DARI FAIL
PUSAKA # 10
Baiknya isteri muda.
Fakta kes:
Maliki berkahwin kali pertama dengan
Salbiah dan telah dikurniakan seramai 6 orang anak; 4 lelaki dan 2 perempuan.
Kemudian berkahwin pula dengan Kamariah sebagai isteri kedua.
Lima bulan selepas berkahwin dengan
Kamariah, ditakdirkan Maliki sesak nafas dan meninggal dunia. Disahkan Maliki
terkena serangan jantung.
Enam bulan selepas kematian, Salbiah
membuat permohonan untuk membahagikan harta pusaka suaminya Maliki.
Harta peninggalan: 2 buah kereta,
sebuah rumah kediaman, dua bidang tanah dan duit simpanan di bank.
Pegawai: “Puan Salbiah, harta pusaka ni nak
bahagi macam mana?”
Salbiah : “Saya pun tak pasti lagi sebab belum
bincang”.
Pegawai: “Puan Kamariah. Ada apa apa cadangan?”
Kamariah: “Ya Tuan, saya mahu kereta yang
dibelikan untuk saya sahaja. Harta harta lain saya serahkan kepada isteri
pertama dan anak anak arwah”.
Pegawai: “Puan Kamariah, puan tahu bahagian
puan mengikut faraid”.
Kamariah: “Saya tahu tuan, bahagian isteri 1/8
dan dibahagikan sama banyak antara saya dengan Salbiah”.
Pegawai: “Mengapa tak mahu tuntut harta harta
lain, puan pun berhak juga”.
Kamariah: “Saya mahu pendekkan cerita. Moga
arwah tenang di sana”.
Pegawai: ( Ishh, masyaallah!).
Keputusan:
Kereta kancil diserahkan kepada
Kamariah, manakala harta lain dibahagikan dalam kalangan isteri pertama;
Salbiah dan anak anaknya.
KES SELESAI.