anak.

Pembahagian secara faraid adalah seperti berikut:


12
ISTERI
1/4
3
IBU
1/6
2
BAPA
ASABAH
7
5 ADIK BERADIK
GUGUR
0

HURAIAN RAJAH:
1.       Isteri mendapat ¼ bahagian kerana si mati tidak meninggalkan zuriat.
2.       Ibu mendapat 1/6 bahagian kerana terdinding oleh berbilang adik beradik. Walau pun adik beradik tidak turut mewarisi dalam kes ini. Sekiranya si mati tidak meninggalkan anak dan tidak ada pula berbilang adik beradik, kaedah 1/3 baki digunakan untuk ibu. (Buku: Pengurusan Dan Pembahagian Harta Pusaka m/s: 159).
3.       Bapa mendapat Asabah kerana si mati tidak mempunyai zuriat (anak/cucu).
4.       Adik beradik terdinding sepenuhnya oleh bapa.

HARTA:
 Duit KWSP sebanyak RM500,000.00. Sekarang ini ada dalam akaun simpanan isteri sebagai ‘pemegang amanah’. 

Pembahagian duit KWSP mengikut faraid seperti berikut:


12
RM500,000.00
ISTERI
1/4
3
RM125,000.00
IBU
1/6
2
RM83,333.33
BAPA
ASABAH
7
RM291,666.66

Bahagian isteri sebanyak RM125,000.00 manakala bakinya RM375,000.00 hendaklah diserahkan kepada ibu dan bapa si mati, .
Duit sebanyak setengah juta ada dalam simpanan isteri setelah dikeluarkan oleh KWSP kepada isteri sebagai ‘PENAMA’.
Mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan, penama KWSP adalah wasi atau pentadbir yang berhak mengeluarkan wang KWSP itu, dan seterusnya wajib membahagikan wang itu kepada waris-waris mengikut hukum faraid.

Duit 1/2 juta ini, banyak. Sudah ada dalam genggaman (simpanan) isteri si mati. Akan tetapi wanita ini datang semata-mata untuk memberikan hak kepada empunyanya.
Saya cuba mengukur imannya. “Duit ni banyak. Tak gelap mata ke?”
Beliau menjawab dengan penuh keyakinan, “Alhamdulilah, setakat ni iman saya masih kukuh”.
Saya kagum, rupanya masih ada insan yang berhati mulia.

Sekadar untuk renungan.
(Tetuan Perunding W Halim)